Skip to main content

Melewati hari-hari terakhir Jun

Setapak langkahku mara ke dalam dunia penulisan

Alhamdulillah, alhamdulillah wal hamdulillah... aku berada dalam keadaan yang sihat walafiat mental dan fizikal, rohani dan jasmani.  Syukuran lillah...

1. Profesyen rasmi berada dalam tahap yang stabil. Stres masih di dalam peringkat yang dapat dikawal dan terurus. Pun begitu, semalam selepas mesyuarat PIBG sebagai pencatat minit, aku terus ke dewan Balai Raya Kampung Sungai Bunyi kerana ada pemeriksaan kesihatan percuma di situ.  Tak nak lepaskan peluang, aku pun turut serta.

Bacaan tekanan darah, kandungan gula, lemak dan kolesterol sangat baik. Berat badan 42.5 KG. Mata terbeliak sekejap tengok bacaan berat badan ni. Minggu lepas baru aja aku timbang 40KG, tak naik-naik. Ini dah tambah 2 ½ . Betul ke tidak timbang tu? Kalau betul, tentulah aku gembira. Bukan senang nak tambah berat badan. Kalau betullah penimbang itu, maka amalan pemakanan yang baru aku praktikkan minggu-minggu kebelakangan ini sangat efektif. Tapi...tapi...tapi...siksalah nak menghadap telur separuh masak tu wooo...siksa..siksa...

Pun begitu, doktor menyarankan agar aku cuba usahakan berat badan sehingga mencapai 45kg. Alahai, kalaulah cakap tu senang macam nak membuatnya...aku aja yang tau susah senangnya nak bagi badan berisi. Mereka tu tau cakap aja...

2. Profesyen tak rasmi iaitu MENULIS berada dalam keadaan yang stabil jugak walaupun pada 29/6/2011 lalu aku sudah mendapat jawapan tentang manuskrip Akulah Arjuna Perkasa dari sebuah syarikat penerbitan. Lamaran aku telah ditolak kerana TIDAK menepati genre yang telah mereka gariskan. Bagaimanapun, mereka telah mencadangkan agar karya aku mereka terbitkan secara ebook jika aku berminat. Lagi pula, jalan cerita dan gaya penulisan aku mereka katakan BAIK.

Aku tidak marah sama sekali. Apatah pula untuk berkecil hati. Begitupun, tentu ada sedikit rasa KECEWA kerana ternyata cerita kita ditolak disebabkan genre yang tidak ada dalam syarikat mereka sedangkan sebelum itu kita sudah pun menghantar kertas cadangan dan bercerita tentang sinopsis cerita. Apa yang boleh dibuat lagi? 

Banyak yang sudah aku pelajari tentang dunia penulisan daripada beberapa orang penulis terutama Kak Maria Kajiwa. Aku membina motivasi dalaman diri tentang dunia penulisan ini sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Berkat sokongan rakan-rakan penulis, motivasi intrinsik aku sangat kuat dan ia terbina kukuh di dalam hati tanpa ada sesiapa pun sedari. Justeru, penolakan terhadap manuskrip ini tidak boleh terlalu diberat-beratkan sangat bagi penulis yang baru mencuba seperti aku.
Jika lamaran ditolak, orang tidak berkenan, apakah yang boleh dibuat lagi?
Banyak yang boleh dibuat lagi. Ada hikmahnya. 

Kita muhasabah kembali. Kita baca lagi cerita itu, kita cari lagi kesalahan dalam cerita kita sendiri sementara kita membuat persediaan untuk meminang anak orang lain pulak. Ala, berlambak perempuan dalam dunia ni. Nak takut apa? Kita ada masa untuk memperbetulkannya. Kalau bukan kita yang kuat, siapakah yang dapat membantu kita lagi?  Tidak ada kudisnya menghadapi sesebuah kegagalan. Usahalah terus dan jangan putus asa. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. 

3. Raya lambat lagi tapi kepala otak dah memikir pasal lebaran. Bila mak tak ada mulalah nak cari resipi untuk menyambut raya. Apa aku nak masak nanti? Kan best kalau aku masih ada di Mesir, tak payah sibuk nak fikir pasal raya.

4. Tak lama lagi nak puasa. Hajat di hati nak ziarah bonda di kampung. Mudah-mudahan Air Asia tak buat hal nak tunda-tunda perjalanan. Mudah-mudahan.... 
Okeh, itu saja.  Jun yang penuh dengan kenangan suka-duka. Selamat menghadapi Julai yang penuh rahsia...
Teringat seketika bait-bait ayat ke 34 dalam Surah Al Luqman:
Terjemahannya;
‘Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.’



Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…