Skip to main content

bulan-bulan awal persekolahan

Hari Isnin kembali lagi. Macam biasa, perhimpunan dan sesi PNP berlangsung seperti biasa. Hari ni aku ke depan mengumumkan tentang kemenangan pemain-pemain bola jaring yang mula menunjukkan potensi dan bakat mereka dalam permainan tersebut. Lebih lima tahun sekolah menyepikan diri daripada menyertai pertandingan bola jaring. Bagi aku selaku guru pembimbing sukan ini, murid-murid mestilah menceburkan diri ke dalam permainan ini kerana banyak manfaat dan faedah yang bakal mereka perolehi kelak.

Permainan bola jaring. Ramai yang tidak menggemarinya kerana
undang-undang dalam sukan ini kononnya terlalu ketat dan renyah . Bukankah itu sangat baik untuk peningkatan disiplin murid-murid kerana mereka telah terbiasa dengan peraturan yang ketat. Secara tidak langsung mereka juga akan terdidik untuk tidak melakukan salahlaku di sekolah.

Menceburkan diri dalam sukan ini juga akan mengeratkan tali silaturrahim sesama murid. Manakan tidak, sikap bekerjasama, yakin diri, kecekalan dan berfikir secara kreatif dapat diterapkan di dalam sukan ini. Ketika mereka dibuli semasa perlawanan, mereka dapat bertabah hati. Ketika mereka berhadapan dengan pasukan yang mempunyai pemain-pemain bertubuh besar dan tinggi terutamanya di bahagian penjaring gol (GS) , mereka dapat berfikir cara bagaimana untuk mendapatkan gol dengan teknik tertentu. Ia sangat memerlukan kerjasama kerana semasa bermain,mereka perlu berkomunikasi dengan pemain sepasukan melalui bahasa isyarat tertentu untuk mendapatkan bola.

Aku tidak melihat sesuatu yang merugikan tentang permainan ini. Kadangkala orang kampung turun sama memberikan sokongan kepada murid-murid ketika mereka menyertai perlawanan persahabatan atau perlawanan tidak rasmi.


Sesi PNP ( pengajaran dan pembelajaran) berjalan seperti biasa. Bagi murid tahun 1 ( jadual hari ni banyak melibatkan darjah 1), masih ada yang belum dapat menguasai huruf2 hijaiyyah ( alif- ya).Bahkan yang mula menjadi bimbang di hati, masih ada yang belum dapat membezakan antara huruf BA dan huruf TA meski hanya seorang. Murid yang seorang ini wajahnya cantik, matanya bulat, bibirnya kecil dan sangat manis sekali tetapi sayang akalnya lambat menangkap sesuatu yang diajarkan. Kepalanya berbungkus dengan tudung dan anak tudung tetapi rambutnya berselerak, terkeluar ke sana ke mari. Bila ditegur tentang rambut itu, dia tersenyum manis dan malu-malu.

Aku suka memerhati murid-murid cilik ini. Gelagatnya sangat mencuit hati. kata-katanya kadang-kadang boleh buat aku ketawa sendiri. Besok ujian bulanan pertama akan dijalankan. Bolehkah mereka menjawab soalan ujian itu nanti? Mudah-mudahan mereka berjaya....




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…