Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Tayar Oh Toyo...Toyo Oh Tayar...

Hari ni PNP 8 masa. Walaupun jadual mengajar penuh tapi hati dan perasaan aku melayang-layang entah ke mana.  Teruja nak menyambut aidilfitri ke?
No...no...no..(sambil jari telunjuk menari ke kiri dan ke kanan). Sepuluh tahun aku tak excited langsung nak sambut aidilfitri. Ramadhan lebih bermakna lagi. Itu bagi diri aku. Bagi diri aku aja.  Pun begitu, aku berasa bersyukur kerana bila raya, cikgu bercuti. Bila cuti tandanya aku dapat berjumpa dengan emak dan ayah juga adik-beradik. Itu saja. 
Mengenang emak dan ayah, hati rasa terbelah-belah. Sorang kat sana, sorang di sinun...entah la. Dua hati nak dijaga. Terlebih layan sebelah pihak, mulalah ada mata yang akan berkaca-kaca. Susah sebenarnya menjaga hati orang tua. Selagi panjang umur dan diberikan kesihatan, aku tidak mau membuang masa dengan sia-sia. Inilah masa untuk membalas jasa walaupun hakikatnya jasa orang tua takkan terbalas oleh anak. Inilah masa yang ada untuk berbakti. Suatu masa nanti, semuanya akan menghilang…

Amanah yang Tidak Tergalas

Semakin raya nak dekat, semakin kepala otak aku  berselirat.

Pemantauan Jemaah Nazir yang akan berkampung dalam daerah Pontian 5-9/9/2011 Raya yang semakin berada di ambangnya Buku yang akan terbit(tengah/ akhir September 2011  Kalau dah nama Nazir nak berkampung tulah, semua cikgu takkan dapat melarikan diri, bercuti atau bersembunyi di mana-mana pun. Semua fail panitia, bilik-bilik khas, RPH dan kehadiran mesti tip top punya. Pasal dah diberitahu nak datang. Dulu masa jadi anak ayam, aku tak takut sehabuk pun. Tak cukup pengalaman ke, dah reti ilmu2 perguruan ke, mengajar tak pakai alatan canggih pun aku rilek aja. Sebab aku beranggapan orang-orang atasan ni orang yang profesional dan kehadirannya membuat pemantauan ke sekolah-sekolah adalah untuk membantu selia. Tentu dia akan memberi tunjuk ajar dan mencadangkan beberapa penambahbaikan sekiranya terdapat kelemahan.

Hakikatnya ia tidak jadi begitu. Pengalaman telah mengajar aku asam garam menjadi pengajar. Tak perlu diterangkan de…

Siap jua...

alhamdulillah masih ada Ramadhan untuk aku hari ini.
Semalam selesai mengemas rumah dan kerja-kerja rutin setiap kali cuti, aku bercadang ke Angsana, jengah buku keluaran JS. Hajat di hati nak cari buku karya penulis Syahzy Hana (Impikan Mentari). Dah cari di bookstore Pontian tapi tak ada. Selain daripada itu, aku saja nak memandu, bersantai-santai untuk melepaskan tekanan kerja.
Semua kerja ada tekanannya. Pandai-pandailah diri menguruskan stres sendiri. Berharap ada orang yang akan bantu selesaikan kerja kita? Mimpi di siang hari jawabnya. Kita nak mengeluh diri ada banyak kerja, orang lain lebih banyak lagi tekanan kerja dan masalah hidup. Kita nak bersungut tak puas hati dengan itu ini... orang lain lebih banyak lagi masalah dan kesulitan.  Bersabar, berfikir fositif dan cari jalan untuk uruskan segala tekanan. Itu saja jawapan terbaik yang aku jumpa. Selebihnya doa dan bertawakal.
Segala markah sudah selesai diisi. Pelan strategik juga sudah siap. Sebahagian laporan aktivit…

Arjuna Mencari Cinta

Ia tiba jua…

Alhamdulillah, pagi ini surat rasmi penerimaan manuskrip sudah sampai ke meja pendaftaran guru. Ia sekaligus menjadi bukti bahawa karya aku bakal dibukukan dan akan terbit pada bulan September. Insya-Allah! Pertengahan atau akhir bulan tidak menjadi hal. Anggaran aku sebenar, ia akan keluar pada bulan Oktober. Apa pun, aku berasa bersyukur kerana novel itu akan terbit pada tahun 2011. Itu bermakna aku mula mencatat rekod sebagai penulis buku pada tahun ini juga. Ia juga menandakan bahawa target aku untuk melihat karya aku terbit pada tahun ni dimakbulkan Allah. Alhamdulillah Ala Kulli Hal. 

Tajuk asalnya Akulah Arjuna Perkasa ditukar kepada Arjuna Mencari Cinta atas tujuan pemasaran. Heh…heh…heh… tersenyum-senyum aku sendiri. Wow, aku menulis tentang cerita cinta rupanya. Pandai juga aku bercinta ya. Tapi tak mengapa, cinta yang aku paparkan dalam novel Si Manis 17 ini ialah cinta terbimbing. Terpulanglah  kepada pembaca untuk membuat penilaian. Apa yang aku bo…

Ingin menjadi Si Kembang Cina...

