Skip to main content

Persekolahan Bermula!


Masa untuk ‘serabut, selirat, semak,stres’ minggu ini!! 

Mengapa minggu ini dan bukan 3 minggu lepas sedangkan dua minggu cuti penggal pertama baru saja selesai? Ini kerana aku tak dapat berehat. Bila tak dapat rehat, waktu kerja pun stress, waktu cuti pun stress. Bila asyik dalam tekanan, satu kerja pun aku tak nak buat. Yang aku buat ialah kerja yang tak buat aku stress iaitu menulis. Heh heh…

Jadi, disebabkan minggu ini bermulanya penggal kedua, aku perlu siap sedia menghadapi saat-saat yang paling getir iaitu ; key in markah untuk 520 orang murid, e-pelaporan untuk program jqaf dua kali setahun dan kerja-kerja system fail yang perlu dibereskan di bawah naungan Guru Besar yang baru. 

Bila dah berada di Johor semula, kepala otak ni dah kena susun ‘plan of action’ untuk pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Bila momentum itu tiba, hoh! Semua kerja boleh dibereskan dalam masa satu hari saja. Tapi sayang seribu kali sayang, kerja kesayangan aku(menyiapkan manuskrip cerita KKM)terpaksa aku tunda dulu. Mujur cerita itu disimpan dalam pemacu pena(pendrive). Kalau ada dalam cakera keras (hard disk), sudah tentu aku akan menyambung cerita lagi. Dan bila aku berada dalam zouq menulis kesan-kesan emosi dalam cerita aku, jadi tak sedar siang atau malam. Dan itu akan mengakibatkan kesan emosi yang tak elok pulak pada kerja-kerja profesional aku(kerja sekolah). Tambah-tambah dalam fatrah kritikal macam sekarang. Untuk itu, aku biarkan saja dulu mss itu bersemadi dalam pemacu pena buat sementara waktu. Bila keadaan kembali stabil, tentu aku akan sambung semula. Peramlah dulu buat seminggu dua ni. 

Cerita Akulah Arjuna Perkasa tidak aku siarkan bab seterusnya dalam e-novel ini kerana manuskrip penuh cerita ini sedang dalam penilaian penuh sebuah syarikat penerbitan. Setelah jawapan kepada lamaran itu nanti aku terima(sukacita/dukacita), aku akan siarkan semula untuk tatapan pembaca blog ini. Mengikut pengalaman penulis-penulis yang pernah berurusan dengan syarikat tersebut, secepat-cepatnya 3 bulan dan selewat-lewatnya satu tahun. Huiyyo....satu tahun beb. 12 bulan. Kalau aku mengandung, dah terberanak pun. Jadi, kesedaran bahawa diri ini amat ‘hijau’ lagi dalam bidang penulisan, maka aku ambil tarikh yang paling lama iaitu setahun. Jadi, tahun depanlah kesinambungan cerita itu aku siarkan dalam blog. 

Jadi, soal diterima atau tidak, aku peramkan saja dulu persoalan itu dalam minda. Yang penting, kerja-kerja menyiapkan manuskrip remaja kedua(KKM) dan dewasa (DNMK) masih dalam progres. Cuma, buat pembaca-pembaca blog ini, setelah cerita siap barulah aku siarkan dalam blog. Dan barulah aku akan jemput pembaca budiman untuk baca cerita itu. Selagi tak siap, hati tak senang nak war-warkan. Heh heh...

Okay! Masa untuk ‘serabut, selirat, semak, stres’ dan yang sewaktu dengannya. Good Babai!

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…