Skip to main content

Benarkah perempuan dan lelaki itu sama?

Hari ni jadual aku agak penuh. Masa terakhir ialah kelas 5 Bestari. Perjumpaan kali ni, aku meminta murid-murid untuk menunjukkan tugasan yang sudah aku amanahkan pada minggu lepas di mana mereka dikehendaki  membariskan kalimah berbahasa arab dan menterjemahkan ke bahasa melayu. 



90% murid kelas 5 Bestari membawa buku latihan dan menunjukkan hasil kerja mereka dengan pelbagai persembahan. Ada yang awal-awal lagi dah buka buku tanda ihtimam dengan amanah yang diberi. Ada pulak yang kelihatan ragu-ragu , sekejap buka sekejap tutup. Tak kurang juga yang masih tidak membuka buku, pura-pura tidak mendengar arahan cikgu. Bila suara cikgu dah meletup macam mercun, barulah terhegeh-hegeh menyelak buku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. 

Jelas dan nyata, murid perempuan lebih tersusun kerjanya. Mereka lebih teliti dan cermat semasa membuat latihan. Tulisan mereka satu persatu dan tertib. Kerja mereka hampir sempurna, siap bergaris tepi, menyertakan tarikh dan hari serta buku mereka bersih dan kemas.  Terdapat beberapa kalimah berbahasa arab yang belum berisi terjemahan kerana aku maklum, usia seawal sebelas tahun tentulah tidak mudah hendak mengingat perbendaharaan kata yang banyak. Aku sebenarnya sengaja ingin tahu sejauh mana kebolehan murid-murid ini. 

Murid lelaki, mereka sangat cuai. Kerja-kerja menggaris tepi, membubuh tarikh dan hari adalah kerja remeh bagi mereka. Tulisan mereka juga tidak teratur dan mirip cakar ayam. Helaian buku mereka berlipat-lipat dan mukasuratnya menipis , mungkin dikoyak ketika membuat kapal terbang kertas atau  sebarang permainan yang memerlukan kertas. Sebahagian besar daripada mereka tidak menyiapkan kerja yang diberi. Jikalau pun siap, kerja tidak sempurna. Sememangnya jarang melihat lelaki suka menulis dengan pensil apatah lagi jika tulisannya cantik dan berseni.Berbeza dengan melukis, merekalah pakar melukis animasi atau kartun transformer yang bertubuh berketak-ketak . 

Ada persoalan terdetik di hati melihat gelagat murid-murid ini. Melihat perbandingan di antara dua jantina ini, aku memang tidak dapat menafikan bahawa seni dan kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada mereka yang bernama perempuan. Kerana perasaan yang halus dan seni itu banyak dikuasai oleh perempuan. Itulah sebabnya perempuan diciptakan bersama naluri keperempuanan yang kuat, mendalam dan sangat teliti dan rumit.  Kaya dengan perasaan. Lemah lembut dan penuh dengan kemanjaan.  Fizikal dan sifat-sifat mereka sangat sesuai menjadi ibu, pendidik dan pengasuh. Mereka suka meluahkan perasaan melalui perkataan.

Manakala seni bela diri, kepimpinan dan perkara-perkara yang menjurus kepada kekuasaan dan kekuatan fizikal tidak dapat direnggangkan daripada mereka yang bernama lelaki. Ia berdasarkan sifat-sifatnya yang lebih kasar, keras dan perkasa.  Mereka lebih suka kepada hal-hal yang jauh lebih besar dan bahaya berbanding perkara-perkara kecil dan remeh. Mereka jarang mengetengahkan perasaan. Mereka lebih suka menunjukkan perasaan melalui perbuatan. 

Oleh itu, pada pengamatan aku , lelaki dan perempuan tidak akan pernah sama dari segi kekuatan dan kelemahan. Aku tidak gemar dengan bicara yang berbunyi , " Kalau lelaki boleh buat, perempuan juga boleh!"  Bicara seperti itu seolah-olah menafikan hakikat bahawa lelaki dan perempuan saling lengkap-melengkapi. Perlu memerlukan di antara satu sama lain. JIka tidak, mengapa Hawa dijadikan sebagai pasangan bagi Adam?  Mengapa tidak kaum Adam saja yang hidup memenuhi muka bumi ini. Atau Kaum Hawa saja yang menjadi khalifah di dunia ini. 

Lelaki dan wanita tidak akan pernah sama dalam penciptaan dan juga tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun demikian, Allah telah meletakkan 'TAQWA' sebagai ukuran ketaatan hambaNya tidak mengira lelaki atau pun perempuan. Siapa yang bertaqwa , dialah yang terpilih menjadi golongan yang diredhai Allah.










Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…