Skip to main content

Cukupkah bekalanku untuk pergi beradu?





Ya Allah, Penguasa Alam. Pinjamkan daku sedikit kekuatanMu...
Sedar tak sedar sudah masuk Nisfu Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu sehingga sehari dirasakan bagai setengah hari saja. Terasa waktu sangat deras berputar. Baru aja sudah Solat Zuhur, tiba-tiba dah masuk pula waktu Asar. Entah, barangkali aku sorang yang rasa macam ni. 

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ogos. Fikir sekali dua, rupanya persekolahan hanya tinggal tiga bulan saja lagi. Sungguh, cepat masa beredar. Dan ligatnya putaran alam ini membawa seribu satu rasa dalam hati. 

Selama ini aku hanyalah seorang calon penulis. Menyimpan cita-cita hendak menghasilkan karya versi cetak sejak dulu lagi seawal belasan tahun. Kemudian, cita-cita itu terkubur begitu saja didominasi oleh sebuah lagi cita-cita besar yang menuntut pengorbanan dan perjuangan besar dan getir sekali(berapa banyak punya ‘dan’ la…))

Setelah tercapai cita-cita besar itu(alhamdulillah), hati masih ingin menggapai angan-angan yang sebenarnya masih tersimpan dalam hati. Ingin menjadi penulis. Tahun demi tahun menulis dan mencurahkan idea, merangka cerita dan menggarap kisah demi kisah tetapi kemudian terbiar begitu saja. Semangat dan momentum hadir celam-celum tak ubah seperti iklan Biskut Choc Fudge. Sekejap ada, sekejap tak ada. Rasa aku, peringkat aku waktu awal remaja saja yang tahu iklan ini di dalam tv. Generasi bawah2 ni mungkin tak jumpa dengan iklan itu. 
Tidak ada pendedahan ilmu penulisan, tak tahu ke mana hendak buat rujukan, tak terfikir bagaimana cara hendak menjadikan cerita ini sebuah buku yang dapat ditatap orang. Itulah antara sebab mengapa menulis sekadar menulis saja. Tambah pula bila baca banyak pandangan dan pendapat tentang dunia penulisan melalui internet, diri mula terasa kerdil dan tidak layak untuk menjadi penulis buku. 

Akhirnya, momentum luar biasa berlaku setahun dua kebelakangan ini. Setelah diasak dengan bermacam-macam perang fikiran dan debat perasaan, aku siapkan jugak cerita genre remaja itu. Memang benar, kalau mengharapkan suatu kesempurnaan dalam sesebuah ciptaan manusia, sampai bila pun takkan dapat hasilkan buku. Kalau asyik ragu-ragu entah boleh entah tidak…entah diterima entah tidak…entah sedap entah tidak…entah menarik entah tidak…entah dapat sambutan entah tidak… mungkin sehingga aku pencen, tiada satu buku pun dapat aku hasilkan. Terutamanya zodiak Libra seperti aku yang selalu dikalahkan oleh sikap bertimbang-timbang yang keterlaluan. Banyak peluang terlepas dari tangan begitu saja.

Yakin dengan penguasaan asas menulis memandangkan keputusan Bahasa Melayu aku dulu bagus, ditambah pulak aku sangat suka membaca karya penulis-penulis lama(Khadijah Hashim) dan penulis di bawah terbitan CESB, karya-karya non fiksyen yang malas aku nak senaraikan di sini, aku nekad hantar manuskrip pertama bersama doa dan tawakkal. 

Alhamdulillah, ia sudah pun diterima(tahu tak bagaimana rasanya bila usaha yang berpenat lelah membuahkan kejayaan? Tahu tak bagaimana terujanya tatkala menerima jawapan sukacita bahawa manuskrip kita diterima? Cubalah dulu!). 

Takut nanti manuskrip itu ditolak? Aku sudah pun mengalaminya. Manuskrip ini pernah ditolak kerana syarikat yang aku lamar itu tidak mempunyai genre yang sesuai dengannya. Adakah aku sedih? Aku tension? Putus harapan? Berhasrat terjun bangunan? Lompat dari tebing tinggi? Ambik pisau cucuk dada? Koyak-koyakkan manuskrip? Menangis 7 hari 7 malam? 

