Skip to main content

Harga sebuah kesihatan...




Alhamdulillah, alhamdulillah wal hamdulillah...masih dapat menyedut nyamannya udara pagi meski diselangi renyai-renyai yang sedikit dingin. Aku masih mampu bernafas lega walaupun denyut-denyut di kepala belum berhenti sudah beberapa hari. Aku masih hidup. Masih hidup. Masih hidup! Teringat falsafah semasa di Tingkatan 6 dulu. HIDUP ADALAH SESUATU YANG BERNILAI...

Sedang berusaha menyiapkan manuskrip dewasa dan remaja. Cerita tentang remaja kali ni hanya melibatkan beberapa rombakan cerita memandangkan aku hanya menggunakan cerita yang sudah ada tapi tersimpan di dalam folder. Tidak banyak yang perlu diperah untuk menyiapkan cerita ini melainkan memperbaiki jalan cerita dan menguatkan beberapa watak yang ada. Walaupun tidak sesukar menulis cerita dewasa, ada jugak aral yang melintang iaitu kesihatan yang tidak baik sejak akhir-akhir ini.

Tika aku sihat dan bertenaga di samping Allah mengurniakan idea di dalam kepala, aku mampu menyiapkan tiga bab dalam satu hari. Tapi bila migrain mula menyerang kepala, satu kerja pun aku tak dapat lakukan. Walau sebuah panggilan, aku tak mampu menjawabnya. Walau sesuap nasi, ia akan terkeluar semula. Segala-galanya lemah dan gelap. Tak tahu bagaimana hendak aku gambarkan. Cuaca yang terik di luar tapi guruh begitu hebat berdentam-dentum seakan hari hendak hujan. Kepala pulak berdenyut-denyut kesakitan. Batuk-batuk masih belum hilang. Jangankan menyiapkan satu bab, sebaris ayat pun aku tak mampu fikirkan. Waktu itu...hati selalu berkata-kata....alangkah bagusnya jika aku sihat...alangkah nikmatnya badan yang sihat...alangkah nikmatnya akal yang cerdas...alangkah nikmatnya...alangkah nikmatnya...

Benar, beringatlah masa SIHAT sebelum SAKIT. Pun begitu, kita takkan tahu nikmatnya sihat jika tidak diberikan rasa sakit. Kita takkan tahu terangnya siang jika tidak wujud gelapnya malam. Kita tidak akan tahu erti sebuah kejayaan jika tidak merasakan pahitnya sebuah kegagalan. Kita takkan faham makna sebuah kebahagiaan kalau tidak pernah mengalami derita dan kesengsaraan. Hakikatnya, jiwa kita sentiasa mahukan yang senang-senang, yang bagus-bagus, yang cantik-cantik, yang indah-indah..hidup ini kalau boleh nak dilalui dengan senyuman memanjang. Mahu sentiasa berasa gembira dan bahagia. Adakah hidup yang sebegitu? Ada, hidup seorang manusia yang bukan mukallaf. Manusia yang kurang siuman. Manusia yang tiga suku. Manusia yang aman dengan dunia dan alamnya.

Hidup seorang khalifah pasti dipenuhi ranjau berliku. Terbentang dua jalan di depannya, bahagia atau derita. Dia sendiri yang perlu memilihnya dengan kesedaran bahawa bahagia tidak diukur dengan sebuah senyuman. Derita pula tidak disukat dengan sebuah tangisan.

Ya allah...tabahkanlah hati ini dalam menghadapi mehnahMu...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…