Skip to main content

minggu ujian bulanan pertama



Minggu ujian telah berlangsung pada 9/2 -11/2 . Awal-awal tahun begini , murid-murid mungkin berada dalam zon selesa kerana mereka baru saja mempelajari satu bab dalam setiap subjek. Rata-rata soalan yang akan dihadapi ialah soalan bagi tajuk pertama dalam setiap matapelajaran khususnya tahap satu.



Unik jika diperhatikan gelagat anak-anak kecil ini ketika menjawab soalan. Pertamanya, mereka berasa suasana yang tegang kerana semasa ujian murid-murid tidak dibenarkan berbual, meniru, menoleh belakang , kiri dan kanan , meminjam pengorek, pemadam dan sebagainya. Aku sendiri akan memastikan setiap murid telah menajamkan pensil mereka terlebih dahulu dengan memberi masa lima minit untuk berbuat demikian sebelum ujian dimulakan. Aku tidak akan mengizinkan sesiapa pun bergerak semasa ujian berlangsung. Itu adalah disiplin yang aku praktikkan kepada mereka.
Semasa menjawab soalan, sebahagian daripada mereka kelihatan tekun menjawab soalan (dah ulangkaji di rumah). Manakala sebahagian yang lain hanya merenung aku, membuang pandang ke luar (melihat pakcik kebun menyiram pokok bunga atau pembantu yang sedang menyapu kakilima)dan tak kurang juga yang bermain-main dengan pensil sendiri.
Bagi murid kelas A , mereka tentunya lebih fokus kepada ujian tersebut walaupun terdapat juga murid yang kurang fokus. Murid kelas ini lebih suka cepat menyiapkan jawapan dan malas untuk mewarna (kecuali murid perempuan). Murid kelas B pula lebih suka termenung dan suka menghabiskan banyak masa dengan mewarna.

Bagi aku sendiri selaku pemerhati, samada mereka kelas A atau B ,tidak memberi apa-apa makna . Yang penting ialah perhatian ibu bapa kepada anak-anak mereka. Jika bodoh boleh belajar menjadi pandai . Jika pandai tetapi malas belajar lambat laun akan sama bodoh juga. Mereka masih kecil dan tidak tahu hendak melakar masa depan sendiri. Mereka tidak pandai membuat anjakan paradigma untuk berubah daripada buruk kepada baik dan baik kepada lebih baik. Ibu bapalah yang menjadi guru pertama kepada anak-anak mereka. Cikgu hanyalah co-guru yang membantu selebihnya. Siapa yang lebih banyak masa bersama anak-anak , ibu bapa atau guru? Tidak bermakna meninggalkan anak di sekolah sejak fajar terbit hingga mega maghrib menjelma , anak-anak akan menjadi pandai.

Inilah wajah-wajah anak didik yang sentiasa perlukan perhatian sesiapa saja. Aku sayang mereka sama seperti aku sayang pada diri aku sendiri. Kerana dulu aku juga pernah menjadi seperti mereka . Mudah-mudahan mereka lulus dengan markah yang baik. Amin.









Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…