Skip to main content

jelajah

Jalan-jalan luaskan pengalaman…
                Cuti yang tak seperti cuti. Pun begitu, aku  tetap bersyukur kerana aku dapat menghirup udara segar setiap hari. Dapat meminjam nyawa sekali lagi.  Dapat mencelikkan mata, melalui hari yang seterusnya. Esok belum tentu masih ada. Segala-galanya Allah yang berkuasa.
                Ke mana aku berjalan cuti ini? Tanggungjawab kepada keluarga membuatkan langkah kaki hanya terpaku di kedai, melayan pelanggan. Emak dan ayah dah terbang nun ke ranah minangkabau, asal usul keturunan, terbang menjenguk nenek yang sudah berusia lebih seratus tahun di Kecamatan Bangkinang, Kabupaten Kampar, Propinsi Riau, Indonesia. Atau dalam Bahasa Melayunya, Pekan Bangkinang, Daerah Kampar, Wilayah Riau, Indonesia.
                Walaupun di sekolah, mahu atau tidak, terpaksa menguruskan pelbagai stres sendiri. Kini dalam cuti, aku terikat dengan amanah keluarga. Tidak mengapa, berkat rasa sabar yang tinggi tentu semua itu dapat dilalui juga, susah atau mudah. Jadi, untuk memujuk rasa hati, aku tetap berjalan juga. Berjalan-jalan ke blog penulis-penulis Group e-Novel. Heh heh...
                Dapatan yang aku perolehi banyak juga. Blog mereka cantik-cantik dan penuh daya kreativiti. Dulu aku pun teringin juga menghias blog sendiri. Tapi selepas godeh sana-sini, aku rasa gunakan template yang sedia ada pun aku dah berpuas hati.
                Paling menyentuh hati ialah isi cerita mereka dalam blog. Bukan isi cerita novel ciptaan tapi isi cerita kehidupan mereka yang sebenar.  Terharu juga.  Yalah, setiap orang tentu ada liku-liku hidup sendiri. Getir, perit, sakit, sengsara, derita dan penuh airmata. Aku tak mahu berbicara tentang gembira dan bahagia. Sebab ramai orang sudi berkongsikan rasa suka. Siapa pula yang ingin memasang telinga, mendengar cerita nestapa?
                Membaca isi hati penulis-penulis ini, aku dapat beberapa pelajaran. Pertama, mereka mempunyai kisah hidup yang lebih teruk daripada aku. Kedua, mereka mengalami sengsara lebih parah daripada aku. Ketiga, mereka mempunyai banyak halangan dan rintangan dalam hidup lebih daripada aku. Konklusinya, ramai di antara mereka hidupnya lebih malang daripada hidup aku. Jadi, hati yang sedih ini terubat jua walau sedikit. Hehe...
                Masih ada lagi kertas peperiksaan yang belum siap ditanda. Maklum sajalah, dulu masa jadi cikgu ganti, satu hari lima kelas boleh selesai. Sekarang dah jadi cikgu tetap, sehari sekelas pun payah nak siap.
                Menulis masih diteruskan. Bab sudah berlanjut kepada bab yang seterusnya. Tinggal lagi mencanai idea agar dapat menghasilkan cerita yang tepat, bermesej, kesalahan ejaan yang minimum dan penghujung cerita yang mantap. Itu masih dalam progres. Banyak jugak rujukan yang perlu dibuat.
                Aku perlu terus belajar untuk serius dalam bidang penulisan. Aku tak boleh hanya tahu bercakap tapi cerita tak siap-siap. Aku tak boleh hanya kuat berangan tapi hasilnya masih juga dalam angan-angan. Aku mesti menulis sehingga habis. Siapkan dulu cerita-ceriti. Barulah boleh fikir soal yang lain pulak tentang dunia penulisan. Orang lain boleh mengapa kita tidak?
               
               

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…