Skip to main content

Marhaban Ya Syahra Ramadhan

Aku selalu dengar ungkapan begini, " Jika datang sesuatu yang baru, pasti akan pergi sesuatu yang lama." Jika akan menerima kehadiran seseorang yang baru, tentu akan menghadapi kehilangan seseorang.

Ramadhan akan menjelma tidak berapa lama saja lagi. Keterujaan tetap berdetak-detak di dalam hati sebab aku dah terbiasa lebih meraikan bulan puasa berbanding bulan lepas puasa(syawal la tu). Sayangnya aku terpaksa pula menerima kenyataan bahawa senior yang sebenarnya sudah aku anggap seperti kakak sendiri bahkan kadangkala aku menganggapnya seperti emak aku sendiri(usianya 47 tahun) akan meninggalkan sekolah kerana kenaikan pangkat. Ia satu kehilangan buat diri aku. Apa dan mengapa, itu rahsia aku sendiri. Heh heh...pun begitu, gugur jugak setitik dua airmata semasa majlis perpisahan tadi.

Tentang penulisan aku, baru saja siap sebuah cerpen untuk bulan puasa nanti. Ia masih dalam proses kemaskini. Dan karya-karya lain masih dalam proses penambahbaikan. Apa yang penting, kerja-kerja menulis tidak berhenti. Ia terus berjalan  dalam pelbagai keadaan(lancar, perlahan atau sedang-sedang)

Insya-allah dalam masa terdekat atau menjelang ramadhan nanti, cerita genre dewasa yang sedang dalam proses pengembangan cerita akan dilancarkan dalam blog ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan seperti yang dirancangkan...amin..

menggodeh papan pemuka(dashboard) blog aku ni memang tak ingat dunia. kalau tak kerana pembikinan blog amat digalakkan ketika dunia diserang gadget elektronik seperti sekarang, tidaknya aku sanggup mengadap laptop lama-lama, jelajah cara nak mengemaskini blog. Tulis cerita lagi bagus.




















Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…