Skip to main content

Kalau Kail Panjang Sejengkal...






Ikutkan hati memang nak sambung pengalaman yang menyeronokkan di bulan puasa tapi memandangkan line internet dah masuk dua minggu tak betul-betul, lepas tu broadband yang digunakan ni pun semput-semput macam siput jadi aku ambik keputusan tangguhkan saja dulu entri tersebut. Bukan apa, malas nak masukkan image. Sekali upload, ½ jam nak tunggu.

Hari ni pihak editor hubungi melalui emel beritahu tentang Bab 9 yang tak boleh dilakukan editing ke atasnya. Cerita aku tu ada 41 bab. Punyalah banyak bab yang ada, Bab 9 nilah yang tak boleh nak jalan. Asyik not responding aja. Aku hantar fail lain pun sama jugak. Tukar versi word lain pun tak boleh jugak. Save dari laptop lain pun sama jugak, tak dapat nak buat editing kat Bab 9. Bab-bab yang lain boleh pulak. Apa punya peliklah Bab 9 ni. Agaknya sebab editorial beritahu karya ini akan selesai pada bulan 9/10 insya-allah kalau tak ada aral melintang, jadi Bab 9 ni pun mulalah buat hal ya? Ya? Ya?

Last-last sakit jari aku menaip balik Bab 9 dalam dokumen word yang lain. Dahlah masa taip ni terasa aku macam kerja jadi juru taip, lepas tu nak melayan broadband yang lembab semacam..sabar ajelah..berkat Bulan Ramadhan. Isk.. Tak tahulah samada editor boleh edit tak Bab 9 yang aku taip semula ni. Kalau tak boleh jugak, nampak gayanya aku kena print out Bab 9 ni lepas tu pos ke pejabat editor. Hehehe... taulah nombor 9 tu nombor bertuah...Bertuah bagi diri aku aja. Pembaca tidak ada kena-mengena dengan nombor bertuah ini ya

Barangkali berkat bulan mulia ini, aku terkejut sedikit. Terdahulu, manuskrip AAP ni aku hantar kepada penerbit A. Penerbit tersebut menolaknya dengan alasan mereka tidak mempunyai genre seperti karya aku. Pun begitu, mereka cadangkan agar karya itu diterbitkan secara digital. Sekiranya ada sambutan, besar kemungkinan, cerita digital itu akan dibukukan.

Aku tak memberi kata setuju untuk diterbitkan secara ebook memandangkan aku mahu karya aku dibukukan. Jadi, kerana manuskrip itu telah ditolak secara cetak, maka aku tidak menunggu lama, terus melamar syarikat lain pulak iaitu Penerbit B. Barangkali rezeki aku berkarya dengan penerbit itu, dalam tempoh 11 hari, mereka menerima manuskrip tersebut dan bersetuju untuk diterbitkan secara cetak. Kini, cerita ini sudah memasuki proses suntingan dan reka sampul novel. Insya’allah jika diizinkan Allah, lahirlah ia pada bulan kelahiran aku...heheh..

Berbalik pada cerita tadi(suka melarat-larat cerita), apabila hati aku sedang kejakunan sebab lamaran manuskrip diterima, tiba-tiba Penerbit A hubungi aku melalu email meminta nombor kad pengenalan untuk proses surat perjanjian kerana mereka bersetuju menerbitkan karya AAP secara ebook. Dan mereka kata, aku juga bersetuju berbuat demikian.

Ish..ish..ish... bilo maso den kato den setuju manuskrip den diterbitkan secara digital. Den takdo kato pun setuju. Inikan pulak nak proses surat perjanjian.

Jadi, aku terus membuat maklumbalas dengan cara yang berhemah la kan. Dah mereka tak mau terbitkan secara cetak, takkan kita nak melanguk lagi kan. Kita usahalah mohon penerbitan lain pulak. Usaha tangga kejayaan la katakan. Tup-tup jadi begitu pulak. Dibuatnya cerita aku tu siap oleh Penerbit B, kemudian terbit secara digital pulak oleh Penerbit A, mau haru-biru dunia penerbitan dibuatnya. Nauzubillahi min zalik! Lagipun bukan den hantar manuskrip sama serentak kepada semua penerbitan. Tidak sama sekali! Selepas ditolak, barulah den berusaha melamar penerbitan yang lain.

