Skip to main content

Marhaban Ya Syahra Ramadhan...

 Salam Ramadhan buat semua dan diriku sendiri.

Alhamdulillah akhirnya dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh berkah dan seribu satu rahsia ini. 

Sudah lama tak mengemaskinikan laman blog yang sangat sederhana dan masih di tahap asas lagi. Nak ikut kursus blog tak dapat sebab kolej asyik batalkan aje memanjang. Akhir sekali aku kursuskan diri aku sendiri hahaha..




Apa yang berlaku sepanjang tak menulis di blog ya. Banyak sekali perkara atau peristiwa yang berlaku tapi aku tak sempat nak merakamkannya di sini memandangkan ...memandangkan...memandangkan apa ya... oh ya! oleh kerana kesibukan kerja, setiap kali balik rumah dan mula hidupkan suis laptop, mata aku pun secara refleksinya nak terpejam kerana mengantuk. Asal buka laptop, mata pun mulalah layu, asal mata layu laptop pun baru nak dibuka..gitulah adanya

Apa pun, antara perkara menarik yang mungkin boleh aku kongsikan di sini ialah mengikuti bengkel penulisan bersama cik puan Salina Ibrahim , penulis novel terkenal yang bestseller tu. Heh heh heh...bengkel penulisan ni selama 2 hari 1 malam di Akademi Penulis , Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

Menulis adalah hobi aku sejak kecil. Di sekolah menengah, buku tulis bukan dihabiskan dengan tulis nota pelajaran tetapi habis dibuat buku cerita yang dibaca oleh kawan-kawan samada secara terang-terangan atau curi-curi. Peliknya tu, pada masa itu aku menulis untuk diri aku sendiri, bukan untuk dibaca oleh orang lain. Setiap kali buku karangan aku hilang aja, adalah makhluk-makhluk allah yang mengambilnya tanpa izin. Bila mata aku dah terjojol keluar macam singa(gerun juga kan), mulut dah bising-bising minta buku, tak sampai dua minit buku dah ada atas meja. 

Bila dah sambung belajar peringkat lanjutan, pun sama juga. Masih gemar menulis tapi entah apa intipati ceritanya . Setiapkali ada masa lapang, aku suka duduk di suatu sudut dan menulis cerita atau diary. Kadangkala diiringi dengan muzik. 

Meningkat dewasa tetap juga suka menulis tetapi tidak tahu jalan untuk menyampaikan hasil tulisan itu. Oleh kerana waktu itu berada di luar negara, aku pun hantarlah cerita melalui 'atas talian' saja. Mereka yang suka membaca cerpen dalam internet dapatlah membaca cerita aku . Dalam pada tu, aku selalu menyelidik laman-laman sesawang yang mengandungi maklumat tentang dunia novel, penulis novel, pengalaman menulis, ke mana manuskrip dihantar dan sebagainya . 

Setelah memasuki alam pekerjaan, menulis sudah mula berkurangan. Kesibukan bekerja membuatkan aku letih untuk menulis. Kalau pun idea mencurah-curah, tangan dah penat nak tekan papan kekunci. Lebih baik tidur.

Namun begitu, dua tahun kebelakangan ini kegemaran menulis tu datang semula. Ada idea terus tulis dan simpan. cuba juga cari bengkel-bengkel penulisan yang ada tapi pada waktu tu, satu bengkel penulisan pun tak diiklankan. Bengkel kereta banyaklah di luar sana tu. 

Akhirnya sebelum tiba Ramadhan ni, aku dapat juga mengikuti sebuah bengkel penulisan yang sangat bermanfaat dan berjaya menyemarakkan semangat untuk aku menulis . Alhamdulillah ala kulli hal...

Menariknya, tempat yang aku nak pergi ni dah 10 tahun tak pernah jejak. Sesat tu tak payah kiralah. Kalau tak sesat bukan aku namanya. Kadang tempat sendiri pun aku boleh sesat. Payah benar nak ingat jalan. Heh heh... 

Di Kuala Lumpur, aku menginap di rumah kawan di Jalan Ampang. Sesat dua tiga kali barulah ingat jalan ke rumah kawan ni. Besoknya nak pergi Wangsa Melawati tersalah jalan lagi. Alih-alih aja bangunan KLCC dah ada depan aku. Bila masa pula KLCC boleh ada betul-betul depan mata ni...aduh...sesat lagi. Mujur kursus bermula jam 8.30 pagi. Kereta pun tak banyak di jalan. Akhirnya sampai di Wangsa Melawati sebelum kursus bermula. Bengkel selesai jam 6 petang. Kawan aku ajak ronda-ronda ke KLCC. Tak kuasa aku nak pergi ke sana. Karang entah ke mana-mana pergi. Silap hari bulan aku ke mana, KLCC ke mana. Lebih baik balik terus ke Pahang(Singgah Pahang dulu sebelum bertolak ke Johor). 

Selama berbengkel 2 hari 1 malam ni, banyak input yang aku dapat untuk bergiat lebih serius dalam bidang penulisan. Menulis tak semestinya tentang cinta ' I love U, U love me , If U Jump I Jump' ..Kalau aku bercinta, kalau kekasih nak bunuh diri biarlah dia bunuh diri sendiri takkan aku nak ikut pulak. 

Menulis juga boleh menjadi medan untuk mendidik masyarakat. Revolusi Iran pada tahun 1979 yang dicetuskan oleh Ruhullah Al Musawi Imam Khomeini sehingga negara yang asalnya ditadbir oleh sekutu Amerika Syarikat (Shah Pahlevi)boleh berubah menjadi negara Islam adalah bermula dengan pendidikan. Makalah, akhbar dan media penulisan disebarkan kepada masyarakat sehingga mereka dapat menggulingkan rejim Shah . Ini adalah suatu contoh saja di mana ia sebagai bukti bahawa ' Pena itu lebih tajam daripada pedang'. 

Aku pula bukan nak menggulingkan sesiapa apatah lagi menggulingkan diri sendiri. Aku hanya hendak mendidik masyarakat melalui penulisan .Biarlah bermula dengan cerita-cerita biasa dan ringan asalkan mengandungi motivasi dan pengajaran. Ini kerana menulis dan membaca adalah kemahiran utama yang mesti dikuasai oleh setiap orang. Kerana dengan membaca kita dapat ilmu. Dengan membaca, Rasull Allah menerima wahyu. Bacalah! Jika kita seorang pendidik , bukan saja perlu membaca malah tulislah. tulislah apa saja yang berbentuk kebaikan dan manfaat untuk semua orang.

Mudah-mudahan dengan bengkel penulisan yang telah aku ikuti, aku dapat mengekalkan semangat dan azam untuk menghasilkan sebuah karya. Amin ya rabb...





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…