Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Dup! Dap! Dup! Dap!

Ramadhan sudah benar-benar hampir ke ambangnya. Aduh! Berdebar-debar betul. Mudah-mudahan aku dapat menyambut bulan yang sangat berkah ini dengan lancar, optimal dan penuh semangat.                 Minggu ujian bulanan kedua. Sambil jaga kelas sambil duduk menanda kertas. Dalam sibuk tanda kertas pun, mata sempat lagi terlelap sesaat dua. Mana tidaknya, hujan lebat mencurah-curah awal pagi lagi. Langit yang mula nak terang sekejap aja hitam likat. Angin kencang tiba-tiba aja datang menggamit rasa takut pulak. Tiba-tiba seorang murid aku berteriak, “ Wow! Puting beliung, cikgu!” “Mulut kamu ni! Duduk diam-diam.” Aku balas dengan mata membulat. Pantang betul aku bila dengar cakap-cakap yang tak senonoh terutama tika berada dalam cuaca yang tidak baik. Yang sebenarnya aku nak balas kat murid aku macam ni... “Mulut kamu ni! Cikgu lempang baru tau. Celupar sangat. Siapa ajar cakap bukan-bukan macam tu? Duduk!” Memandangkan budak tu kecik lagi, aku mengawal rasa marah cepat-cep…

Marhaban Ya Syahra Ramadhan

Aku selalu dengar ungkapan begini, " Jika datang sesuatu yang baru, pasti akan pergi sesuatu yang lama." Jika akan menerima kehadiran seseorang yang baru, tentu akan menghadapi kehilangan seseorang.

Ramadhan akan menjelma tidak berapa lama saja lagi. Keterujaan tetap berdetak-detak di dalam hati sebab aku dah terbiasa lebih meraikan bulan puasa berbanding bulan lepas puasa(syawal la tu). Sayangnya aku terpaksa pula menerima kenyataan bahawa senior yang sebenarnya sudah aku anggap seperti kakak sendiri bahkan kadangkala aku menganggapnya seperti emak aku sendiri(usianya 47 tahun) akan meninggalkan sekolah kerana kenaikan pangkat. Ia satu kehilangan buat diri aku. Apa dan mengapa, itu rahsia aku sendiri. Heh heh...pun begitu, gugur jugak setitik dua airmata semasa majlis perpisahan tadi.

Tentang penulisan aku, baru saja siap sebuah cerpen untuk bulan puasa nanti. Ia masih dalam proses kemaskini. Dan karya-karya lain masih dalam proses penambahbaikan. Apa yang penting, kerja-ke…

Melewati hari-hari terakhir Jun

Setapak langkahku mara ke dalam dunia penulisan
Alhamdulillah, alhamdulillah wal hamdulillah... aku berada dalam keadaan yang sihat walafiat mental dan fizikal, rohani dan jasmani.  Syukuran lillah...
1. Profesyen rasmi berada dalam tahap yang stabil. Stres masih di dalam peringkat yang dapat dikawal dan terurus. Pun begitu, semalam selepas mesyuarat PIBG sebagai pencatat minit, aku terus ke dewan Balai Raya Kampung Sungai Bunyi kerana ada pemeriksaan kesihatan percuma di situ.  Tak nak lepaskan peluang, aku pun turut serta.
Bacaan tekanan darah, kandungan gula, lemak dan kolesterol sangat baik. Berat badan 42.5 KG. Mata terbeliak sekejap tengok bacaan berat badan ni. Minggu lepas baru aja aku timbang 40KG, tak naik-naik. Ini dah tambah 2 ½ . Betul ke tidak timbang tu? Kalau betul, tentulah aku gembira. Bukan senang nak tambah berat badan. Kalau betullah penimbang itu, maka amalan pemakanan yang baru aku praktikkan minggu-minggu kebelakangan ini sangat efektif. Tapi...tapi...tapi...siksa…