Skip to main content

Bingkisan Rasa Dari Ranah Seberang

 6/8/2011
Awal pagi lebih kurang jam 5.30, aku bertolak ke Senai. Travel ke kampung ni sudah lama dirancang sejak akhir Jun lepas tapi sebaik-baik rancangan aku, Allah lebih berkuasa atas segalanya. Aku percaya itu.

Jadi, sepanjang perjalanan aku hanya bertawakal kepadaNya. Maklum sajalah, pergi sorang diri. Hidup dan matiku hanya kerana Allah. Aku bermusafir bukan untuk bersuka ria. Aku mempunyai tujuan tersendiri. Allah lebih mengetahui. Mudah-mudahan perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan oleh Allah.

Menaiki flight AK 5271 Air Asia. Berlepas tepat pada jam 8.40 walaupun pesawat terlewat sedikit dari waktu 'boarding'. 6 tahun lamanya aku tak naik kapal terbang. Bila masuk semula, kepala mula pening, tekak mula loya-loya padahal dulu tak pernah pun mabuk udara.  45 minit waktu terbang tu rasa bagai setahun. Dan  bila naik Air Asia, aku masih tak dapat lupakan cara juruterbang SIA dan MAS landing dan take off. Sangat cemerlang. Tak adalah rasa macam naik roket pergi ke bulan. Atau meluncur macam nak rodok isi bumi ni.

Hahaha..pandai jugak kan aku komen pasal sistem penerbangan ni. Sekadar timbang tara. Kalau orang boleh komen bidang perguruan bla..bla..bla… mengapa aku tidak? Sekadar ceritakan pengalaman, apa salahnya kan?

Tiba di LCCT pukul 9.25. Tak fikir banyak lagi sebab penerbangan seterusnya ialah pelepasan antarabangsa menuju ke Pekan Baru. Sebagai penumpang yang dah terlalu lama tak jejakkan kaki ke lapangan terbang apatah lagi LCCT, aku perlu set dalam kepala otak untuk terus cepat menuju kaunter pelepasan antarabangsa dan cek dokumen disebabkan aku dah buat web check in lebih awal. Pesawat ini bernombor AK 570

 Bagi sesiapa yang rasa-rasa malas nak beratur pepanjang untuk proses check in, bolehlah buat web check in dalam internet dan print sendiri macam aku buat ni.






Gate boarding tutup pukul 10.05 minit. Alhamdulillah, segalanya mudah dan lancar. Cuma..ada cumanya… nak menapak ke terminal pesawat yang terlalu jauh. Sempat lutut kanan aku tergeliat disebabkan nak cepat masuk. Kena bahagian paling hujung F75. Pun sama jugak, waktu pesawat berlepas dan mendarat, tak sebagus pesawat-pesawat sebelum ini. Terutamanya semasa landing, alih-alih dengan lajunya cecah landasan lepas tu brek macam apa. Rasa aku masa tu macam kapal terbang ni nak langgar terminal-terminal tu sekali.

Tepat jam 10.10 minit(waktu Indonesia), flight berhenti di lapangan terbang Sultan Syarif Qasim II Pekan Baru. Sayangnya aku kena isi kad imegresen. Jadi ia mengambil masa memandangkan aku tak bawak pen. Tak pasal-pasal aku belasah aja pinjam pen sorang mamat ni. Punyalah nama lapangan terbang, satu batang pen pun tak dapat nak sediakan. Apaaaraaaa…Pukul 10.30 barulah aku dapat keluar . Mak dengan atie dah tunggu di pintu depan. Kami terus saja ke Ramayana. Salah satu perkara yang aku mesti ingat ialah nak dapatkan Eyeshadow Pallete Sariayu 25 Warna limited edition. 

Dia punya cover..ungu lembut..ayu gitu!


 
Dah lama mengidam beli benda ni. Akhirnya Allah makbulkan jua.. Daripada harga pasaran Rp170 000 dan sebahagian kedai yang tibai harga sampai Rp 180000, akhirnya aku jumpa satu kedai yang pekerjanya lengkap pakai seragam Martha Tilaar dan kurangkan harga kepada Rp157500. Oklah tu, aku berpuas hati. Mana nak jumpa lagi benda edisi terhad. Kat Malaysia tak ada. Mengapa dan apa sebabnya aku taksub benar dengan Sariayu, itu aku tak nak cakap. Yang penting, aku memang gila dengan alat solek jenama Sariayu. Mengalahkan gila aku pada MAC, Babby Brown dan yang seumpama dengannya. I love you Sariayu million trilion.. Heh heh…

Dalam pada jelajah Mall Ramayana tu, hati teringinnya nak masuk kedai kain batik yang berderet-deret dengan harga murah tu. Tapi! Ada tapi… membeli batik tak termasuk dalam senarai barang aku akan beli kerana aku tengah ikat perut bulan Ogos ni. Sejak dari Januari sehinggalah bulan ini, rezeki aku tidak murah. Jadi, aku kena beringat-ingat. Jadi, aku akan tangguhkan misi beli kain batik pada travel yang akan datang. Tahan ajalah nafsu yang membara-bara. Berkat Bulan Ramadhan…isk..

