Skip to main content

Siap jua...



alhamdulillah masih ada Ramadhan untuk aku hari ini.

Semalam selesai mengemas rumah dan kerja-kerja rutin setiap kali cuti, aku bercadang ke Angsana, jengah buku keluaran JS. Hajat di hati nak cari buku karya penulis Syahzy Hana (Impikan Mentari). Dah cari di bookstore Pontian tapi tak ada. Selain daripada itu, aku saja nak memandu, bersantai-santai untuk melepaskan tekanan kerja.

Semua kerja ada tekanannya. Pandai-pandailah diri menguruskan stres sendiri. Berharap ada orang yang akan bantu selesaikan kerja kita? Mimpi di siang hari jawabnya. Kita nak mengeluh diri ada banyak kerja, orang lain lebih banyak lagi tekanan kerja dan masalah hidup. Kita nak bersungut tak puas hati dengan itu ini... orang lain lebih banyak lagi masalah dan kesulitan.  Bersabar, berfikir fositif dan cari jalan untuk uruskan segala tekanan. Itu saja jawapan terbaik yang aku jumpa. Selebihnya doa dan bertawakal.

Segala markah sudah selesai diisi. Pelan strategik juga sudah siap. Sebahagian laporan aktiviti minggu ini pun dah selesai. Ada pengajaran aku dapat ketika aku fokus pada kerja-kerja rasmi itu. Betul, sebenarnya semua manusia diberikan waktu yang sama, 24 jam sehari. Sesuatu kerja itu, andai kita boleh memperuntukkan waktu tertentu untuknya, kerja pasti akan selesai. Kadangkala bila aku diberi kerja yang berlapis-lapis nak diselesaikan, aku rasa masa selalu suntuk. Tapi bila aku memperuntukkan tempoh tertentu(2jam misalnya)hanya untuk menyiapkan kerja yang aku malas nak buat tu, ternyata ia boleh siap lebih awal dari yang dijangkakan. Bila ada tumpuan, semua kerja boleh jadi. Itulah pengajaran yang bermakna aku dapat dalam Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah...Rahmat dari-Nya

Berbalik pada novel JS yang aku cari tadi(mula-mula macam takde idea nak masukkan entri tapi sekali dah menaip...melarat-larat pulak...), Badan Cemerlang Bookstore sesak dengan pengunjung. Jangankan di Badan, Kawasan parking komplek Angsana tu sendiri dah tak cukup nak letak kereta. Kawasan parking luar tau. Kawasan parking dalam tak usah ceritalah. Jalan Tampoi tu dah sesak dengan kenderaan yang bertali arus. Semasa dalam perjalanan, aku pun kalau tak betul-betul cari ruang kosong, kereta lain tak mahu bagi aku masuk dalam jalan mereka. Ala...bukan aku cilok-cilok pun. Kita dari arah simpang kiri tentulah kena masuk jugak ke kanan kalau nak menghala ke Angsana tu. Kalau mereka tak beri laluan, kami dari simpang kiri ni nak masuk macam mana? Terbang? Jalan raya ni bukan bergantung pada jalan tu jalan siapa. Bukan semata-mata berdasarkan buku undang-undang jalan raya. Ia juga memerlukan adab sopan dan sikap bertimbang rasa sesama pemandu. Ada rasa hormat-menghormati dan ada budi bicara.

Hah, melarat-larat lagi hahaha...ok, berbalik pada novel JS yang aku cari tu, banyak betul buku-buku baru sampai dan disusun dengan cantik dan rapi di rak-rak tertentu. Oleh kerana aku calon penulis JS, tentulah rak JS aku serbu dulu sebab aku nak cari buku Impikan Mentari.

Ya, sampul novel JS memang manis-manis warnanya, buatkan aku teringin nak membaca semua novel. Bila nak baca tu, maknanya kena belilah kan. Disebabkan duit yang diperuntukkan untuk beli buku cuma RM20 aja kali ini, jadi aku terpaksalah buat-buat tak nampak buku yang lain tu. Sebab targetnya buku Kak Syahzy Hana, jadi buku tu aja aku beli dulu. Buku yang lain akan menyusul kemudian. Dalam pada aku membelek novel-novel keluaran JS, bayang novel terbaru 'Grrr...geramnya(Feeza), Dia Yang Kunikahi(Iqbal Syarie) dan A.K Ikhlas(Nirrosette)' belum nampak lagi. Barangkali masih dalam proses pengedaran. Sebuah dua novel ada yang dah dibuka sampul plastiknya. Dan aku ada baca sikit isi novel tersebut. Aku dapati dua tiga orang penulis JS ini menulis dari sudut pandangan pertama POV1.

Bila baca karya bentuk POV1, aku akan terasa seolah-olah aku membaca diari seseorang. Aku tak boleh bayangkan orang lain selain daripada watak utama dalam cerita tersebut ialah penulis itu sendiri. Mungkin kerana itu, aku lebih sukakan penceritaan sudut pandangan ketiga.  Itu bagi diri aku sendiri la. Lain orang, lain pulak pendapatnya kan.

Belum pun sampai rumah, baru di tengah jalan, aku terus buka sampul novel Impikan Mentari.Ya, Kak Syahzy Hana juga menggunakan penceritaan sudut pertama(Point Of View 1). Aku mulakan pembacaan. Selalu lampu merah di jalan angsana tu(jambatan) memang lambat. Sempat aku habiskan baca prolog.



Wah, Geram! Sadis! Sakit hati! Terperanjat! Prolognya saja sudah buat aku sakit jiwa. Jadi, aku sambung baca bab seterusnya di rumah memandangkan amat bahaya aku sambung baca dalam kereta. Nanti semua kereta aku langgar sebab geram dengan 'Fahmy'. Grrr...

Aku dapat ikuti gaya Kak Syahzy Hana bercerita.  Tak membosankan. Tidak meleweh-leweh. Baru sampai Bab 6.  Selepas habis entri ni aku tulis, aku akan sambung baca sampai habis. Insya-Allah...

Ada 5 hari lagi baki waktu aku nak buat persiapan Aidil Fitri. Beratnya hati nak beraya tanpa emak. Tapi semua itu mesti dilalui juga mahu atau sebaliknya. Baju raya adik, kasut ayah, kuih raya dan servis kenderaan. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Amin































Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…