Skip to main content

Masa untuk belajar

Ahad yang begitu indah. Berehat di pondok sambil menulis disapa angin yang bertiup lembut begitu mendamaikan. Pun begitu, hari ini aku hanya ingin membaca blog teman-teman sambil mencari maklumat tentang penulisan di mana-mana laman web untuk mencari semangat.

Tidak mahu memikirkan tentang apa-apa. Masa untuk membaca. 

*****  
Tekak yang asyik tergaru-garu gatal ni buat aku tak tahu apa nak makan malam ni. Tiba-tiba teringin nak makan burger sos kacang. Jadi, luncurkan kenderaan dan singgah ke tempat burger sos kacang. Baru aja nampak kereta aku yang lip-lap nak berhenti, penjual burger tu pun terus bangun dan tersenyum mesra. 
sekali orang senyum dengan aku, sepuluh kali aku senyum dengan orang tu heh heh..tp senyum sedekahlah, bukan senyum menggedik. Dan salah satu sebab mengapa aku tersenyum ialah sampai sekarang dia orang tak tahu, warung burger dia orang tu dah glamer dalam cerpen aku. Burger dia orang pun dah popular dalam cerpen aku. Dia orang tak tahu, aku telah mengisahkan suatu cerita dengan mengambil latar belakang dia orang. Heh heh heh...

Walaupun nampak macam mat-mat rempit yang tak sekolah tinggi tapi rasa hormat dia orang pada pelanggan sangat tinggi. Nak hulurkan bungkusan makanan pun macam nak tabik hormat pada kem komandan tau. Entah sebab hormat atau sebab takut kat aku, aku pun tak pastilah kan. Tapi yang aku tak habis fikir ni...sewaktu aku bagi duit ringgit malaysia dua dan sen lima puluh tu, seorang budak ni pun tersenyum sambil ucapkan, "Terima kasih acik..."

Hah? Acik? Naik torek telinga aku mendengarnya. Lepas tu kawan dia perbetulkan ,"Ada pulak acik ko sebut. Itu kakaklah..."
Budak tu pun balas, "Baru bangun tidur macam ni, mamai lagi. Entah apa aku cakap pun aku tak tau..."

Aku sebab nak kontrol ayu punya pasal, senyum aja macam minah jambu. Buat-buat macam pekak sudahlah kan. Mentang-mentanglah aku pakai jubah dengan tudung era sebelum millennium, saja aja budak tu kata aku acik. Nasib baik bukan 'makcik'. Sepanjang 32 tahun hidup kat dunia yang penuh pancaroba ni, belum sekali pun orang panggil aku makcik tau. Inilah satu hari dalam sejarah ...hahaha...sepanjang jalan aku menahan ketawa aja...
Oklah...disebabkan aku dapat idea daripada watak dia orang, aku tak ambik hati sikit pun. Tak kisahlah tu nak, nak panggil acik pun tak apa nak, biasalah tu...acik ni memang terlebih matured sikit...







 









Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…