Skip to main content

Hari-hari Kerja…lalala…



1.       SAPS – Mula-mula suruh buat ETR dengan TOV ok lagi. Lepas tu s/u peperiksaan suruh masukkan markah peperiksaan pertengahan tahun pulak. Sistem dah la canggih sangat sampai nak masuk pun susah. Nak key in markah sorang-sorang pulak tu. Last-last good babai ajalah SAPS. Nanti bila semangat aku dah berkobar-kobar balik, enjin dah panas, motivasi dah hidup barulah aku ngadap balik.
2.       Penandaan – Dulu masa jadi cikgu ganti, 6/7 kelas boleh siap dalam satu malam. Siap boleh buat sos lada lagi. Sekarang ni, nak sudahkan menanda kertas ujian untuk satu kelas pun bercinta. Malas tahap grandsazer. Kalau 6/7 kelas tak apa, ini sampai berbelas-belas kelas aku nak mengadap, jelak . Masih ada lagi kertas yang menunggu untuk ditanda.
3.       Manuskrip KKM – Belum disambung lagi. Pasal masih jakun dengan berita manuskrip pertama yang sudah setuju diterbitkan. Ceritanya taklah seberapa, teruja yang lebih. Macam-macam dalam otak ni. Apa pun, aku panjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana doaku dimakbulkan jua. Banyak benar dugaannya untuk dapat meloloskan diri ke peringkat ini. Sudah sedia maklum, persaingan terlalu sengit. Bukan banyak pun rumah penerbitan di Negara yang tak berapa besar ni, tak seimbang dengan jumlah penulis yang semakin ramai. Jadi, mahu atau tidak kenalah berusaha dan terus berjuang sehingga permohonan diterima. Terlalu banyak hitam putihnya dunia penulisan ini dan aku sedang berjalan ke arah warna-warna itu. Aku tak akan mengutuk siapa-siapa samada penulis, editor atau penerbit. Lain bidang tentu lain pula gaya dan cara. Jika ada kelebihan tentu pula akan ada kekurangannya. Apa yang penting sebagai penulis, aku akan berusaha saja. Jika sudah berusaha dan mencuba tapi tidak berjaya, itu tandanya rezeki memang belum ada.
4.       Yakin dengan kemampuan diri!- Ya, aku dalam proses membina keyakinan dalam bidang penulisan. Dan keyakinan ini tidak aku dapatkan kalau bukan dengan latihan dan doa serta tawakal kepada Yang Maha Kuasa.  

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…