Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Peralihan Masa

Mula memasuki fasa kedua persekolahan Jun-November 2011


            Alhamdulillah...alhamdulillah wal hamdulillah ala kulli halin wanikmatin. Paras stres sudah mula menurun perlahan-lahan dan penyukat suhu juga kini kembali ke tahap normal. Bermula dengan kerja-kerja menanda kertas jawapan(soalan subjektif untuk 520 orang murid), terlibat dalam beberapa program(Hakim Syarahan Bahasa Arab semasa Karnival Bahasa Arab Peringkat Zon Pekan Nanas dan Program Hari Puteri peringkat Zon), ditugaskan ke PPD(Pejabat Pelajaran Daerah) untuk proses e-Pelaporan dan esok bertanggungjawab mengendalikan Penyata Laporan Peperiksaan untuk kelas 1 Bestari, gantikan guru kelas yang sakit(jadi bidan terjun)


“Erm...best jg jadi cikgu kan. bleh balik awal kan. lg best. bila cuti sekolah. awak pun cuti jg kan” –SMS seorang kenalan yang masih tersimpan dalam telefon bimbit.  Syukur aku dah biasa tengok karangan budak sekolah rendah yang masih tak reti gunakan tanda baca yang betul. Kalau tidak, berpusing-pusing…

Kelmarin Yang Penuh Kejutan

Cerpen ' Mbak Kusuma Dewi''
Mbak Kusuma Dewi memerhati wajahnya pada cermin solek di hadapan. Diperhati seketika kelopak mata yang bundar dan redup bulu mata persis mata unta itu. Sejenak bibirnya mencebik, barangkali tidak berpuas hati dengan tatarias pembayang mata dari jenama Sendayu Tinggi. Warna-warna ‘Envy Night’ yang tersedia dalam kemasan hitam itu kurang mesra dengan kulit mata. Tidak secekap pembayang mata ‘Sariayu’, bergemerlapan dan natural walau hanya dengan sedikit sapuan. Berbanding dengan jenama ‘MAC’, dia lebih cinta kepada produk alami dan semulajadi ‘Sariayu’. Sayangnya, kemasan yang memuatkan 25 warna pembayang mata edisi terkini belum dapat diperolehi dari negara seberang. “Cantiknya! Pandai Mbak bermain dengan warna pembayang mata!” Permata Sari, sahabat sebilik tersenyum memuji. Mbak Kusuma Dewi hanya tersenyum tipis seraya mengerdip-ngerdipkan kelopak mata, seakan ekor merak yang sedang bergerak-gerak. Rona Turqois bercampur Ungu lembut. “Warna yang …

Aku Dalam Dilema

Kediaman atau Kuburan? Minggu kebelakangan ini, selalu tengok iklan-iklan tentang perumahan baru. Paling murah pun untuk rumah satu tingkat berukuran 20x70(sedang2 la tu besarnya)RM165 000. Itu lot tengah. Kalau lot tepi mencecah RM220 000. Kalau dua tingkat dengan ukuran yang sama RM210000(lot tengah). Apatah pula lot tepi...faham-fahamlah sendiri. 
Sekali tengok hati akan berkata, ‘Alah biasalah, semua harga rumah rata-rata macam tu. Kira tak mahal tu. Memang dah harga pasaran begitu’. Tambah-tambah pulak tanya kawan-kawan guru yang lain, majoriti akan berkata begini, “Ambik aja rumah tu, jangan dilepaskan. Nanti harganya lagi naik!”
Dua kali tengok, aku tak rasa harga-harga rumah sekarang adalah harga yang berpatutan. Tak kira samada di tengah kota metropolitan, di bandar, di pinggir bandar atau di pekan sekalipun, harga semuanya mahal. 
Tiga kali tengok, aku dapat lihat agen-agen syarikat perumahan lebih ramah dan mesra apabila pembeli tu ialah pekerja kerajaan. Pandai menanam tebu d…

Bengkak Hati

Ada siapa-siapa yang pernah dijangkiti penyakit Hepatitis A,B atau C? Jika anda terklik laman blog saya kerana tajuk Bengkak Hati diharap dapat mengalihkan tumpuan anda kepada blog lain kerana saya bukan nak bercerita tentang penyakit luaran itu. Heh heh...
Ini tentang penyakit hati di dalam hati. Ha, hati dalam hati? Apa tu? Kalau tidak salah otak yang mengingat, pada bulan yang lalu aku menerima satu pesanan daripada seorang rakan baik. Pesanan itu meminta pendapat tentang suatu hal di mana hal tersebut agak rumit dalam pertimbangan akal fikirannya sehingga dia berasa sangat buntu, susah hati dan gusar. 
Mula-mula aku ingatkan masalah rumahtangga. Maklum sajalah, rata-rata kawan aku semuanya dah beranak-pinak. Aku seorang saja yang mungkin sudah berpinak-pinak tapi belum lagi beranak-anak. Hua hua hua...entah apa aku cakap ni..
Berbalik pada pesanan kawan aku tadi, dia mahukan pendapat aku tentang masalah yang mula membebankan fikiran dan jiwa. Jadi, aku pun cubalah beri perhatian. Rup…