Skip to main content

Aku Dalam Dilema

Kediaman atau Kuburan?
Minggu kebelakangan ini, selalu tengok iklan-iklan tentang perumahan baru. Paling murah pun untuk rumah satu tingkat berukuran 20x70(sedang2 la tu besarnya)RM165 000. Itu lot tengah. Kalau lot tepi mencecah RM220 000. Kalau dua tingkat dengan ukuran yang sama RM210000(lot tengah). Apatah pula lot tepi...faham-fahamlah sendiri. 

Sekali tengok hati akan berkata, ‘Alah biasalah, semua harga rumah rata-rata macam tu. Kira tak mahal tu. Memang dah harga pasaran begitu’. Tambah-tambah pulak tanya kawan-kawan guru yang lain, majoriti akan berkata begini, “Ambik aja rumah tu, jangan dilepaskan. Nanti harganya lagi naik!”

Dua kali tengok, aku tak rasa harga-harga rumah sekarang adalah harga yang berpatutan. Tak kira samada di tengah kota metropolitan, di bandar, di pinggir bandar atau di pekan sekalipun, harga semuanya mahal. 

Tiga kali tengok, aku dapat lihat agen-agen syarikat perumahan lebih ramah dan mesra apabila pembeli tu ialah pekerja kerajaan. Pandai menanam tebu di pinggir bibir, mencanangkan yang bagus-bagus saja tentang semua jenis rumah dan kawasan. Adatlah tu mempromosikan barang jualan. Bagaimana pula jika pembeli itu terdiri dari kalangan pekerja kilang atau kerja sendiri? Kerja sendiri yang gajinya RM50 satu hari dan bekerja lima hari seminggu?(RM50x20 hari = RM1000). Adakah keramahan yang mereka tunjukkan pada aku tu akan mereka tunjukkan juga pada pekerja yang bukan kerajaan? 

Dan adakah orang-orang kerja sendiri tak layak membeli rumah? Rumah jenis apa yang boleh mereka miliki? Ukuran 20x70? Paling tidak rumah flat yang ada satu atau dua bilik(bilik pun sama besar dengan jamban). Bagaimana dengan mereka yang ada tiga@ empat orang anak? 


Aku yang bekerja dalam sektor kerajaan pun tak rasa aku mampu beli rumah tanpa fikir terlebih dahulu kalau-kalau aku akan makan pasir ganti nasi. Kalau dah rumah sebulan kena bayar RM900(beban selama 30 tahun), kenderaan RM600(beban 5 thn lagi) dengan gaji yang kononnya nampak macam beribu-ribu lemon, apalagi yang tinggal untuk simpanan masa depan, simpanan kecemasan,minyak(RON yang takkan pernah turun harga) makan(RM10 satu hari), bil air+api, bayaran bulanan kepada orang tua minimum RM100 seorang....? Agak-agak cukup ke dengan gaji sebanyak RM3000 sebulan(RM100 sehari)?

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…