Skip to main content

Demam Kura-Kura

Ulasan mengenai Cerpen SAMAN CINTA.
Pihak juri telah sepakat memilih cerpen ini sebagai pemenang pertandingan menulis cerpen kali ini berdasarkan semua faktor-faktor di atas. Cerpen ini mempunyai jalan cerita yang menarik, tepat, berbeza, kesan rasa yang jelas, tanda baca dan susunan ayat di dalam perenggan yang baik.
-Pihak Penganjur Group Komuniti e-Novel
*****
Berkali-kali aku membaca ulasan ini tapi tetap tak faham-faham. Maklum sajalah, aku tak banyak ilmu tentang penulisan, lebih-lebih lagi penulisan cerpen. Pada pendapat aku yang buta kayu ini, penulisan cerpen lebih sukar berbanding penulisan novel. Sebab cerpen dan novel dua elemen yang sama tapi tak serupa. Dua-dua adalah cerita tapi satu pendek dan satu panjang. Dua-dua mempunyai permulaan, konflik dan kesudahan tapi cerpen dikisahkan dalam ruang yang sangat terbatas. Adakah itu mudah?

Payah. Itu sebabnya aku tidak menaruh sebarang harapan untuk menjadi pemenang awal-awal lagi. Tapi ada jugak perasan sendiri cerpen ini boleh dapat tempat kelima. Perasan la katakan, nak buat macam mana kan. Untuk meningkatkan motivasi sendiri, ada azam dalam diri aku. Kalau dapat tempat, aku akan teruskan usaha berkarya dengan lebih serius, seserius-seriusnya. Azam tu terbetik di kalbu masa nak cuci baju kat bilik air. 

Ulasan yang aku baca di atas tadi memang aku tak jelas sebab aku tak ada ilmu dalam penulisan cerpen. Aku menulis dengan hati. Barangkali itu sebabnya pembaca juga membacanya dengan hati. Tentang kesan rasa, berbeza dan tepat dalam ulasan cerpen aku ni, memang aku tak nampak-nampak lagi tang mana. Orang yang membacalah yang dapat menilainya. 

Tentang kemenangan ini, hanya rasa syukur yang bergeming di dalam sanubari. Tidak perlu terlalu bergembira kerana perjalanan aku dalam bidang ini masih HIJAU lagi. Masih awal. Karya demi karya sudah menunggu di dalam pelan dunia penulisan aku. Rasa syukur kerana keyakinan diri semakin bertambah untuk menulis. Pun begitu buat beberapa waktu ini aku ingin berehat kerana terkejut dengan keputusan pertandingan yang baru keluar.  Hilang semua Zouq(ghairah) mengedit manuskrip disebabkan kejutan ini. Insya-allah dua tiga hari aku akan normal semula macam biasa. Heh heh..

Novel apa yang akan aku jadikan ‘imej’ bagi diri ini? Novel cinta. Cinta di dalam imaginasi aku tak sama dengan cinta yang selalu dipaparkan dalam banyak cerita. Kebanyakan manusia hanya memandang cinta dalam satu persepsi saja iaitu I Love U, U Love Me. Aku akan bawakan cinta dalam karya aku lebih syumul daripada itu. Lebih luas skop dan definisinya. Lebih membuatkan pembaca akan benar-benar jatuh cinta dan larut dalam cinta yang akan aku bawakan itu. Insya-allah. Kerana aku akan memperkenalkan kepada mereka bahawa cinta itu sangat indah dan mempesona tetapi ia hanyalah sebahagian daripada hidup kita dan bukan segala-galanya. Kerana yang menjadikan rasa cinta ke dalam hati BANI ADAM ini ialah Pencipta Alam Cakrawala, Tuhan Maha Besar. Tidak akan wujud CINTA jika kita tidak dicipta. Mahu atau tidak, semarakkan dulu rasa cinta kepada Pencipta kita, barulah kita mengerti tautan cinta antara sesama manusia.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…