Skip to main content

musim cuti raya cina

minggu ni walaupun cuti 10 hari tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan terutamanya kertas ujian murid yang perlu ditanda dan diberi markah. Direkod kemudian dimasukkan ke dalam sistem data peperiksaan.

Tahun 2010 ni aku nak menceburkan diri dalam bidang bisnes networking selain daripada sedang berusaha untuk serius dalam bidang penulisan. Jadi, setiap hari balik sekolah aku mesti siapkan segala persediaan untuk besok hari di sekolah. Dan malam adalah untuk aku menulis dan meneroka laman sesawang yang banyak menyentuh tentang ilmu teknologi maklumat.



Blog yang baru aku cipta ini...ups...tidak elok aku menggunakan perkataan 'cipta'. Sebab ciptaan ialah sesuatu yang didatangkan daripada ketiadaan. Hanya Allah yang dapat 'mencipta' sesuatu. Manusia juga selalu menghasilkan sesuatu yang belum wujud sebelumnya tapi ia hanya dapat dihasilkan dengan menggunakan bahan2 yang sudah tersedia di dunia ini atau dengan meniru benda-benda yang telah wujud. Itu pendapat Harun Yahya yang aku sepakati. Jadi aku tukar perkataan 'cipta' kepada 'bina'.

Jadi, blog yang baru aku bina ni masih di peringkat asas saja lagi. Apa pun aku puashati jugak sebab dapat masukkan entry. Maklum, baru belajar blogging... nanti bila dah pandai bolehlah hias bagi cantik-cantik dan dapatkan kawan ramai-ramai supaya dapat berkongsi apa-apa informasi yang berguna, bermanfaat dan ilmu tak kiralah apa jua ilmu yang baik.

Laptop aku jenis lama ( acer aspire 5500Z)dan sistem operasinya ialah Windows Xp Home Edition. Themes yang ada pun biasa aje dan lama2 jadi membosankan. Hari-hari bukak laptop asyik nampak imej yang sama aje. Persembahan yang sama dan warna yang sama. Tapi sejak ikuti satu laman web ni , aku dapat mengubah penampilan yang membosankan tu kepada sesuatu yang menarik dan kreatif mengikut tunjuk ajar yang diberi. laman web itu ialah www.jomphp.com. Sebenarnya banyak lagi laman web berbentuk tutorial komputer berbahasa melayu yang sama bagus tapi dengan jomphp ni aku tersesat masuk suatu tika dulu..ntah brapa tahun lepas.

Apa yang menariknya ialah pengasas laman ni bukanlah seorang yang asalnya berada dalam bidang IT. Dia seorang student farmasi yang ada banyak pengalaman semasa menjadi technician. Pengalaman yang dikumpul-kumpul tu akhirnya memberi faedah kepada dia dan jugak sesiapa yang mengikutinya. Aku sebenarnya kagum dengan student ni. Walaupun dengan kerja sambilan sebagai technician, dia dapat membina laman web yang kaya dengan tutorial komputer berbahasa melayu untuk kebaikan semua orang. Tambahlagi dia sememangnya berminat dengan komputer .

Selepas banyak kali ikuti entri-entri di situ, aku bermuhasabah sendiri. Aku yang belajar di luar negeri dan mempunyai opsyen dalam bidang syariah serta bahasa arab, aku tak mampu menjadi sehebat( bagi aku dia sangat hebat) student farmasi tersebut . Manakan tidak, di universiti hanya banyak belajar teori. Bila bekerja, aku kekurangan banyak kemahiran. Jadi, ilmu dan pengalaman yang ada di dalam dada dan minda, tak dapat aku kongsikan dengan masyarakat di luar sana melalui internet.

Atas kesedaran tu, aku perlu mempelajari ilmu-ilmu komputer dan jaringan-jaringan yang berkaitan untuk memantapkan diri sebagai insan yang berilmu dan beramal. Jadi azam tahun 2010 ni ialah memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuklah kemahiran berblog..

Oklah...nanti sambung lagi..




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…