Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Siapa kita?

Pagi ini aku membereskan kerja rumah seperti biasa ( mengemas, cuci pinggan mangkuk , menyapu dll). Kemudian aku menemani seorang adik angkat yang mengadu laptop jenama dell miliknya rosak dan terpaksa ke Sutera Mall untuk proses membaikinya. 
Petangnya barulah dapat menatap buku kegemaran aku seperti biasa (karangan Harun Yahya) yang masih belum selesai dibaca. Tajuknya ialah PETANDA DI LANGIT DAN DI BUMI BAGI GOLONGAN YANG BERPEMIKIRAN. 
Aku sangat senang dengan gaya penulisan Harun Yahya (atau pun gaya si penterjemah) kerana penerangannya jelas, padat dan tidak berjela-jela. Semuanya bersanadkan Alquran dan fakta-fakta saintifik yang mana mereka bukan islam banyak mempeloporinya. 
Aku juga suka membaca di waktu yang sesuai dalam tempoh yang tidak lama. Bagi orang seperti aku yang sangat suka melihat kejadian alam dan manusia , buku karangan Harun Yahya antara buku-buku ilmiah yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan di masa singgang.

Jika kita perhatikan betul-betul, sememangnya kita…

Pagi yang indah

Semalaman menggodeh-godeh ikon pada tetapan blog ni barulah dapat buat 'Jump Break' untuk  menyembunyikan karangan yang selebihnya supaya halaman depan blog kelihatan kemas dan tak serabut. Itu pun dah tak ingat entah apa yang ditekan semalam heh heh..
apa pun bersyukur sebab dapat juga seorang dua follower setelah mempromosikan blog yang masih sebulan jagung ni . Ia satu perkembangan yang baik untuk menjalinkan silaturahim. Kotak shoutbox aje belum masukkan lagi dan masih dalam proses. Untuk orang yang buta IT macam aku ni, biarlah pelan-pelan dulu. Terima kasih pada Kak Nora . Thanks to Cikgu Zahida. 


minggu ujian bulanan pertama

Minggu ujian telah berlangsung pada 9/2 -11/2 . Awal-awal tahun begini , murid-murid mungkin berada dalam zon selesa kerana mereka baru saja mempelajari satu bab dalam setiap subjek. Rata-rata soalan yang akan dihadapi ialah soalan bagi tajuk pertama dalam setiap matapelajaran khususnya tahap satu.

musim cuti raya cina

minggu ni walaupun cuti 10 hari tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan terutamanya kertas ujian murid yang perlu ditanda dan diberi markah. Direkod kemudian dimasukkan ke dalam sistem data peperiksaan.

Tahun 2010 ni aku nak menceburkan diri dalam bidang bisnes networking selain daripada sedang berusaha untuk serius dalam bidang penulisan. Jadi, setiap hari balik sekolah aku mesti siapkan segala persediaan untuk besok hari di sekolah. Dan malam adalah untuk aku menulis dan meneroka laman sesawang yang banyak menyentuh tentang ilmu teknologi maklumat.

bulan-bulan awal persekolahan

Hari Isnin kembali lagi. Macam biasa, perhimpunan dan sesi PNP berlangsung seperti biasa. Hari ni aku ke depan mengumumkan tentang kemenangan pemain-pemain bola jaring yang mula menunjukkan potensi dan bakat mereka dalam permainan tersebut. Lebih lima tahun sekolah menyepikan diri daripada menyertai pertandingan bola jaring. Bagi aku selaku guru pembimbing sukan ini, murid-murid mestilah menceburkan diri ke dalam permainan ini kerana banyak manfaat dan faedah yang bakal mereka perolehi kelak.

Permainan bola jaring. Ramai yang tidak menggemarinya kerana undang-undang dalam sukan ini kononnya terlalu ketat dan renyah . Bukankah itu sangat baik untuk peningkatan disiplin murid-murid kerana mereka telah terbiasa dengan peraturan yang ketat. Secara tidak langsung mereka juga akan terdidik untuk tidak melakukan salahlaku di sekolah.

Menceburkan diri dalam sukan ini juga akan mengeratkan tali silaturrahim sesama murid. Manakan tidak, sikap bekerjasama, yakin diri, kecekalan dan berfikir secara…