Skip to main content

HARI INI DALAM SEJARAH


Aku teringat sebuah filem animasi ‘Tinker Bell’, di mana dalam filem itu, Tinker Bell tidak mahu menjadi seorang tukang sebaliknya mahu mencecah awan seperti Pari-Pari Cahaya dan Pari-Pari lain yang dapat pergi ke Tanah Besar ketika Musim Bunga. Dia ingin melihat panorama di Tanah Besar sama seperti Pari-Pari yang lain. Terasa popular dan indah sekali.

Sayangnya, dia adalah seorang Tukang. Dan kerja tukang adalah membaiki barang-barang, mengubah suai barang-barang terpakai dan menyiapkan peralatan untuk persiapan musim bunga itu di mana tempat kerjanya hanya terlingkung di belakang tabir saja. Memberontak sendiri kerana tidak mahu menerima kemahiran yang ada dalam dirinya(kemahiran bertukang), dia cuba menjadi seperti pari-pari lain dan berusaha menguasai kemahiran mereka. Ternyata usaha Si Tukang tadi hanya sia-sia. 

Akhirnya desakan hati hendak menjadi ‘orang lain’ dan tidak mahu menjadi dirinya sendiri menyebabkan seorang Pari-Pari mengambil kesempatan kepadanya. Akibatnya, seluruh persiapan untuk menyambut Musim Bunga hancur begitu saja di tangan Pari-Pari Tukang itu. Dia mengecewakan semua orang termasuk Ratu Pari-Pari dan Pari-Pari kenamaan lainnya. 

Setelah bermuhasabah, akhirnya dia dapat juga menerima hakikat bahawa dia adalah seorang tukang. Pari-pari yang mempunyai kemahiran bertukang. Dan kerana kemahirannya itu, Musim Bunga dapat disambut dengan jayanya dan kehancuran persediaan sebelumnya itu berjaya diatasi dalam masa yang singkat.  Cerita animasi itu sarat dengan pengajaran bagi aku. 

Mungkin begitu juga dengan aku. Ada sedikit kekuatan dalam bidang penulisan tetapi tidak dipraktiskan dengan serius kerana komitmen lain. Tanpa penyokong dan pendukung, kekuatan yang ada dalam diri tidak dapat ditonjolkan. Akhirnya, desakan motivasi yang kuat untuk mendalami bidang penulisan membawa kepada rangsangan aktif aku sejak kebelakangan ini untuk menulis. Dan rangsangan itu salah satu sebab aku menang dalam Pertandingan cerpen anjuran Group KEN. 

Tidak berani berkata yang lebih-lebih tentang kemenangan ini setelah menang Peraduan Menulis Dialog Si Manis 17 anjuran Penerbitan Jemari Seni beberapa minggu lalu. Di samping keyakinan menghasilkan karya semakin bertambah kuat  rentetan kemenangan ini, dalam masa yang sama aku juga terpaksa melihat mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Mereka-mereka itu adalah kenalan-kenalan yang baru hendak beramah mesra dengan aku. Aku jadi takut sendiri. Aku berharap aku tidak DIBENCI...







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…