Skip to main content

Introvert dan Penulis


Mengapa mesti  MENULIS?


Penulis selalunya terkenal dengan ciri-cirinya yang introvert , mengasingkan diri pada waktu-waktu tertentu  untuk meluahkan apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.  Itulah sebabnya kadangkala penulis tidak suka menggunakan namanya sebenar dalam berkarya, barangkali tidak mahu menonjolkan diri atau tidak mahu orang di sekelilingnya mengetahui rahsia perasaan dan fikirannya yang sudah terluah menjadi tulisan.

Kerahsiaan ini menyebabkan tidak ramai penulis yang dapat diketengahkan walaupun karya mereka sangat bagus dan tatabahasa mereka sangat baik. Malu. Tidak yakin dengan keupayaan diri. Bimbang jika teman-teman atau keluarga mengusik atau mengenakan mereka dengan cerita yang ditulis atau mengaitkan dengan orang-orang tertentu dalam hidup mereka. 

Aku dulu juga begitu.  Malu apabila luahan isi hati diketahui oleh teman-teman. Malu jika cerita yang dilakarkan tidak sedap dan langsung tidak menarik. Malu segala-galanya.  Aku terlupa kehidupan ini sering berubah mengikut takdir dan waktu. Aku tidak tahu bahawa tabiat memendam perasaan itu tidak baik dan dapat memudaratkan kesihatan fizikal dan mental.

Jika marah, lontarkan kemarahan itu kepada orang yang benar-benar kita marah. Orang yang waras pasti akan marah terhadap sesuatu yang wajar untuk dia marah. Itulah yang dinamakan ‘telus’.  Jika kita masih tak dapat melepaskan marah kepada sesuatu yang sepatutnya kita marah, itu tandanya ada sesuatu yang masih menakluki hati iaitu KETAKUTAN. Takut berlaku sebarang pergaduhan. Takut berlaku sebarang permusuhan, jadi lebih baik pendamkan perasaan. 

Namun demikian, banyak cara untuk melepaskan rasa yang berbuku di hati. Salah satu daripadanya ialah dengan menulis. Tulislah catatan isi hati di dalam sebuah buku.  Lepaskan segala tekanan di dalam buku itu. Itu juga salah satu bentuk pengurusan stress.

Apa yang lebih penting lagi, kita mesti menulis kerana kita adalah khalifah allah di muka bumi ini. JIka Nabi diutuskan wahyu dengan Surah Al Alaq iaitu memerintahkan baginda untuk membaca! Bacalah! 

Jadi, kita juga wajib meneruskan misi dakwah Rasul Allah dengan mendidik manusia supaya membaca Al Quran atau bahan pendidikan yang berguna. Dan bahan bacaan itu tidak akan wujud tanpa ada yang menulisnya. Apa salahnya kita menulis, menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini kepada masyarakat walaupun dalam bentuk yang sangat sederhana seperti  mengajarkan sebuah doa misalnya.  Apakah itu juga suatu yang sangat berat untuk dilakukan? 

القلم أحد من السيف
Pena itu lebih tajam daripada pedang

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…