Apa persamaan proaktif dengan bunga si kembang cina? 

Belum suruh dah buat. Belum diberitahu dah ambil tahu. Itu setakat yang aku faham. Dan itu yang selalu ingin aku praktikkan dalam segala hal yang aku suka. Yang aku suka saja. Yang aku tak suka ni lambatlah sikit. Heh heh…

Semalam waktu mengemas meja, kaki tersadung sesuatu yang barangkali terjatuh dari tempat susunnya. Aku membongkok lalu mencapai sesuatu berupa kertas bercetak itu Ohh…beberapa artikel yang selalu aku ambil dari laman web kegemaran aku(rahsia). Seketika aku membacanya…

‘’ Kehidupan di muka bumi bagaikan fatamorgana atau permainan yang pasti akan berakhir. Kehidupan ini tidak bisa diandalkan dan juga tidak dibangun di atas fondasi yang tangguh. Jalan kebenaran terasa sangat sulit bagi orang-orang yang hanya memiliki sedikit tapi berharap banyak. Orang-orang ini menginvestasikan sebahagian besar hidupnya untuk membayar rumah kecil mereka, monumen-monumen mereka. Jika rumah mereka tergores, hati mereka pun i…

Cukupkah bekalanku untuk pergi beradu?

Sedar tak sedar sudah masuk Nisfu Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu sehingga sehari dirasakan bagai setengah hari saja. Terasa waktu sangat deras berputar. Baru aja sudah Solat Zuhur, tiba-tiba dah masuk pula waktu Asar. Entah, barangkali aku sorang yang rasa macam ni. 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos. Fikir sekali dua, rupanya persekolahan hanya tinggal tiga bulan saja lagi. Sungguh, cepat masa beredar. Dan ligatnya putaran alam ini membawa seribu satu rasa dalam hati. 

Selama ini aku hanyalah seorang calon penulis. Menyimpan cita-cita hendak menghasilkan karya versi cetak sejak dulu lagi seawal belasan tahun. Kemudian, cita-cita itu terkubur begitu saja didominasi oleh sebuah lagi cita-cita besar yang menuntut pengorbanan dan perjuangan besar dan getir sekali(berapa banyak punya ‘dan’ la…))

Setelah tercapai cita-cita besar itu(alhamdulillah), hati masih ingin menggapai angan-angan yang sebenarnya masih tersimpan dalam hati. Ingin menjadi penulis. Tahun demi…

Hidup..oh hidup...

Malam memang sepi apa guna menangis Barang sudah jadi apa guna menangis Esok ada lagi apa guna menangis Nasib tukar ganti apa guna menangis…
Aha...pernah dengar lirik lagu ini? Kalau tak jumpa, cubalah cari. Kebelakangan ni, banyak betul cerita yang sedih-sedih saja aku dengar dan baca. Biasanya bulan puasa begini, orang bercerita tentang kuih raya, baju raya dan nak bershopping sana sini. Kali ini tidak. Masalah orang di sekeliling. Problemo...problemo...
Manalah ada manusia yang tidak menghadapi masalah. Orang gila saja yang senang hati di dunia ini kerana bebas daripada memikirkan segala liku-liku hidup ni. Masalah peribadi, masalah di tempat kerja, masalah keluarga dan sebagainya.
Kerja di sekolah pun tak surut-surut. Semakin nak ke penghujung tahun, semakin berlambak kerja nak dibuat. Berlapis-lapis kerja nak disiapkan, lama-lama tak tahu mana satu nak mula. Mengalahkan kerja pejabat. Sistem failnya lain, isi data secara online lain, penandaan buku kerja murid lain, pe…

Kalau Kail Panjang Sejengkal...

Ikutkan hati memang nak sambung pengalaman yang menyeronokkan di bulan puasa tapi memandangkan line internet dah masuk dua minggu tak betul-betul, lepas tu broadband yang digunakan ni pun semput-semput macam siput jadi aku ambik keputusan tangguhkan saja dulu entri tersebut. Bukan apa, malas nak masukkan image. Sekali upload, ½ jam nak tunggu.
Hari ni pihak editor hubungi melalui emel beritahu tentang Bab 9 yang tak boleh dilakukan editing ke atasnya. Cerita aku tu ada 41 bab. Punyalah banyak bab yang ada, Bab 9 nilah yang tak boleh nak jalan. Asyik not responding aja. Aku hantar fail lain pun sama jugak. Tukar versi word lain pun tak boleh jugak. Save dari laptop lain pun sama jugak, tak dapat nak buat editing kat Bab 9. Bab-bab yang lain boleh pulak. Apa punya peliklah Bab 9 ni. Agaknya sebab editorial beritahu karya ini akan selesai pada bulan 9/10 insya-allah kalau tak ada aral melintang, jadi Bab 9 ni pun mulalah buat hal ya? Ya? Ya?
Last-last sakit jari aku menaip …