Skip to main content

Bengkak Hati


Ada siapa-siapa yang pernah dijangkiti penyakit Hepatitis A,B atau C? Jika anda terklik laman blog saya kerana tajuk Bengkak Hati diharap dapat mengalihkan tumpuan anda kepada blog lain kerana saya bukan nak bercerita tentang penyakit luaran itu. Heh heh...

Ini tentang penyakit hati di dalam hati. Ha, hati dalam hati? Apa tu? Kalau tidak salah otak yang mengingat, pada bulan yang lalu aku menerima satu pesanan daripada seorang rakan baik. Pesanan itu meminta pendapat tentang suatu hal di mana hal tersebut agak rumit dalam pertimbangan akal fikirannya sehingga dia berasa sangat buntu, susah hati dan gusar. 

Mula-mula aku ingatkan masalah rumahtangga. Maklum sajalah, rata-rata kawan aku semuanya dah beranak-pinak. Aku seorang saja yang mungkin sudah berpinak-pinak tapi belum lagi beranak-anak. Hua hua hua...entah apa aku cakap ni..

Berbalik pada pesanan kawan aku tadi, dia mahukan pendapat aku tentang masalah yang mula membebankan fikiran dan jiwa. Jadi, aku pun cubalah beri perhatian. Rupanya ia berkaitan dengan hubungan antara dua orang sahabat. Ini bermakna, kawan dia adalah kawan aku jugak. Selisih faham saja sebenarnya. Apa yang menjadi gempar tu, selisih faham itu timbul disebabkan tersalah hantar pesanan teks.  

Konklusi daripada masalah itu, aku dapat kesan sesuatu. Sesuatu yang dinamakan ‘tiada komunikasi’ yang telus dalam persahabatan. Apa tak puas hati, pendamkan dalam hati. Apabila dah tak tertahan lagi, meletus macam gunung berapi. Kononnya nak meluah masalah pada orang ketiga tapi terhantar mesej pada tuan punya badan yang kita tak puas hati tu sendiri. Apalagi...haru-birulah jawabnya. Dengan aku-aku sekali terkena tempiasnya. 

Pada pendapat aku yang terkenal dengan ‘mulut laser’ ni, memang bukan semua rasa tak puas hati tu dapat diluahkan. Kadangkala ada beberapa faktor lain menyebabkan rasa dalam hati tu terpaksa dipendamkan. Tapi kalau ia dapat disemadikan terus dalam hati tak mengapa. Yang menjadi masalah tu bila rasa itu hanya membuku dan bila-bila masa ia boleh pecah berderai. Ha, itu memang masalah. Lebih-lebih lagi dengan kawan baik sendiri, kenapa perlu berselindung? Saidina Ali a.s pernah berkata; Sahabat yang baik ialah yang berkata benar kepada seorang sahabat dan bukan membenarkan semua yang dikatakan sahabatnya. 

Bila tersalah hantar sms, satu kerja pulak nak membetulkan keadaan. Adakah keadaan dapat dibetulkan? Mahu atau tidak, sudah ada calar dalam persahabatan kawan aku tu. Tidak jujur dan tak amanah mula menjadi perencah tambahan kepada selisih faham yang ada. Akhirnya, masing-masing tak bertegur sapa. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka...hua hua hua..

Begitu juga dengan hal aku di tempat kerja. Saling bersyak wasangka antara teman-teman satu tempat kerja. Bila ada sesuatu tugas yang memerlukan kolaborasi sesama guru, hanya surat makluman sebagai pengganti diri. Pakai arah-arah saja. Murid jadi posmen. Tak ada perbincangan. Tak ada musyawarah. Mengapa ini berlaku? Kerana penyakit bengkak hati.  Tiada ketelusan dan keikhlasan hati bagai ada jurang yang menghijab sehingga hati tidak dapat bertentang dengan hati. Hakikatnya bukan mata saja yang dapat melihat dan memerhati. Ia juga fungsi naluri sekeping hati.


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …