Skip to main content

Ingin menjadi Si Kembang Cina...



Apa persamaan proaktif dengan bunga si kembang cina? 

Belum suruh dah buat. Belum diberitahu dah ambil tahu. Itu setakat yang aku faham. Dan itu yang selalu ingin aku praktikkan dalam segala hal yang aku suka. Yang aku suka saja. Yang aku tak suka ni lambatlah sikit. Heh heh…


Semalam waktu mengemas meja, kaki tersadung sesuatu yang barangkali terjatuh dari tempat susunnya. Aku membongkok lalu mencapai sesuatu berupa kertas bercetak itu Ohh…beberapa artikel yang selalu aku ambil dari laman web kegemaran aku(rahsia). Seketika aku membacanya…


‘’ Kehidupan di muka bumi bagaikan fatamorgana atau permainan yang pasti akan berakhir. Kehidupan ini tidak bisa diandalkan dan juga tidak dibangun di atas fondasi yang tangguh. Jalan kebenaran terasa sangat sulit bagi orang-orang yang hanya memiliki sedikit tapi berharap banyak. Orang-orang ini menginvestasikan sebahagian besar hidupnya untuk membayar rumah kecil mereka, monumen-monumen mereka. Jika rumah mereka tergores, hati mereka pun ikut tergores. Sekalipun dia hanya memiliki sedikit kekayaan, masih sulit baginya untuk mengingat Allah…”


Ya, aku dapat lihat fenomena ini dengan jelas terutama ayat yang aku gariskan di atas. Kebanyakan orang begitu, baru saja sedikit ilmu, kekayaan, pangkat dan nama, sudah lupa siapa dirinya. Tidak kira apa bidang dan siapa orang itu sekalipun. Pun begitu, dalam entri ini aku menyentuh bidang penulisan.

Sekadar dapatan peribadi aku sehingga hari entri ini ditulis…Aku perhatikan  sebahagian novelis prolifik yang aku kenal begitu rendah hati dan rendah diri serta sudi memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang meminta. Meskipun serius, garang atau tidak ramah, aku tetap tahu seseorang itu benar-benar ingin membantu atau tidak. Riak muka seseorang tak beri pengaruh pada aku. Biar garang tapi dia guru yang aku sayang dan sudi mengajar aku. Sebaliknya yang perasan muka macam jambu tulah yang selalu entah apa-apa. Dan aku juga mendapati novelis-novelis yang baru saja menghasilkan buku sebuah dua bukan main lagi… 


Hahaha…bukan main apa tu? Tidak perlu aku terangkan di sini. Rakan penulis aku ramai dan pula terdiri dari pelbagai rumah penerbitan. Banyak udang, banyak garam. Ramai orang banyaklah ragam. Aku terima dengan dada terbuka. 


Sesuatu bidang yang aku suka, aku selalu ingin jadi seperti si kembang cina. Bila aku berusaha keras untuk menimba ilmu dan bertanya kepada ramai orang, kemudian ada di antara mereka itu bersikap sombong dan hidung tinggi terhadap aku, apa aku rasa? 


Tidak sekali-kali aku akan berputus asa… Allah bersamaku…

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…