Skip to main content

Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa


Benarkah BAHASA JIWA BANGSA?

Kalau benar BAHASA itu JIWA BANGSA, generasi elektronik dan gadget kini sudah mengalami Krisis Identiti menerusi gaya bahasa mereka  yang  terlalu menyimpang daripada tatabahasa Melayu yang sebenar.  Ejaan tunggang-langgang dan penggunaan istilah Bahasa Melayu tidak pada tempatnya sudah menular dalam kalangan remaja HARI INI. Apa sudah jadi dengan BAHASA MELAYU mereka?

Menerusi blog-blog sedia ada samada blog peribadi atau blog perniagaan, bahasa yang digunakan adalah bahasa yang bukan lagi dirojakkan tapi sudah dirosakkan sehingga ke tahap kronik. Ini suatu WABAK yang bakal memberi impak besar bagi masa depan masyarakat Melayu.  Implikasi yang dahsyat kepada generasi akan datang. Ibarat anai-anai yang dapat merobohkan sepohon kayu yang besar, begitulah kesan krisis bahasa kepada remaja kita nanti. Ikuti temubual bersama Si Fulan Bin Si Fulan di Studio Jalan Ampas...
***
Heh..heh.. aku memang sakit betul dengan orang yang suka merosakkan bahasa ni. Terasa suatu penghinaan kepada bangsa sendiri bila orang melayu tak pandai menulis dalam bahasa melayu. Aku yang dah berumur 32 tahun ni masih bukak Kamus Dewan punyalah nak betulkan bahasa, rujuk Tatabahasa Dewan punyalah nak betulkan susunan bahasa, selalu rujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my untuk semak kesalahan ejaan dan baca blog-blog penulis prolifik yang berpengalaman bertahun-tahun dan keluarkan banyak buku punyalah nak korek ilmu-ilmu tentang Dunia Penulisan....alih-alih dia yang umur baru setahun jagung (Bilangan takbir semasa solat hari raya aidilfitri pun entah tau entah tidak) boleh senang-senang gunakan bahasa entah apa kebenda lepas tu perasan sendiri karya tu bagus disebabkan ramai pengikut. 

Aku yang duduk di luar negara 6 tahun, bergelumang dengan Kitab-Kitab Arab dan tesis dalam Bahasa Arab, beli makanan dan barang-barang menggunakan Bahasa Arab dan hidup dengan masyarakat Arab siang malam pagi petang, tak pernah walau sekali aku melupakan BAHASA MELAYU yang sudah mendarah daging dalam diri aku. Malah semakin lama aku semakin cintakan BAHASA bangsa aku sendiri. Sentiasa merindukan bahasa aku sendiri. Tapi kenapa orang-orang yang lahir bertahun-tahun lebih muda dari aku dan tinggal di tanah tumpah darahnya sendiri, tak dapat menggunakan BAHASA bangsa mereka sendiri? Apa salahnya? Di mana silapnya? Kenapa gejala-gejala ini sudah semakin berleluasa? 

Aku benar-benar KESAL dan KECEWA...TERKILAN selalu menggigit-gigit rasa. Inikah JIWA bangsaku pada masa hadapan?



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…