Skip to main content

Tahun Ini Dalam Sejarah...

  
Jumaat. Waktu persekolahan tamat pukul 12 tengahari. Selesai aja majlis khatam dan loceng tamat pun dah berbunyi, aku pun berdezup keluar dari sekolah, kejar masa. Maklum sajalah bila dah dekat hari perayaan macam ni, kesesakan tu dah sebati kat jalan. Lagi-lagi Hari Jumaat. Orang sibuk nak bersedia solat Jumaat, ambik anak sekolah, balik kerja dan lain-lain. 

Jadi, aku bergegas ke bank, nak bayar duit kereta. Bila gaji masuk, perkara utama yang mesti dituntaskan terlebih dulu ialah HUTANG. Selesaikan hutang kenderaan sebab jumlah amaunnya agak besar berbanding hutang-hutang yang lain. Supaya semak di kepala aku ni tak jadi hutan belantara. Kat terengganu besok satu kerja nak membayar duit kereta. Dah la jalan banyak satu hala. Boleh bengkak ginjal, hempedu dengan organ-organ dalaman aku kalau nak buat urusan kat sana tu. Dah masuk 6 tahun menetap kat sana, aku tetap tak kerasan. Entah! 

Niat di hati punyalah murni, nak buat urusan awal sebab waktu macam tu orang tak ramai di bank. Sekali nak parking dekat MAYBANK, tengok orang beratur kemain panjang dalam tu. Siap lori nak masukkan duit dah tunggu kat luar. Aku pun belok kereta ke BANK ISLAM. Daripada aku bersesak-sesak kat situ, ada baiknya aku ambik duit kat bank lain aja. Tak apalah RM1 kena cas pun. Tapi kuasa Allah tak ada siapa dapat menduga. Kalau DIA kata KUN! FAYAKUN  la jawabnya.

Meps di mesin ATM Bank Islam bermasalah. Duit tak keluar tapi sistem dah tolak duit. Kebetulan had pengeluaran aku hanya setakat itu saja, jadi aku tak dapat keluarkan duit lagi. Aku pun terpaksa pergi MAYBANK buat laporan. Dan kena sekali lagi pergi Bank Islam buat laporan susulan. Tengok-tengok jam dah pukul 1.30. Bank berehat. Adeh! Akhirnya dengan hati hampa, aku mendezup(istilah aku sendiri) balik rumah. Itulah...sebaik-baik rancangan pada perkiraan kepala otak yang seciput ni, rancangan Allah jauh lebih baik lagi. Siapa boleh lawan? Heh heh... 

Tapi hati banyak sedih...selagi hutang aku tak selesaikan selagi tulah akan jadi beban dalam fikiran. Bila dah jadi macam ni, duit pun tak dapat nak keluarkan. Nak buat urusan pun tak dapat. Akhirnya bawa hati yang lara...bukak tudung lalu...zzz...zzz...zzz... aku kena rehatkan minda. Kalau tak, perasaan jadi entah apa-apa. Otak asyik nak jalan aja. Bawakkan tidur. Apalagi...betul-betul aku dapat berehat. Alhamdulillah...

Bangun dari tidur, solat dan terus ke bank buat urusan laporan tu. Selesai semuanya. Tapi hati masih sangat sedih. Segala yang dirancang tak menjadi. Ada banyak lagi urusan dalam senarai semak. Maklum sajalah, nak raya ni...

Pun begitu semasa memandu, aku akhirnya pasrah. ‘Ya Allah, kalau apa yang berlaku ini memberi hikmah untukku di belakang hari, aku terima dengan REDHA...’ 

Sejam selepas tu, pihak Maybank called bagitahu duit yang ditolak itu sudah dikembalikan semula ke dalam akaun. Alhamdulillah... 

Berbalik pada tajuk entri aku di atas(panjang bebenor mukaddimah cerita), tahun ni aku rasa dah selalu sangat jumpa pegawai-pegawai bank MAYBANK ni. Ada aja hal yang berlaku sepanjang tahun ni, yang sebelum ni taklah begitu kerap. Biasanya ke bank ambik duit aja. Tak adalah sampai nak buat urusan gitu-gini.

1.      Kad kredit kena block pasal keselamatan-berurusan dengan bank.
2.     Dompet hilang dengan semua dokumen penting. –berurusan dengan pejabat polis, JPN(Jabatan Pendaftaran Negara), JPJ, MAYBANK (rasa aku, pegawai yang berurusan dengan aku tu dah boleh kira ada berapa tahi lalat kat muka aku dan jerawat-jerawat)dan lain-lain
3.     Berkenalan dengan rumah penerbitan JEMARI SENI dan pertama kali karya diterbitkan oleh penerbitan tersebut.
4.     Tahun ni jugaklah kereta mula merengek-rengek. Clock speed buat hal la...tayar makan dalam la...tinted bintik-bintik la...skirting pecah la...belting merekah la...baru lepas tukar tayar. Hujan yang mula turun dua tiga hari ni membuatkan bateri aku dah semput-semput(sakit asma) pulak. Apalagi..nak mintak ganti la tu..
5.     Sepanjang tahun ni, tak tempah sepasang baju baru pun walau untuk baju kerja. Semuanya baju tahun lepas. Good!
6.     Bermulanya era naik pesawat dan bermusafir ke Indonesia.
7.     Berat badan aku naik! Yeay!

Tahun ni memang ada perubahan besar. Mudah-mudahan perubahan-perubahan ini mendatangkan hikmah dan pengajaran agar aku dapat menimba ilmu pengetahuan. Ilmu bukan apa yang ada di dada buku saja. Ilmu bukan hanya diperolehi dengan perkara yang manis-manis saja. Kenapa tak sukakan KEPAHITAN? Aku suka makan jantung pisang, pucuk betik dan peria katak. Kalau tak ada rasa pahit, kita takkan tahu rasa manis tau. Jangan takut dengan benda yang pahit. Rasakan dahulu jika kepahitan itu datang ke dalam hidup kita... sebab selalunya yang pahit itu adalah ubat paling mujarab hehe...

p/s: tekak selalu pahit...


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…