Skip to main content

ada apa dengan mood raya?


Intabihu ya awlad...(Beri perhatian, anak-anak!)

Alhamdulillah...masih dapat bernafas lagi pada hari ini. Allah masih memberi peluang untuk menghirup udara dan melayan ghairahnya dunia. Mudah-mudahan hari ini lebih baik daripada semalam. 

Setelah diteliti, rupanya novel Si Manis 17 menggunakan font Candara. Itu pun secara kebetulan aku gunakannya. Rasa macam pernah nampak tulisan begini. Rupanya dalam novel Si Manis 17. Haha..(Itu pun nak cerita jugak dalam blog?)

Pagi ini suasana damai saja. Tak panas, tak pula mendung. Minggu awal persekolahan selepas cuti beraya sama saja. Tetap ada pelajar yang datang lambat ke sekolah walaupun loceng sudah berbunyi lama. Siapa yang perlu disalahkan?

Sebagai guru disiplin dan pengawas, aku memantau perjalanan keluar masuk murid di kawasan hadapan pagar sekolah. Macam biasa, murid-murid yang lewat ke sekolah tetap lewat. Yang datang awal, tetap awal. Sebahagian ibu bapa yang nampak aku berdiri di depan pagar agak terkejut. Barangkali tak terfikir ada cikgu yang akan memantau di depan, mengambil alih kerja pengawal keselamatan. Hahaha... 

Seteruk mana pun anak murid itu melakukan kesalahan disiplin, aku tak pernah menyalahkan mereka. Selewat mana pun murid itu datang ke sekolah, aku tak pernah menaikkan suara kepada mereka. Kerana, kealpaan dan kesalahan itu di bawah tanggungjawab orang tua mereka. Kuasa untuk membuat kesalahan itu di tangan ibu bapa. 

“Ada dua tiga orang cikgu kat dalam tu berlagaklah!” Seorang lelaki(bapa) muncul dari dalam kawasan sekolah, berselisih dengan aku yang sedang melilau-lilau ke arah kenderaan yang lalu-lalang.

“Apa dia?” Aku kerutkan kening, kurang jelas dengan bicara yang kedengaran tak semena-mena.

“Dua tiga orang cikgu dalam tu berlagak! Saya angkat tangan, sorang pun tak mahu balas! Berlagak!” 

Aku diam aja sambil merenung mata si bapa. Dan renungan aku itu menyebabkan bapa murid tersebut terus berjalan menuju ke arah kenderaannya. Setelah berada dua tiga langkah dari kenderaannya, dia berpaling semula ke arah aku.

“Awak pun satu...! Suka pandang orang semacam!”

Eh, Eh! Aku pulak yang kena. Tak puas hati pulak bila aku tak bagi respon. Aku masih sama seperti tadi, merenungnya tanpa sepatah kata. Kemudian dia beredar bersama Proton Saga zaman Tun Dr. Mahathir dulu. 

Bodohlah aku kalau aku balas semua percakapan bapa murid tu tadi. Tak tentu pasal tiba-tiba aja berleter macam orang sewel. Lagi pula bapa murid tersebut cukup terkenal dengan perangai amuk yang tak menentu. Sudah banyak kes yang berlaku melibatkan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu. Sebelum aku pulak yang gila macam bapa murid tu,bolayan sudah.
Seperti yang dijangka, jemaah nazir dari Putrajaya sudah pun sampai awal pagi. Entah bila kenderaan mereka masuk, tau-tau sudah diletakkan di kawasan yang akan terceruk dan jauh daripada tempat letak kereta guru-guru. Aku macam biasa, selamba saja. Yang penting semua tugas selesai. Cukup. 

Panorama biasa, asal ada aja pegawai pendidikan yang datang, otomatik semua kerja jadi lancar. Kelas jadi senyap. Semua guru masuk, mengajar. Tak ada yang mengular. Tak ada yang MC. Tak ada yang bercuti. Mood  raya ke...mood puasa ke...tak ada mood ke...sekolah tetap dibuka. Tugas mengajar mesti dilaksanakan seperti biasa. 

Dan aku...? Aku masih seperti biasa. Cikgu yang biasa. Guru yang masih menggunakan pembaris dan kayu sebagai gertak. Guru yang cukup dengan renungan mata untuk mengawal tingkah laku murid. Guru yang garang. Guru yang tiada kompromi apabila memutuskan sesuatu keputusan. 

Mengapa jadi begitu? Bukankah teknik pengajaran sekarang lebih berbentuk santai dan seronok? Bukankah pendekatan yang digalakkan ialah mesra dengan murid-murid? Bukankah dengan aktiviti yang menyeronokkan dapat mendekatkan murid kepada guru sekaligus menjadikan PNP dalam kelas berkesan dan cemerlang? Malah guru tersebut pasti akan disayangi muridnya...

Jawapan yang aku ada ialah... Ilmu itu cahaya Allah. Dan cahaya Allah itu tak semestinya kita perolehi dengan sesuatu yang manis-manis dan gembira saja. Wahyu yang diturunkan kepada Kekasih Allah juga disampaikan oleh Jibril dengan bukan main-main dan berseronok. Malah Nabi Muhammad S.A.W takut... takut sehingga meminta Khadijah menyelimutkan Baginda dek kerana wahyu yang pertama itu.

Jadi, aku bukan dalam kategori guru yang suka menyampaikan ilmu dengan berseronok dan gembira. Ketika sesuatu pelajaran itu dicurahkan, aku memilih pendekatan yang serius. Pantang datuk nenek moyang tujuh keturunan aku jika ada murid yang tak beri perhatian semasa belajar. Tahap kecekapan dan penaakulan seseorang bergantung kepada sedalam mana perhatian yang diberikan. Semakin serius dia fokus, semakin dia dapat menguasai. Budak sekolah rendah, suruhlah beribu-ribu lemon kali pun ulangkaji di rumah, kalau dah memang tak mahu, takkan dia nak  belajar. Tambah pulak dapat mak bapak yang hidup dan matinya kat tempat kerja aja, apa jadi kat anak pun tahu. Maka bertambah-tambah ‘pandai’ la murid tu. Sebenarnya cukup dengan perhatian yang padu semasa belajar dalam kelas, murid itu pasti boleh berjaya. Itu antara sebahagian pengamatan dan pemerhatian aku dalam kelas.

Kecuali waktu membuat latihan atau aktiviti selepas 20 minit belajar. Aku lebih sukakan latihan santai dan aktiviti yang lebih segar. Contoh: Kuiz, hafalan, permainan dan persembahan murid. Kalau satu jam tu asyik mengadap muka aku aja macam tengok Malaikat Zabaniah, aku sendiri pun boleh stress. Heh heh...

Garang-garang jugak...mithali tetap mithali... hahaha...

p/s : Cikgu-cikgi mithali...

Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…