Akhirnyo, Penerbit A akur dengan maklumbalas yang aku beri. Alhamdulillah, perkara selesai. Setapak kakiku sudah mara ke dalam dunia penulisan. Walaupun dibimbing oleh kawan-kawan penulis dari jauh(tak tergapai tangan), aku akan berusaha berjalan dengan betul di jalan yang betul. Baru satu manuskrip, macam2 cerita aku dapat dan pengalaman yang bagus untuk dipelajari. Entah macam mana bila dah bertambah dua tiga karya lagi nanti, barulah semakin tahu hitam/kelabu dunia penulisan ni. Apa pun berbalik kepada niat menjadi penulis.

Menjadi penulis bukan kehendak yang direka-reka. Sering membaca banyak bahan bacaan, kita terdorong untuk mencernakan idea kita untuk disampaikan kepada orang lain melalui tulisan. Bukan kerana cinta semata. Dan bukan semata-mata kerana tujuan kewangan. Atau inginkan populariti.

Pada pendapat aku, aku lebih gemar menjadi diri aku sendiri. Allah ciptakan setiap manusia itu unik dan tersendiri sehingga cap ibu jari berapa trilion manusia di muka bumi ni pun tetap berlainan dan tak pernah sama. Kembar seiras pun tak sama cap jari. Itu tandanya manusia di dunia ni bukan dijadikan secara sia-sia. Ada sesuatu di dalam diri manusia itu. Ada sesuatu. Sesuatu tu akan kita dapatkan setelah kita muhasabah diri semula.

Benar, beberapa panel bengkel penulisan ada mengatakan bahawa menulis kini tidak semestinya bergantung kepada bakat. Dengan ikuti beberapa tips yang diberikan, seseorang itu dengan mudah menjadi penulis dan pula dapat menjana wang sehingga menjadi jutawan.

Secara kasarnya memang nampak begitu tetapi bukan semua orang boleh menjadi penulis. Meski diberikan the golden tips tentang penulisan, bukan semua penulis boleh menulis dengan baik. Menulis dengan seni. Menulis dengan jiwa dan hati. Kerana tulisan yang disampaikan dengan hati pasti akan menusuk ke dalam hati si pembaca. Itu realiti dan hakikatnya. Kerana tulisan yang disampaikan dengan perbendaharaan kata yang kaya, seni-seni bahasa yang dikuasai, tatabahasa yang baik, disulami nilai-nilai murni dan akhlak, pengajaran berguna, gaya tulisan itu tidak akan dapat ditiru oleh sesiapa pun kerana tulisan tersebut mengandungi anugerah dan ilham dari Allah S.W.T berupa bakat. Dan manusia mempunyai bakat yang tersendiri melalui bidang-bidang yang berlainan.

Apa akan jadi kalau semua manusia menjadi doktor? Semua manusia menjadi guru? Semua manusia menjadi perdana menteri? Semua manusia menjadi akauntan? Semua manusia menjadi polis?

Dalam 40 orang murid di dalam kelas, tidak pernah berlaku semua murid mendapat nombor 1 dalam peperiksaan. Atau semua murid mendapat  nombor 40.

Dalam sebuah lautan yang dalam dan luas terbentang, tidak semua ikan mempunyai rasa yang sama. Malah, laut yang masin itu tidak menyebabkan ikan-ikan di dalamnya turut masin.

Jadi, tepuk dada tanyalah selera, soal hati, tanyalah akal... jika menulis kerana Allah dan niat ikhlas untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca melalui tulisan itu, kuatkan hati, cekalkan diri tabahkan rasa teguhkan pendirian untuk menceburkan diri ke dalam dunia penulisan. Jangan sesekali berpatah balik setelah kita menghala kaki ke arah dunia itu. Jangan mati sebelum mati!







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…