Skip to main content

La tahzani wala takhafi ya alink...inna allah maaki... :) :) :)


Memotivasikan diri aku sendiri...

Minggu lepas PPD datang buat pemantauan, menyemak buku-buku latihan murid (nak tengok, cikgu tanda buku atau duduk goyang kaki).

Hari ini, JPN pulak datang dengan dua buah kereta. Aku kalau tetamu-tetamu ‘kehormat’ ni datang ke sekolah, makan jadi tak kenyang, tidur jadi tak lena. Tapi tadi waktu free, aku dapat jugak lelap 10 minit sebab malam tadi tidur tak nyenyak. Ada je makhluk yang mengganggu. Gitulah gamaknya kalau ada kebun di sebelah rumah. Asal pukul 1 pagi je mata terbukak. Pukul 3 aja mata terbukak...Tidur pun jadi apa .. 

Dan sekarang dalam proses solek-menyolek manuskrip yang sudah siap. Aku masih terlalu cetek dalam ilmu penulisan novel tetapi berdasarkan pengalaman aku selama bertahun-tahun menulis, pembacaan yang pertama tidak akan sama dengan pembacaan yang kedua.

 Setelah cerita aku siap, aku biarkan saja dalam folder. Dua bulan selepas tu aku bukak, banyak kesilapan yang aku nampak dan penambahbaikan yang aku buat kepada cerita itu. Bukan kerana nak jadi novelis pada waktu itu tapi memang perangai aku agak teliti. Satu baris demi satu baris nak dibaca. Di bab 1 mak hero namanya Rokiah(misalnya), alih-alih pada bab 6, mak hero bertukar nama pulak jadi Ruminah. Lepas tu, tiba-tiba di tengah-tengah cerita idea entah apa-apa. Mulalah rasa tak sedap baca. Lepas tu tutup komputer dan zzz...zzz...zzz..... lepas tu minggu depannya bukak lagi cerita tu semula. Tiba-tiba sampai bab ke 13, mak hero bertukar nama Fatimah pulak. Adus!


Kenapa perkara tu selalu terjadi pada diri aku? Sebabnya ialah aku tidak mempunyai peta lakar dan pelan cerita secara dokumentasi. Semuanya main lakar dalam kepala. Tu yang jadi rangka kepala haslina..heh heh...kejap betul kejap miring. Ikut suka-suka hati kepala aku..


Tapi kali ini dengan bantuan kakak-kakak penulis yang dedikasi dan sangat tulus membantu adik yang ‘hentam kromo’ macam aku ni, aku sudah pun bergiat serius, seserius-seriusnya. Lebih serius daripada waktu aku ikut bengkel dulu.


Memandangkan sebuah manuskrip remaja yang sudah aku masukkan beberapa bab ke dalam blog ini, sudah pun siap, aku perlu menelitinya lagi dan lagi sehingga tak terlihat walau sedikit pun kecacatan tanda baca. Apa yang penting, aku tau apa sebenarnya yang aku nak ceritakan dalam kisah itu. Dan yang paling jelas sekali, aku tahu dengan sejelas-jelasnya apa yang nak aku sampaikan kepada pembaca dalam cerita aku itu. 

Dan tentunya aku tak mahu bergantung hanya pada satu cerita itu saja. Kini aku dalam proses menyiapkan sebuah manuskrip genre novel dewasa islamik yang sedang dalam proses pengembangan idea. Sudah tentu ia memerlukan rangka cerita dan peta lakar supaya cerita ini tidak tersasar daripada idea sebenar. Dan adakah ia suatu yang mudah seperti kacang goreng? Kacang goreng pun kena goreng dulu baru boleh makan. Nak goreng kena tenggek kuali, panaskan minyak, cari sudip dan hidupkan api dapur. Semua tu memerlukan USAHA. 

Usaha tidak akan datang tanpa satu keazaman. Keazaman itu tidak akan muncul tanpa suatu kehendak. Itulah sebabnya ada pepatah mengatakan ‘ Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.


Belajarlah. Itu prinsip aku. Akan terus menimba ilmu. Ilmu penulisan bukan sekadar tulis semua luahan hati dan jadikan manuskrip lepas tu hantar kepada penerbitan. Sedangkan membaca pun ada kaedah-kaedah membaca yang betul, ini kan pulak menulis. Tentu ada kaedah-kaedah menulis yang betul. Kalau penerbitan sedia ada menggunakan  Bahasa Melayu sebagai syaratnya terutama di dalam naratif, mengapa kita tak memperbaiki tatabahasa kita sendiri? Bahasa Melayu bahasa kita. Seharusnya wajib bagi kita mengutamakan bahasa ini berbanding bahasa lain. Itu pada pendapat peribadi aku sendiri sebab aku mengajar Bahasa Arab di sekolah dan jugak beri tuisyen Arab kepada pelajar universiti. 

Jadi...apa tunggu lagi? Kita enjoy!!! (gaya Nora Danish dalam cerita Puteri)
Enjoy dalam menghasilkan manuskrip bermutu, enjoy dalam mengkaji watak-watak utama, enjoy dalam menulis dengan tanda baca yang betul, enjoy dalam meresapkan DAKWAH ke dalam penceritaan itu dan yang paling utama enjoy untuk terus ISTIQAMAH menyiapkan cerita sampai selesai. 

Boleh alink?
Huahuahuaaahuaa...(gelak Mr.Crab)



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…