Skip to main content

Peralihan Masa



Mula memasuki fasa kedua persekolahan Jun-November 2011


            Alhamdulillah...alhamdulillah wal hamdulillah ala kulli halin wanikmatin. Paras stres sudah mula menurun perlahan-lahan dan penyukat suhu juga kini kembali ke tahap normal. Bermula dengan kerja-kerja menanda kertas jawapan(soalan subjektif untuk 520 orang murid), terlibat dalam beberapa program(Hakim Syarahan Bahasa Arab semasa Karnival Bahasa Arab Peringkat Zon Pekan Nanas dan Program Hari Puteri peringkat Zon), ditugaskan ke PPD(Pejabat Pelajaran Daerah) untuk proses e-Pelaporan dan esok bertanggungjawab mengendalikan Penyata Laporan Peperiksaan untuk kelas 1 Bestari, gantikan guru kelas yang sakit(jadi bidan terjun)


            “Erm...best jg jadi cikgu kan. bleh balik awal kan. lg best. bila cuti sekolah. awak pun cuti jg kan” –SMS seorang kenalan yang masih tersimpan dalam telefon bimbit.  Syukur aku dah biasa tengok karangan budak sekolah rendah yang masih tak reti gunakan tanda baca yang betul. Kalau tidak, berpusing-pusing agaknya biji mata ni nak memahamkan ayat. Apa pun, perkara yang aku nak katakan ialah tugas guru tidak se’best’ yang diangan-angankan atau dimimpi-mimpikan. Ini disebabkan guru dulu dengan guru sekarang tidak sama. Persepsi dulu dengan persepsi sekarang tentang guru sangat berbeza. Penghargaan masyarakat kepada guru dulu dengan sekarang sangat-sangat jauh panggang dari api. Bodoh murid dulu dengan bodoh murid sekarang ternyata mempunyai perbezaan yang ketara.


            Kebanyakan guru pasti balik lewat. Paling awal mereka akan pulang pada pukul 3 petang. Kerja pun tak selesai jugak, sambung fikir sampailah malam nanti. Dan berterusan hari demi hari. Kerja semakin banyak, hari terus berlalu dan rasanya fizikal dan minda semakin lama semakin lelah kalau pengurusan stres tidak dapat diselesaikan dengan baik. Eh, apasal aku berbahasa formal pulak ni?


            Oleh kerana komitmen-komitmen profesional tersebut, aku terpaksalah menunda dulu komitmen bidang sekunder aku iaitu jeng...jeng...jeng... MENULIS. Lama jugak aku tak menatap cerita-cerita aku. maklum sajalah, kalau tak diri sendiri bertegas, siapa lagi? Aku kalau dah mengadap manuskrip, makan ikan bilis pun sodap (tapi dah 3 kali ikan bilis aku hilang disamun monyet). Tak payah nak keluar cari makanan. Duduk sorang2 macam ni biasalah...kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak terkais, duduk aja dalam rumah goreng telur. Habis cerita. Sonang jah!(dialek minang+kelate). Masalahnya pulak ialah kerja-kerja sekolah jadi tergendala. Habis tu asyik nak menyambung cerita aja. Idea mencurah-curah la katakan... siapnya tak jugak. Hahaha...


            Ada yang tertanya-tanya, mengapa tak ada enovel yang terkini dalam blog ini. Bukan aku tak mahu memasukkannya tapi kebanyakan manuskrip yang ada sedang dalam proses pemeraman. Insya-allah kalau selesai nanti, pasti aku kemaskini cerita-ceriti. Aku sayang blog aku ni oi... pun sayang sama kat ahli-ahli Group Komuniti e-Novel. Aku percaya aku dilahirkan sebagai seorang yang suka menulis. Hihihi...


            Bilalah angan-angan akan jadi kenyataan. Eyeshadow Sariayu pallete 25 warna berharga Rp 170000... payahnya diriku untuk memilikimu. Ingin kuredah samudera, membelah awan gemawan dan menempuh jurang gunung yang berbalam-balam semata-mata untuk mendapatkan kamu tapi... aku tengah fikir ni nak pergi BATAM atau nak menyusuri laluan ke TANJUNG BALAI KARIMUN? Atau terbang jenguk mak di PEKAN BARU sambil tu shopping-shopping kat RAMAYANA atau SKA MALL? Fulus pulak nak kena fikir...aduhai...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…