Skip to main content

Bila GIAN datang semula



Khamis, hari yang paling sibuk, mengejar masa kerana jadual yang padat. Selesai kerja, perlu ke tempat lain pulak untuk hadiri suatu seminar.  Seminar yang bertunjangkan politik tetapi mengatas namakan  ‘agama’.  Aku pun manusia biasa, naik torek telinga ni nak menadah cakap orang pasal politik.  Dalam tentatif majlis selesai pukul 5 petang tapi aku datang pukul tiga, setengah jam selepas tu aku cabut balik. Daripada aku melanguk, mengangguk-angguk dengar ceritera yang aku sendiri malas nak fahamkan, ada baiknya aku bukak laptop dan sambung menulis. Badan penat hati suka tak apa.  Jangan badan penat , kepala otak makin sakit sudah.  Siapa tak kenal aku...muka memang dah macam singa...sekali angin satu badan heh heh...taufan Catrina pun kalah...


Sejak join Group Komuniti e-Novel, rasanya statistik kekerapan aku menghadap skrin segi empat tepat  Acer Aspire 4736Z ni makin mencanak  naik. Tak keluar rumah macam selalunya. Duduk diam-diam macam bertapa di dalam gua. Kadang tu makan nasi dengan ikan bilis aja waktu idea datang mencurah-curah. Nak buat macam mana, idea kalau dah menyinggah, buat apa pun tak sempat. Kalau tak dilayan, aku jugak yang kuciwa...kuciwa...heh heh...

Aku dah pernah sertai Bengkel Penulisan.  Hakikatnya Group KEN secara atas talian lebih baik dan sangat bermanfaat kepada kaki-kaki yang suka menulis macam aku. Banyak perbezaan di antara Bengkel Penulisan yang aku ikut sebelum ni dengan Group KEN. Jauh bezanya. Kalau aku terangkan lebih terperinci, dah serupa mengajar pulak dalam kelas.  Kalau nak tahu, join aja komuniti tu. Kalau tak suka terpulang. Selera masing-masing.

Suatu masa dulu aku sibuk nak belajar buat blog. Tercari-cari kursus-kursus blog di mana-mana tempat yang berbayar sekali pun. Hampeh! Asyik dibatalkan memanjang. Bosan tunggu nak belajar, last-last kursuskan diri sendiri. Ha tu yang jadi blog budak darjah 1 macam yang ada ni.  Tapi pesen aku ni, kalau aku nak...aku akan dapatkan sampai berjaya.  Sikit-sikit lama jadi bukit. Pelan-pelan akan dapat hasilkan jugak. Sekarang dalam proses belajar buat blog dengan sorang member.  Alhamdulillah...ada jugak orang yang sudi jadi cikgu aku...heh heh..

Bila dah join KEN, secara tak langsung keinginan menulis mula terangsang kuat. Tengok blog orang sambung cerita, kita pun nak sambung cerita. Tapi cerita aku masih dalam folder. Belum sedia untuk dipersembahkan di dada blog memandangkan  sekarang dalam usaha menambah baik mutu persembahan blog ini. Siap berhias blog ni nanti, akan aku susunlah cerita-ceriti aku yang tak seberapa tu.  

Bila dah kerja menulis aja, memori-memori lama pun mulalah terimbas semula. Waktu di sekolah menengah, bila dah mengadap buku tulis, mata terpaku di buku aja, tak reti nak tengok kiri kanan.  Buku siap sampul cantik-cantik, lepas tu lapis dengan sampul plastik lagi punyalah sayang dengan hasil karangan sendiri. Padahal entah apa isi ceritanya masa tu. 

Bila sambung belajar pulak, sanggup gunakan komputer besar gedabak tu(wahidah punya) menulis cerita. Pun sama, entah apa isi cerita  masa tu aku pun tak ingat.  Bila dah berpuluh2 bab siap...disket kena virus, fail tak boleh baca..cerita habis macam tu aja. Tapi kalau dah kata GIAN tu...memanglah payah nak hilangkan tabiat suka menulis.  Tulis lagi dan lagi dan lagi...akhirnya hantar cerita di laman web Karangkraft. Heh heh...tersiar jugak...ramai jugak orang bagi komen.. hidung kembang kempis aja padahal bukan buat buku pun. Duit pun tak dapat. Yang penting, kepuasan. Hanya orang macam aku aja yang tahu...hihihi...
Aku rasa stop dululah memandangkan entri aku ni dah berjela-jela.  Apa nak makan malam ni ek... nak masak apa ek.. kalau terus menulis ni alamat aku makan mouse dengan pad mouse aja la..






Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…