Skip to main content

Isnin yang sedikit meletihkan…



Bertolak dari Terengganu jam 9.30 mlm dan sampai ke Larkin pukul 6.30 pagi. Letih memang letih. Sejuk ‘aircond’ buat aku tak dapat tidur. Bila dah boleh tidur, badan pulak lenguh duduk kerusi bas macam apa...

Sampai sekolah jam 9.30 pagi. Kalau dah naik bas tu alamat pergi sekolah lewatlah. Kalau drive sendiri lain cerita. Tapi tak apalah, semuanya demi berbakti kepada orang tua. Apalah yang nak dikirakan sangat berbanding menikmati detik-detik berharga bersama orang tua. Moga emak dan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...dihindar dari segala bala bencana...amin Ya Rabb..

Bila dah letih, tak dapat nak fokus pada pengajaran dan pembelajaran. Budak-budak pun, suruh siapkan latihan aja. Rasanya tilam dan bantal dok menyeru-nyeru nama aku di rumah...heh heh... setiap masa dok mengira minit...bilalah nak balik...bilalah nak balik...tapi bila sampai rumah bukan boleh tidur pun. Sibuk mengemas rumah pulak. Maklum, rumah bila dah ditinggalkan empat hari, sebijik macam tongkang pecah..huahuahua...

Lepas Isyak, aku menghadap laptop semula. Memperbaiki 
jalan cerita manuskrip yang sudah siap. Kalau boleh, biarlah dapat hasilkan yang terbaik walaupun sebenarnya tidak sebaik hasil tulisan orang lain. Apa yang penting ialah ;

1.      Cerita dah ada. Matlamat dan objektif cerita itu ditulis sudah ada
2.     Cerita sudah siap
3.     Perbaiki tanda baca
4.     Perbaiki jalan cerita.
5.     Istiqamah dalam meniti usaha tersebut
6.     Yakin dengan keupayaan diri
7.     Sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan mengerah otak mengolah idea
8.     Tawakal kepada Allah...

Aku mesti rajin berusaha! Tidak ada jalan potong untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha yang gigih dan konsisten. Selamat berjaya untuk diri sendiri... heh heh...

Ups! Terlupa nak mangabadikan sesuatu. Aku menang Peraduan Menulis Dialog kategori  ‘Maaf, Saya bukan bibik!’ hhehehe...lebar tersenyum ni.. Dapat 8 hadiah tajaan Syarikat Penerbitan Jemari Seni. Kembang-kempis hidung dibuatnya...flight pun bleh landing...haha...apa 8 hadiahnya tu ek?
1.      Kipas berlagak
2.     Beg bergaya
3.     Lencana Jemari seni
4.     Empat buah novel dalam siri SiManis 17
5.     Apalagi satu ek? Kain apron Jemari Seni tapi untuk dialog terbaik antara 8 pemenang ni la. Aku rasa dialog aku tu simple je. Join pun sebab nak berseronok...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…