Kemudian dengan bas, aku sampai ke rumah. Sekejap aja, tak sampai pun setengah jam. Kalau dari lapangan terbang hanya lima minit aja. Selepas berborak dengan mak macam tak pernah jumpa bertahun-tahun, kami buat keputusan balik ke Bangkinang. Apalagi, kampung halamanku…susur galur keluargaku..salasilah keturunanku… di sanalah asal usulku..tidak mungkin aku lupakan di mana akar umbi darah yang mengalir di tubuhku ini..di Bangkinanglah aku bermula…walaupun secara hukum manusia, aku rakyat Malaysia dan berbahasa melayu tetapi mengikut hukum Allah, aku tetap berdarah Indonesia kerana nasab dari ayah.

Kalau dulu waktu balik kampung dengan keluarga, kami akan menaiki teksi atau chated kenderaan sewa, sekarang aku balik dengan kenderaan pengangkutan awam biasa aja. Lebih senang dan mudah. Walaupun bengkak jugak hati aku tengok pemandu yang tersangatlah muda tak puasa(hisap rokok), dan aku terpaksa menunggu lama kerana nak penuhkan van macam tin sardin, kemudian tayar pancit di tengah-tengah jalan… aku tetap rasa ia suatu pengalaman yang bermakna. Dalam hati aku, 'Padanlah muka engkau, satu kerja kena kerah tenaga nak tukar tayar. Sesuailah dengan tenaga yang engkau dapat kerana hisap rokok tadi'. Meluat betul aku tengok lelaki macam tu. Kalau engkau bukan Islam nak merokok depan aku, mampus lantak engkau la. Aku tak heran. Ini siap sebut 'Assalamualaikum' masa jawab panggilan handphone. Islam…tapi tak sembahyang…Islam..tapi tak puasa…Islam..tapi tak pakai tudung… Islam apa kebenda? Islam tu suatu cara hidup. Kalau cara hidup engkau tak ikut Islam, Islam engkau Islam apa kebenda?

Alhamdulillah sebelum waktu berbuka, aku dah selamat tiba di rumah kampung. Rumah aku di kampung masih sama macam dulu, begitulah kalau buat rumah tapi tuan rumahnya tak duduk di situ. Faham-fahamlah sendiri. Bila masuk dalam rumah, jumpa uwo…alangkah hancurnya hati dan perasaan. Rasanya tulang saja yang tinggal, isi daging semua entah hilang ke mana. Cakap pun dah merapu-rapu. Dah pakai pampers. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia Uwoku sayang...

*****
7/8/2011

Pagi bangun seawal orang baru selesai mengerjakan Solat Subuh. Kalau tidur kerana kepenatan selalu bangun mesti badan jadi segar. Kaki terus melangkah ke bilik uwo. Tengok tangan dah sejuk. Dingin pagi mencengkam ke tulang badan. Aku selimutkan dan layankan entah apa kebenda yang dia cakap. Ingat masa2 silam dia yg aku pun masa tu entah kat dunia mana, belum lahir lagi. Dengarkan aja la.

Tadi masa aku bangun, mak tengah mengaji. Lepas tu aku tengok semula, mak dah tidur di atas tilam. Keletihan la tu.  Aku biarkan aja. Tak lama lepas tu, dia bangun ajak pergi ke seberang, lepaskan kerbau. Aku pun ikut aja. Lagipun pagi2 begini suasana sangat nyaman dan dingin. Berbaju dan kain batik, kami menapak ke seberang. Tiba di sungai, kenalah harung sungai yang tak cetek mana. Paras peha. Terpaksa sinsing kain sampai ke punggung. Bahaya jugak ni...

Mengharung sungai dengan berselipar jepun dan berkain batik memang pengalaman menarik. Tapi dalam pada aku berjalan meniti batu-batu sungai Kampar yang pipih-pipih tu, kepala otak ligat jugak mengagak kalaulah ada haiwan reptilia yang suka bertapa dalam air yang tenang. Dan tiba-tiba haiwan tersebut menunjukkan lubang hidungnya depan aku, sempatkah aku lari menyelamatkan diri? Bukan itu saja, ada sespesis lagi haiwan yang suka menyepi dalam air dan kerjanya srooot..srooot..sedut darah. Hish..nauzubillah..alih-alih aja tengok dah membuntal melekat di betis dan peha...hish...hish.. tak dapek den bayangkan...mau gamat satu sungai tu dek pekik aku yang gegak gempita ni. Alhamdulillah bayangan ngeri itu hanyalah sebuah imaginasi saja. Hakikatnya, aku dapat menyeberangi sungai dalam keadaan yang baik dan selamat.

Ni bukan aku ya...my lovely mak
Satu cabaran dah dilalui, kini cabaran lain pulak menanti. Kerbau! Ya, aku memang serem sikit dengan hamba Allah yang bertanduk tu. Tapi disebabkan aku tengok mak maintain aja..aku pun malulah nak tunjuk perangai kebudak-budakan aku ni. Pun buat-buat selamba jalan dekat ke arah sekumpulan kerbau yang perlu dilepaskan supaya ada ruang untuk binatang tersebut meragut rumput di tempat yang lebih luas. Dalam pada tu, otak ligat terbayang kalaulah tiba-tiba salah seekor daripada kerbau tu bertukar peel macam lembu gila yang orang buat laga-laga tu..dan menyerang aku dengan tanduknya..apakah...? apakah yang akan terjadi kepada diriku? 

Betul punya minah indon la...

hijau sesejuk mata memandang


kerbau pusaka..wow! seksinya my lovely mak

kakakakakakk....

my lovely mak

To be continued...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…