La’! La’! La’! La Tahzan Wa La Takhaf! Wa La Tabki! Wa La Tai’as Wa La Tab’as! (sambil geleng kepala)Hah! Tu dia, keluar speaking timur tengah gue… 

Janganlah jadi bodoh. Jangan kuat berangan bahawa segala yang kita inginkan pasti akan jadi kenyataan. Tak ada coklat Ferreroshe yang jatuh tiba-tiba dari langit masuk ke mulut kita. Tak ada cheese cake ‘Secret Recipe’ yang bergolek-golek lalu terjun ke dalam mulut kita ni. Mustahil kecuali kalau memang ada balon panas bawak semua makanan dan jatuhkan macam iklan coklat Cadbury. Itu pun orang yang pada masa tu ada di balkoni rumah yang dapat coklat tu. Kalau penghuni rumah tu dok dalam bilik air, tak dapat punya. Secara logiknya begitu walaupun Allah berkuasa melakukan segala perkara mustahil yang aku cakapkan tadi. Jadi…

Manuskrip kita akan ditolak? Itu suatu kemungkinan! Samalah macam kita menduduki peperiksaan. Ada kemungkinan yang positif atau negatif. Kita perlu mempersiapkan diri kita untuk menghadapi kebarangkalian itu. La Budda!(Mahu Tidak Mahu). Habis tu dah siap-siap tulis lepas tu main hantar aja ikut suka hati(tak survey kehendak syarikat penerbitan,tatabahasa hancur,)? Itu dinamakan SYOK SENDIRI beb! Over Confident nyah…

Itulah antara sebab mengapa aku terus bergegas melamar syarikat lain setelah lamaran pertama ditolak walaupun mereka mencadangkan juga manuskrip itu diterbitkan secara ebook. Pertama, harapan aku tidak putus. Kedua, aku ingin tahu apakah kelemahan manuskrip  itu di atas penolakan tersebut . Apabila mereka mengatakan alasannya kerana genre yang tidak menepati syarikat mereka, di situ aku membuat kesimpulan bahawa manuskrip aku tidak bermasalah melainkan genre yang tidak ada dalam syarikat tersebut. 

Aku juga mengambil keputusan andai syarikat kedua juga menolak manuskrip itu, tentu aku akan menyemak kembali keseluruhan manuskrip tersebut. Tentu manuskrip aku yang bermasalah.Tentu ada kelemahannya yang terang-terangan sehingga ia ditolak. Tentu! Editor memang sudah dilatih untuk membaca secara ‘cari kesalahan’. Kalau tidak, buat apa dia jadi Editor. 

Alhamdulillah  wal hamdulillah… ia diterima. Dan kini dalam proses suntingan. Lulus satu peringkat. Kini peringkat untuk menghadapi situasi di mana setelah novel itu terbit pula. Teguran, kritikan dan sebagainya. Adakah aku sudah bersedia secara fizikal dan mental? 

1.       Tentang diri aku, aku adalah aku yang seadanya. Tiada rahsia bagi calon penulis seperti aku. Jika aku berahsia, bagaimana aku akan dapat mendekati pembaca? Beginilah aku. Yang biasa-biasa. Aku ingin dekat dengan mereka.

2.       Komen yang membina walaupun ia pahit, aku mesti telan. Mahu atau tidak, komen itu untuk memperbaiki prestasi aku pada masa akan datang. Seburuk-buruk karya aku, aku telah pun menghasilkan sebuah buku. Sudah ada bukti bahawa aku penulis buku. Selama ini tiada siapa yang membaca cerita itu kan? Setelah novel itu terbit, insya-allah ramai yang akan menatapnya dan memberi tunjuk ajar supaya aku lebih berdaya maju. Tetapi komen yang sengaja menjatuhkan maruah , nama baik aku serta keluarga aku dan keturunan mak ayah… aku akan buang saja ke tong sampah. Bodoh jika aku layan. 

3.       Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menembusi peluang menghasilkan karya pertama. Ini kerana, saat yang paling sukar ialah menghasilkan karya sulung. Setelah dapat menerbitkan buku pertama itu, ruang untuk karya yang seterusnya insya-allah akan jadi mudah. Mudah-mudahan…amin.

Mengapa aku terlalu realistik? Kerana Kasih Sayang dan Rahmat Allah bukan semata-mata dengan NIKMAT dan BAHAGIA saja. KESULITAN, KESENGSARAAN, DUKA dan KEPAYAHAN juga salah satu bentuk Cinta-Nya kepada kita. Dan aku telah menghadapinya sejak kecil hingga usia sedewasa ini. Banyak lagi liku-liku yang menanti…

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…