Skip to main content

Santai...

Ramadhan masih ada untukku hari ini…alhamdulillah

Awal-awal buat blog dulu, nak masukkan entri sehari pun payah. Maklum sajalah, baru berjinak-jinak dalam dunia ini, tak banyak lagi perkara yang aku tahu. Sekarang pun tak banyak juga yang aku faham tetapi adalah jugak sedikit sebanyak peningkatan. Tak tahu boleh belajar. 

Syabas juga buat diri aku sehingga hari entri ini ditulis, tapak kaki yang berbatik ni masih istiqamah memasak di dapur untuk berbuka puasa. Meski berjauhan dari keluarga, kawan-kawan dan merantau sendiri, hati masih kuat konsisten untuk memasak pada bulan puasa. Maklum sajalah, kalau bulan-bulan lain, makan tengahari beli lauk di kedai. Tak ada tenaga nak memasak selepas balik kerja. Waktu cuti aja diperuntukkan untuk memegang kuali. Masak pun bukan sedap tapi kenalah dengan tekak sendiri. Bersyukur. Sihat,jimat, nikmat. Hehehe..

Sebenarnya aku tak dapat nak update entri sehari dua ni. Entah apa masalah teknikal blog, aku pun tak tahu. Jadi, idea yang tengah hangat mencurah-curah tak dapat nak tumpahkan dalam blog. Hari ni pulak baru ok. Idea pulak entah apa-apa. 

Sehari dua ini juga(kebetulan) mood untuk menyiapkan kerja-kerja rasmi naik mendadak. Tinggal seketika kerja penulisan aku. Siapkan pelan strategik yang serabutkan kepala tu, isi markah dan bersedia untuk program lain pulak. Kerja cikgu takkan pernah habis. Jadi, jangan abadikan sepenuh tenaga, masa dan usia untuk bidang perguruan ini. Tak dinafikan menjadi guru adalah kerja yang mulia dan disanjung tinggi tapi jika kerana profesyen ini menyebabkan guru itu tidak dapat menunaikan haknya kepada keluarga, isteri/suami, anak-anak dan paling penting kepada tuhannya (disebabkan kerja-kerja yang kononnya untuk kemajuan pendidikan negara), guru itu hanya membuat sesuatu yang sia-sia bahkan mungkin hingga seumur hidupnya. 

Itu pendapat peribadi aku. Dan aku tidak mahu menjadi seperti itu. Aku bukan robot. Aku hamba Allah. Hamba yang ada tuhan. Itulah antara salah satu sebab aku bergiat dalam bidang penulisan novel. Dapat memberi input kepada pembaca dan berkongsi rasa. Ada kegembiraan hati dalam bidang ini. Ada beban perasaan yang terlepas ketika menumpukan fokus pada penulisan. Suka atau tidak, terpulanglah. 

Sebelum terlupa, tadi dapat kiriman emel dari editor mengatakan bahawa bab 35 juga bermasalah yang sama seperti Bab 9. Terpaksa taip semula untuk proses suntingan mereka. Bila difikir-fikir apa sebabnya fail itu tidak dapat dibuka waktu proses menyunting, tak ada jawapan yang aku perolehi. Bab tertentu saja pulak tu. Padahal aku buat cerita tu dari awal sampai akhir dalam satu fail aja. Wallahu a’lam. Apa pun nanti sesi menandatangan perjanjian, aku akan tanya pada editor lagi.

Hari ini mood santai. Mudah-mudahan Ramadhan ada lagi untukku...amin.

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…