Skip to main content

Dup! Dap! Dup! Dap!

                Ramadhan sudah benar-benar hampir ke ambangnya. Aduh! Berdebar-debar betul. Mudah-mudahan aku dapat menyambut bulan yang sangat berkah ini dengan lancar, optimal dan penuh semangat.
                Minggu ujian bulanan kedua. Sambil jaga kelas sambil duduk menanda kertas. Dalam sibuk tanda kertas pun, mata sempat lagi terlelap sesaat dua. Mana tidaknya, hujan lebat mencurah-curah awal pagi lagi. Langit yang mula nak terang sekejap aja hitam likat. Angin kencang tiba-tiba aja datang menggamit rasa takut pulak.
Tiba-tiba seorang murid aku berteriak, “ Wow! Puting beliung, cikgu!”
“Mulut kamu ni! Duduk diam-diam.” Aku balas dengan mata membulat. Pantang betul aku bila dengar cakap-cakap yang tak senonoh terutama tika berada dalam cuaca yang tidak baik. Yang sebenarnya aku nak balas kat murid aku macam ni...
“Mulut kamu ni! Cikgu lempang baru tau. Celupar sangat. Siapa ajar cakap bukan-bukan macam tu? Duduk!”
Memandangkan budak tu kecik lagi, aku mengawal rasa marah cepat-cepat.  Sudahlah cuaca buruk, lampu kelas bergoyang kuat ke sana ke mari, carta pelajaran, buku-buku latihan terjatuh kerana angin yang sangat kuat, pintu terkuak tertutup berdentam-dentum silih berganti, murid-murid ni pulak tak reti nak duduk diam. Tapi tak apa, aku tak susah nak kawal keadaan kelas. Dengan sekali tengking aja, semua senyap.  Kemudian, mereka baca doa memulakan pelajaran dan bersiap untuk menjawab kertas ujian.
Mengantuk benar sehari dua ni. Agaknya sebab dah dua hari tak dapat tidur, siangnya mulalah macam ayam pagut makanan, tersengguk-sengguk.  Atau pun sebab terlalu banyak fikir, aku sendiri pun tak pasti. Berasa sangat letih.
Tak keluar ke mana pun. Seharian ada di rumah, berehat. Tak mahu fikirkan apa-apa. Sejak Isnin hingga hari ini, terlalu banyak cerita gempar dan memeningkan kepala, ditambah pulak dengan tugasan yang tak henti-henti membeban (pelan strategi, isi markah SAPS, PBS KSSR dan entah apa benda lagi, malas nak tulis)aku rasa macam tak bernafas. Sesak.
Tapi sesuatu yang terus berlegar-legar dalam ruang fikiran sehingga entri ini ditulis ialah tentang peribadi manusia. Baik dia berjawatan profesional atau tidak profesional, berpelajaran tinggi atau sebaliknya, kerja swasta atau kerajaan, gaji kecil atau tidak bergaji tetap, bekerja atau tidak, berkahwin atau tidak, perempuan atau lelaki, tua atau muda... MANUSIA tetap mempunyai kekurangan dan kelemahan. Kerana kelemahan itu, manusia memang patut bersikap seperti HAMBA dan hidup bertuhan di muka bumi ini. Biar siapa pun manusia itu, dia tetap akan membuat SALAH SILAP dan LUPA. Dan tidak masuk akal sekiranya manusia itu berasa dirinya DEWA atau TUHAN.
Hari ini, rata-rata manusia memang tidak mengatakan dirinya TUHAN tapi sikap dan perbuatannya sudah memberitahu secara tidak langsung. Kononnya segala kejayaan dan pangkat yang diterimanya adalah hasil penat lelah dan jerih payahnya berusaha selama ini. Bukan kerana Allah. Bukan disebabkan anugerah daripada Yang Maha Kuasa. Kononnya dialah yang paling berpengalaman, dialah paling senior dan dialah yang paling arif dalam segala-galanya, justeru dia seharusnya dihormati. Benarkah begitu? Dalam tak sedar dia sedang menghadapi Krisis Iman.  Dia tak perasan, HATI adalah RAJA anggota. Baik hati itu, baiklah seluruh jasad manusia. Buruk hati itu, buruknya seluruh jasadnya. Dan sikap dan perilaku manusia itu tentunya berpunca daripada apa yang terdetik di hati. Selalukah kita tanya sama HATI? Wallahu A’lam...

               

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…