Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

AHAD, hari yang pertama?

Mengapa Ahad hari yang pertama dalam kalendar?

Tak kusangka rupanya pisang dah jadi nangka. Rupanya kebanyakan murid-murid cilik aku ni  sudah menetapkan dalam minda mereka, Hari Isnin adalah hari yang pertama kerana persekolahan bermula pada hari Isnin dan ibu bapa mereka rata-ratanya bekerja jugak pada Hari Isnin. Kedai-kedai di Pontian ni jugak kebanyakannya bukak pada Hari Isnin. Ahad kedai tutup walaupun bukan semua. Ahad juga adalah hari cuti.
AHAD diambil sempena perkataan Bahasa Arab AL AHAD  yang bermaksud ‘ Satu’.  Dalam tujuh hari yang kita ketahui,  Ahad adalah hari yang pertama.  Itulah sebabnya dalam Surah Al Ikhlas (juga nama lainnya Surah At Tauhid), ada disebut perkataan AHAD yang bermakna esa/tunggal/satu.

Kalau tak percaya, cuba tanya adik-adik atau anak-anak sedara kita, apakah hari yang pertama dalam seminggu?