Skip to main content

Bukan Salah Ibu Mengandung...


Mendung tidak semestinya hujan….

Tapi hujan selalunya disertai dengan awan mendung...kan? heh heh... pagi ini cuaca begitu redup sekali. Terlalu redup sehingga awan yang asalnya putih melepak sudah bertukar kepada kelabu-kelabu asap.  Ada debar yang berbungkal di dalam rasa. Resah gelisah dan keluh kesah silih berganti, menekan-nekan jiwa...itulah perasaan orang yang membasuh pakaian berbakul-bakul dan baju-baju itu disidai pulak di luar. Heh heh...takut kalau  hujan lebat menimpa tiba-tiba daa...  Yang penting, aku belum basuh baju lagi pagi ni. Jadi, aku tak termasuklah dalam kategori mereka yang berdebar-debar tengok awan mendung..hihihi...

Kononnya nak mengorbankan masa sedikit. Tidurlah lewat kerana memperbaiki jalan cerita manuskrip yang sudah siap(AAP). Lewat punya hal, mata terus tak dapat tidur sampailah jam pukul 3 pagi. Terkebil-kebil melayan fikiran yang aktif bekerja. Sedar-sedar jam dah pukul 6.30 pagi. Sudahnya bangun lewat. Mata kelat betul. 

Dulu masa muda, tidur lewat ni hobi aku. kalau haslina tidur awal, tandanya ada sesuatu yang tak bereslah tu dalam kepalanya. Heh heh...memang betul pun. Payah betul nak tidur awal. Pernah bersusah payah membetulkan waktu tidur(tidur pada waktu yang tepat) tapi bertahan cuma seminggu je. Lepas tu lewat lagi. Mak aku kata, masa dia ngandungkan aku dulu, dia tak boleh tidur. Selalu sangat berjaga malam, melayan perasaan sedih sebab berjauhan dengan keluarga. Ha, rupanya itulah sebab aku ni asyiklah tak boleh nak tidur awal. Penat berusaha betulkan waktu tidur tapi semuanya sia-sia je. Hehe..

Hah, apa dah jadi pulak sekarang ni? bila usia dah lanjut, asyik mengantuk pulak. Masa kerja pun mengantuk, masa tidur pun lepas Isyak dah terbongkang atas katil. Asyik nak tidur aja. Mata sampai letih. Badan tak gemuk2 jugak. Kudut bertahun-tahun. 

Nak ulang semula tabiat masa muda dulu dah tak boleh. Bila tidur lewat, aku jadi penat. Tak bertenaga untuk kerja siang. Rasa macam tak cukup tidur. Lepas tu sepanjang hari asyik nak menyesal sebab tidur lewat. Adui...nak berkorban apa macam ni ek? Boleh ke tidak ni nak buat pengorbanan masa ni...???

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…