Skip to main content

Arjuna Mencari Cinta








Ia tiba jua…


Alhamdulillah, pagi ini surat rasmi penerimaan manuskrip sudah sampai ke meja pendaftaran guru. Ia sekaligus menjadi bukti bahawa karya aku bakal dibukukan dan akan terbit pada bulan September. Insya-Allah! Pertengahan atau akhir bulan tidak menjadi hal. Anggaran aku sebenar, ia akan keluar pada bulan Oktober. Apa pun, aku berasa bersyukur kerana novel itu akan terbit pada tahun 2011. Itu bermakna aku mula mencatat rekod sebagai penulis buku pada tahun ini juga. Ia juga menandakan bahawa target aku untuk melihat karya aku terbit pada tahun ni dimakbulkan Allah. Alhamdulillah Ala Kulli Hal. 


Tajuk asalnya Akulah Arjuna Perkasa ditukar kepada Arjuna Mencari Cinta atas tujuan pemasaran. Heh…heh…heh… tersenyum-senyum aku sendiri. Wow, aku menulis tentang cerita cinta rupanya. Pandai juga aku bercinta ya. Tapi tak mengapa, cinta yang aku paparkan dalam novel Si Manis 17 ini ialah cinta terbimbing. Terpulanglah  kepada pembaca untuk membuat penilaian. Apa yang aku boleh jamin ialah cerita ini akan menggamit pembaca kepada zaman remaja yang sukar dilupakan. Akan terkenang hidup sebagai pelajar sekolah, pelajar  sekolah berasrama dan warna-warna yang melatarinya. Di situlah segalanya bermula. Emosi, intelektual, rohani dan jasmani berkembang mengiringi manisnya usia remaja. Dan tidak dinafikan lagi, itulah detik di mana bibit cinta mula bersemi dengan dalam hati dengan sendirinya. Mematuhi  ketentuan Ilahi bahawa setiap hati mempunyai rasa. Dan sebagai remaja, di sinilah bermulanya perjuangan menghadapi kocakan perasaan. Perjuangan itu tentunya mengandungi suka, duka, ketawa dan airmata. Dan mereka yang bersungguh-sungguh berjuang pasti akan berjaya. Hehehe… 


Tentang cover di atas, itu hanyalah cover ciptaan aku yang entah apa-apa. Maklum sajalah, tangan tak pandai buat grafik entah apa kebenda. Tapi nak cuba punya pasal, jadilah cover macam ni. Sekali tengok macam cerita Bujang Senang pun ada. Nanti setelah terbit, barulah nampak cover sebenar.
Harapan aku semoga kalian semua mendoakan kejayaan aku. Amin.




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…