Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Terhibur dengan Si Kontot Ini...

Arjuna Mencari Cinta

Sesekali terkenang jua gilang-gemilang menjadi remaja, di mana bibit cinta menggugah dada. Saat jiwa remaja belajar apa itu suka, apa itu duka. Di sinilah segalanya bermula. Jasmani, emosi, rohani dan intelek berkembang mengiringi manisnya usia remaja. Tidak sedar rasa cinta itu mula menumbuh, memenuhi fitrah manusiawi. Menyahut ketentuan Ilahi bahawa setiap hati mempunyai rasa. Perasaan ini menggamit perjuangan yang tinggi untuk menghadapi segala kocakan, gelora dan gelodak di dalamnya. Perjuangan yang tentunya mengandungi suka, duka, ketawa dan airmata. Antara cita-cita dan cinta. Dan mereka yang bersungguh-sungguh berjuang pasti akan berjaya. 
Naluri halus itu tidak terkecuali dari melanda hati Nejad Ahmadi Putra, seorang ketua pelajar yang suatu masa dulu disegani para pelajar lantaran wibawanya sebagai pemimpin. Teraju pimpinan pelajar yang mempunyai misi tertentu untuk berjaya di dalam cita-citanya. 
Sayang sekali, kehadiran si ayu jelita amat menggoda. Menakluki jiwa, menawan per…

Bulan Azimat Cinta (September Rain)

Keh keh keh... tajuk macam romantik. Gimik saja. Kebetulan asyik hujan dua tiga hari ni. Asal aku cuci kereta aja, mesti hujan. Asal hujan aja, mesti waktu aku cuci kereta. Dah le aku ni rajin cuci kereta sebulan sekali. Kalau boleh nak setahun sekali tapi memandangkan warna kenderaan aku tu gelap, mudah sangat nampak kelabu bila dah bersalut lopak dan debu.
Tahun 2011 ni, aku rasakan tuahnya ada pada bulan 9(tukang tilik tak bertauliah). Syawal jatuh dalam bulan 9. Cuti sekolah penggal kedua juga jatuh dalam bulan 9( Selalunya bulan 8). Paling rasa bertuah, novel aku akan terbit pada akhir bulan 9/awal bulan 10. Paling rasa syahdu sekali, hari lahir gue jatuhnya dalam bulan 9. Paling unik sekali, nombor 9 adalah nombor terakhir dalam senarai nombor yang ada. Berapa banyak ‘paling’ daa...
Dulu era zaman Pop Yeyeh... ada seorang peminat misteri yang selalu kira tarikh lahir aku. Maklum sajalah, agaknya muka aku memang jambu masa tu dengan cermin mata tebal bingkai plastik warna pink...pe…

Sesekali terkenang jua...