Skip to main content

Ding Dong! Jumaat datang lagi!

Semalam sudah menghubungi bahagian editorial JS dan meminta pengesahan tentang penerimaan manuskrip AAP. Alhamdulillah, aku tak menyangka tuan editor tu boleh ingat nama aku dan jugak nama pena aku sekali. Menurut informasi daripada beliau, manuskrip itu sudah dibawa ke bahagian suntingan dan proses tersebut mengambil masa lebih kurang sebulan. Dijangka novel Si Manis17 itu akan terbit pada bulan September/ Oktober 2011 Insya-allah.

Oleh kerana aku tak menerima emel penerimaan, alih-alih aja dapat emel yang meminta maklumbalas untuk meneruskan proses suntingan, jadi aku ingat bahagian editorial ini sibuk. Puas aku belek-belek peti masuk emel aku tu, memang sah tak ada terima apa-apa emel penerimaan. Disebabkan mereka ada memberitahu bahawa surat penerimaan secara rasmi akan datang dalam masa terdekat, so aku pun legalah sikit. Sikit aja leganya, lepas tu aku call pihak editorial sendiri. Itu yang dapat jawapan seperti perenggan pertama di atas.

Jadi, apa reaksi aku? Teruja? Terlompat-lompat suka? 

Selagi belum nampak depan mata, aku masih anggap ia suatu mimpi yang belum jadi kenyataan. Tunggu aku dah nampak dengan mata empat aku ni buku yang sudah siap, barulah aku boleh terguling-guling kegembiraan. Heh heh… Biarlah ia menjadi rahsia dulu. Jeng Jeng Jeng…
Minggu ini minggu yang penuh dengan sentuhan emosi, banyak benar cubaan yang sengaja menguji perasaan hati. Pun begitu…COBAANNNN….. hanya sekadar cubaan…ujian…dugaan… 

Senarai semak yang perlu dibuat:
1.       Menanda kertas ujian, isi markah dan sediakan hadiah untuk yg dapat ‘A’.
2.       Selesaikan pelan strategik dan isi SAPS punya markah setengah tahun
3.       Cari mak punya test-tip untuk sugar blood tester, higoat susu kambing
4.       Esok meeting di balai raya Sungai Bunyi
5.       Sambung manuskrip Kelat-Kelat Manis untuk bab seterusnya.
6.       Yakin pada kemampuan diri sendiri! 

Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal tiba akan menyemarakkan semangat aku untuk terus menghadapi hidup ini dengan baik. Ramadhan Karim!



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…