Skip to main content

Tayar Oh Toyo...Toyo Oh Tayar...



Hari ni PNP 8 masa. Walaupun jadual mengajar penuh tapi hati dan perasaan aku melayang-layang entah ke mana.  Teruja nak menyambut aidilfitri ke?

No...no...no..(sambil jari telunjuk menari ke kiri dan ke kanan). Sepuluh tahun aku tak excited langsung nak sambut aidilfitri. Ramadhan lebih bermakna lagi. Itu bagi diri aku. Bagi diri aku aja.  Pun begitu, aku berasa bersyukur kerana bila raya, cikgu bercuti. Bila cuti tandanya aku dapat berjumpa dengan emak dan ayah juga adik-beradik. Itu saja. 

Mengenang emak dan ayah, hati rasa terbelah-belah. Sorang kat sana, sorang di sinun...entah la. Dua hati nak dijaga. Terlebih layan sebelah pihak, mulalah ada mata yang akan berkaca-kaca. Susah sebenarnya menjaga hati orang tua. Selagi panjang umur dan diberikan kesihatan, aku tidak mau membuang masa dengan sia-sia. Inilah masa untuk membalas jasa walaupun hakikatnya jasa orang tua takkan terbalas oleh anak. Inilah masa yang ada untuk berbakti. Suatu masa nanti, semuanya akan menghilang pergi. Semua cerita yang gembira akan menjadi kenangan. Semua peristiwa yang bahagia akan menjadi memori sepi. Sebelum waktu itu tiba...mudah-mudahan aku sentiasa beringat-ingat. Emak...ayah... sob...sob...sob... isk..

Ok, berbalik pada tajuk entri di atas. Sebenarnya aku nak cerita pasal tayar tadi kan? ish..ish..
Memandangkan kepala aku semakin berserabut memikirkan hal tayar kereta ni sampai terbawak-bawak dalam solat, jadi lepas aja solat zohor tadi aku terus ciao pergi kedai tayar. Selagi hal tayar aku tak selesai, selagi tulah aku termimpi-mimpi...terngigau-igau...

Mengapa pasal tayar aja pun aku nak serabut macam orang sakit jiwa ek? Pasal sejak dua tahun lepas ketika tayar kereta aku tu berumur 2 tahun lagi, budak bengkel yang selalu servis kenderaan aku asyiklah mintak aku trade in tayar aku tu. 

Terakhir bulan 6 masa cuti sekolah, dia suruh lagi aku tukar tayar tu.  Padahalnya kereta aku tu bukannya selalu bawak jauh pun. Habis-habis pergi Pasir Gudang aja(dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ni ). Penat bagi alasan, last-last aku cakap “ Gua punya bapak tak bagi tukar. Lu mau cakap apa?” 


Geram seh... ooo mentang-mentang aku ni kecik, kudut, selalu sorang2 hantar kereta nak servis, ingat aku ni buta bengkel ke? Tarikh tayar tu pun aku boleh bacalah kat mana. Kala setakat tayar jenis potong air, jenis tak potong air...makan dalam...makan tepi... dah belajar pun. Tak ada la eden ni katak bawah tempurung sangat. Cikgu tu cikgulah jugak, muslimah tu memang muslimah tapi jangan memain dengan aku ni...Sebelum kome sembelih aku, baik aku tebas dulu batang leher kome tu... (ganas punya cikgu...)



Last sekali, bila nak balik ke Terengganu(nak raya ni) barulah kepala otak bersetuju nak ganti dua aja tayar depan. Dah wajib tukarlah gamaknya. Maklum sajalah 4607(dah 4 tahun umur Good Year aku). Fulus pun sudah disediakan. Itu pun kalau tak mulut aku kepoh tawar-menawar, idok le harga tu dikurangkan. Bisnes tu bisnes jugak Dek Non...kalau dok angguk aja tiap kali servis kereta, makan pasir la kita. Semua benda nanti dia suruh ganti. 



Asal nak raya aje, TOYO pun habis stok. Asal perayaan aje mesti TOYO dah kena kebas dulu. Alah membeli, menang memakai. Memanglah TOYO lebih mahal harganya tapi kualitinya agak baik. Tapi,  tak ada la rezeki aku bersama TOYO. TOYO tak dapat, anak TOYO pun jadik (Federal).. 



Bersama tawakal dan doa, mudah-mudahan dengan tayar yang sudah diganti dan servis yang sudah dibuat, perjalanan pulang pergi (1400km) hamba sebagai seorang musafir akan berjalan lancar dipermudahkan Allah hendaknya...Amin... 

Alhamdulillah...tercabut satu semak dalam kepala. Ada lagi semak-semak yang lain, belum dicantas lagi. Balik dari bengkel TOYO TYRES, aku bergerak ke econsave cari sayur labu air. Apalagi, berbuka la den dengan sayur labu air masak tumis. Erk! Pergi econsave cuma beli sayur labu air setongkol? 

Apakan daya... heh heh...teringin nak masak sayur labu air. Badan tak cukup air..




p/s : Sempena nak raya ni, aku ingin melupakan seketika perihal novel yang akan terbit, lupakan tentang sekolah dan lupakan segala masalah kerja. Lepas seminggu baru sambung...

Ramadhan Karim ^_^




Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

CERPEN HATI : ADA APA DENGAN CANON PIXMA G2000?

Salam tahun baru 2016 yang penuh misteri. Alhamdulillah masih dapat melihat langit Allah, menghirup udara dan bernafas di muka bumiNya sambil menghabiskan sisa-sisa waktu yang ada.
Baiklah, hari ini tak mau bebel panjang...cuma ada satu cerita panjang yang sedikit menggelikan hati aku. Hati aku je, bukan hati siapa-siapa.
Orang lain semua sibuk mengejar enjin hybrid, cpu hybrid, kereta hybrid... tapi aku sekadar mampu beli tinta hybrid aje. Keh keh...
Alkisah disebabkan aku dah mula start enjin untuk menulis lagi campur dengan sesi persekolahan yang semakin hampir, maka nak tak nak, terpaksalah aku cari satu printer. Dan pesennya orang tua cam aku ni, kalau nak beli sesuatu yang aku belum biasa, aku akan cari tau maklumat semampu yang boleh.
Kisah printer. Itu aje pun. Hohoho...
Katakan tidak pada ‘Canon’. Haa...gitu sekali nekadnya aku bab printer ni. Sejak aku mengenal dunia mencetak kertas ni dari aku remaja riang ria sampailah tua ‘kedehek’ camni, printer aku takde brand lain, memang…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …