Skip to main content

Siapa kita?

Pagi ini aku membereskan kerja rumah seperti biasa ( mengemas, cuci pinggan mangkuk , menyapu dll). Kemudian aku menemani seorang adik angkat yang mengadu laptop jenama dell miliknya rosak dan terpaksa ke Sutera Mall untuk proses membaikinya. 

Petangnya barulah dapat menatap buku kegemaran aku seperti biasa (karangan Harun Yahya) yang masih belum selesai dibaca. Tajuknya ialah PETANDA DI LANGIT DAN DI BUMI BAGI GOLONGAN YANG BERPEMIKIRAN. 
Aku sangat senang dengan gaya penulisan Harun Yahya (atau pun gaya si penterjemah) kerana penerangannya jelas, padat dan tidak berjela-jela. Semuanya bersanadkan Alquran dan fakta-fakta saintifik yang mana mereka bukan islam banyak mempeloporinya. 

Aku juga suka membaca di waktu yang sesuai dalam tempoh yang tidak lama. Bagi orang seperti aku yang sangat suka melihat kejadian alam dan manusia , buku karangan Harun Yahya antara buku-buku ilmiah yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan di masa singgang.

Jika kita perhatikan betul-betul, sememangnya kita dapat  melihat petanda-petanda Maha Pencipta di seluruh jagatraya ini . Paling mudah dan sangat dekat petanda wujudnya Kuasa yang Luar Biasa ialah  diri kita sendiri.

Makhluk hidup bermula dengan apa yang dinamakan sel. sel-sel ini akan membentuk tisu. Kumpulan tisu akan membentuk organ. Dan gabungan semua organ akan membentuk jasad manusia.  Tanpa penggabungan dan kumpulan-kumpulan , bolehkah dipanggil jasad manusia?

Setiap sel, tisu-tisu, organ tubuh badan kita mempunyai fungsinya tersendiri. Bagaimana semua itu boleh berfungsi dengan sendiri? Aliran darah yang keluar masuk mengikut saluran, injap-injap dan kapilarinya...adakah ia berlaku secara kebetulan? atau aliran darah memang sudah faham-faham sendiri arah perjalanannya? 

Nyamuk...makhluk yang dianggap penyemak mata dan pencabul ketenangan di malam hari, bagaimana ia boleh bertelur di dalam air dan keluar dari air (setelah dewasa) tanpa lemas? Pernahkah kita melihat kejadian nyamuk iaitu makhluk yang Allah jadikan perumpamaan di dalam Al Quran ? 

Lalat... sekiranya haiwan itu melarikan sedikit saja makanan kita, mampukah kita merampasnya kembali? 

Banyak...banyak..banyak sekali keajaiban alam ini yang dapat kita perhatikan untuk muhasabah diri kita. Siapakah diri kita yang sebenarnya..

Dan hendaknya janganlah sesekali kita mengatakan AKU LEBIH BAIK DARI DIA kerana kata-kata itu merupakan kalam yang sering diucapkan oleh syaitan sewaktu Allah ingin menciptakan Nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi ini. Syaitan tidak dapat menerima Nabi Adam sebagai khalifah kerana Nabi Adam diciptakan daripada tanah sedangkan dia diciptakan daripada api. Dia menganggap dirinya lebih baik dan patut diutamakan. 

Bila kita berasa diri kita sangat bahagia, sebenarnya lebih ramai di luar sana yang lebih bahagia daripada kita. Bila kita berasa diri kita sangat sengsara, sebenarnya di luar sana lebih ramai yang hidup jauh lebih menderita.  Bersyukurlah dan terus menjadi makhluk yang selalu bersyukur dan sedar siapakah kita. 





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…