Skip to main content

Amanah yang Tidak Tergalas

Semakin raya nak dekat, semakin kepala otak aku  berselirat.

  1. Pemantauan Jemaah Nazir yang akan berkampung dalam daerah Pontian 5-9/9/2011
  2. Raya yang semakin berada di ambangnya 
  3. Buku yang akan terbit(tengah/ akhir September 2011
 Kalau dah nama Nazir nak berkampung tulah, semua cikgu takkan dapat melarikan diri, bercuti atau bersembunyi di mana-mana pun. Semua fail panitia, bilik-bilik khas, RPH dan kehadiran mesti tip top punya. Pasal dah diberitahu nak datang. Dulu masa jadi anak ayam, aku tak takut sehabuk pun. Tak cukup pengalaman ke, dah reti ilmu2 perguruan ke, mengajar tak pakai alatan canggih pun aku rilek aja. Sebab aku beranggapan orang-orang atasan ni orang yang profesional dan kehadirannya membuat pemantauan ke sekolah-sekolah adalah untuk membantu selia. Tentu dia akan memberi tunjuk ajar dan mencadangkan beberapa penambahbaikan sekiranya terdapat kelemahan.

Hakikatnya ia tidak jadi begitu. Pengalaman telah mengajar aku asam garam menjadi pengajar. Tak perlu diterangkan dengan lebih terperinci apa yang aku alami. Cukuplah dengan kenyataan bahawa tidak semua orang-orang atasan dalam dunia pendidikan ini adalah guru. Dan andainya mereka pernah menjadi guru pun, mereka selalu lupa daratan setelah duduk di kerusi empuk. Itu pengalaman aku sendiri.

Kini, dengan berita baru ini, aku tidak mungkin akan berbaik sangka lagi. Tujuan mereka hanya satu, MENCARI KESALAHAN. Itu sudah tertanam  dalam tetapan minda ini. Mereka mencari kesalahan guru. Letaklah sejuta fakta dan sebab untuk membela mereka, aku tetap dengan pendirian aku. Manusia setinggi mana pun taraf kedudukannya, mereka tetap membuat salah dan lupa. Barangkali aku sendiri, jika sudah merasa kerusi empuk dan hidup dalam zon selesa, aku juga akan jadi seperti mereka. Barangkali.... siapa yang tahu apa berlaku pada esok hari... 

2. Raya dah nak dekat, sehabuk persiapan pun tak buat. Baju raya memang dah berzaman tak ada. Baju-baju kurung aku tempah untuk baju kerja harian di sekolah. Waktu hari raya, pakai saja baju kurung apa yang ada.  Tapi untuk ahli keluarga, kenalah belikan. Buat apa kerja, ada duit tapi baju raya adik-adik pun tak dapat belikan? Jangan bimbang adik-adikku(yang bujang aje), sudah aku tetapkan ongkos untuk kalian. Yang sedang-sedang aja donk..Tapi untuk ayah special sikit...huahuahua...

3. Entah bila tapi yang pastinya sehari dua yang lalu, aku terbaca di halaman Facebook Jemari Seni, Pengarang Imaen dah iklankan novel aku tu untuk bulan September. Haiyya...baru nak redakan stress dah stress semula. Jantung berdegup dup dap dup dap... Duduk tak sedap, tidur tak lena...fikiran dah mula nak memikir balik pasal novel tu.

Macam nak beranak ke apa? Memang pun, nak beranak anak sulung...kah kah kah...merapu meraban aku sudahnya...aku jadi takut, tak selesa dan bimbang tak menentu... segalanya berlaku begitu cepat. jadi, mental dan fizikal aku ni belum dapat buat persediaan apa untuk menghadapi keadaan-keadaan ini.

Ya allah...berilah aku kekuatan...





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …