Skip to main content

Hidup..oh hidup...





Malam memang sepi apa guna menangis
Barang sudah jadi apa guna menangis
Esok ada lagi apa guna menangis
Nasib tukar ganti apa guna menangis…

Aha...pernah dengar lirik lagu ini? Kalau tak jumpa, cubalah cari. Kebelakangan ni, banyak betul cerita yang sedih-sedih saja aku dengar dan baca. Biasanya bulan puasa begini, orang bercerita tentang kuih raya, baju raya dan nak bershopping sana sini. Kali ini tidak. Masalah orang di sekeliling. Problemo...problemo...

Manalah ada manusia yang tidak menghadapi masalah. Orang gila saja yang senang hati di dunia ini kerana bebas daripada memikirkan segala liku-liku hidup ni. Masalah peribadi, masalah di tempat kerja, masalah keluarga dan sebagainya.

Kerja di sekolah pun tak surut-surut. Semakin nak ke penghujung tahun, semakin berlambak kerja nak dibuat. Berlapis-lapis kerja nak disiapkan, lama-lama tak tahu mana satu nak mula. Mengalahkan kerja pejabat. Sistem failnya lain, isi data secara online lain, penandaan buku kerja murid lain, penandaan kertas ujian lain, pelan strategik lain..bla...bla...bla...tak kuasa aku nak senaraikan. Boleh serabut kepala otak. Kenapalah kerja cikgu bukan fokus pada mengajar aja dalam kelas? Bingung kepala otak asyik nak menghadap laptop hari-hari. Jangan besok ke kubur pun bawak laptop ni sudah.

Nak fokus pada penulisan aku pun tak dapat. Fail manuskrip pun entah ke mana aku selitkan, tak sempat nak mengambil masa untuk fokus pada cerita sendiri. Kali ni plan aku ialah pada pengembangan cerita genre dewasa. Maklum sajalah, cerita dewasa. Perlu kepada pembikinan ayat yang dewasa sikit. Perlu lebih serius. Diharap sebelum akhir tahun ni, manuskrip itu sudah siap. Amin.

 Alhamdulillah, dah masuk 12 hari berpuasa. Aku berjaya mendisiplinkan diri dengan memasak di rumah dan jimat duit daripada ke bazar. Hehehe... masak sendiri lagi sodap..lagi berselera...
Sebenarnya aku nak cerita apa ya tadi?(Lupa daa...)


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…