Skip to main content

Apa jadi pada hari jadi?

Migrain + Gastrik bersatu padu menyerang hamba Allah yang menyambut hari kelahirannya...Masya-allah...

Seharian tidak dapat membuat sebarang aktiviti termasuklah menulis blog. Sepanjang hari keadaan serba tidak kena saja. Cuaca begitu panas, setiap liang roma mengeluarkan peluh sehingga keringat itu bukan lagi memercik sebaliknya mengalir bagai suling.

Setiap setengah jam terasa ingin muntah. Setiap yang masuk ke dalam perut pasti akan terkeluar semula. Sepanjang hari terpaksa berbaring saja. Aduh...inilah kafarah pada hari lahirku...

Petangnya aku menggagahkan diri, keluar mengambil angin petang. Petang yang mula meredup. Bahang matahari tidak lagi segarang sebelum itu. Aku menapak ke pavilion, memerhati saja keadaan kenderaan yang lalu di hadapan. Jalan raya dengan kawasan pondok kecil istimewa itu bukanlah jauh, hanya semeter saja jaraknya. Silap hari bulan, lubang hidung pemandu kenderaan yang lalu di hadapan pun dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana keadaan kesihatan aku tak stabil, perut yang tidak selesa, aku tak mahu memandang kenderaan yang bersusur galur itu lama-lama.

Sebuah majalah lama Dewan Bahasa(Edisi Julai 2007) yang terbaring di atas meja batu, aku ambil dan baca sekilas. Majalah itu, aku beli tidak lama dulu. Kemudian aku simpan dalam kenderaan setelah selesai membacanya. Dan sewaktu ingin mencuci kereta, majalah itu aku letak seketika di atas meja batu itu. Rupanya sehingga hari ini, majalah itu terbiar tidak terusik. Tapi kertasnya sudah mengembang, akibat tempias hujan.

“Selagi kita tidak mengalami masalah berbahasa, kita tidak akan menyedari betapa kompleksnya proses berbahasa yang melibatkan berjuta-juta saraf, beberapa bilangan otak,organ pendengaran, abdomen dan alat-alat artikulasi yang berada di mulut. Sesungguhnya proses berbahasa merupakan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya”- Che Rabiaah Mohamed, Pensyarah Kejururawatan USM, Doktor Falsafah di Victoria University of Wellington, New Zealand dalam bidang ‘ Pesakit Strok’.

Dalam penerangan beliau di bahagian Neurolinguistik yang begitu lengkap, aku hanya terpaku pada perenggan di atas. Dan keterpakuan itu menyebabkan airmataku menitis laju, mengakui keesaan Tuhan Yang Maha Esa. Barangkali inilah hadiah yang aku perolehi pada hari lahirku. Menambah lagi kesedaranku bahawa jika kita tidak melalui malam, kita tidak akan tahu terangnya siang. Jika tidak ada kejahatan di muka dunia, tentu kita tidak tahu bagaimana nikmat sebuah kebaikan. Jadi jangan sakitkan kepala dan minda, mengapa dunia ni tidak dipenuhi dengan keamanan saja. Mengapa manusia tidak kaya saja semuanya.


Beberapa bulan yang lalu, aku menonton sebuah filem Perancis diadaptasi daripada novel yang aku sudah lupa tajuknya.  Dan filem itu merupakan kisah benar. Kisah seorang penulis novel(kaya-raya) yang mengalami strok dan kemudian menghasilkan novel dalam keadaan dirinya cacat akibat strok itu. Novelnya yang terakhir terbit setelah dia meninggal dunia.

Filem itu amat terkesan ke dalam hati kerana pesakit strok walaupun mengalami masalah komunikasi dan berbahasa, proses intelektual mereka tidak terusik. Paras pemikiran intelektual mereka masih sama. Hanya apa yang ingin dikongsikan kepada orang lain terhalang disebabkan saraf tertentu yang rosak akibat kecederaan otak. Mereka masih memahami perkataan orang lain tetapi mereka tidak dapat memberi tindak balas kerana tersekat.

Dan baru-baru ini juga, aku terbaca tentang RARA ZIKRY yang juga mengalami hal yang sama tetapi rentetan daripada penyakit asma. Oksigen yang tidak sampai ke otak, mengakibatkan kecederaan otak dan urat saraf. Gadis ini koma selama dua bulan. Akhirnya gadis ini cacat dan terbaring di katil lebih setahun lalu. Daripada cerita para blogger, ramai yang tidak mengenalinya sebaliknya dengan hanya melihat fotonya, mengatakan gadis ini sempurna. Benarkah sempurna? Jika gadis ini sempurna, tentu dia tidak pernah selsema sedikit pun. Malah dia mempunyai masalah asma. Itu bukti yang jelas, gadis ini tidak sempurna.

Dan tentunya, hanya mereka yang mengalami strok saja dapat menilai nikmatnya jika dapat berbahasa dan berkomunikasi. Kita yang sihat dan boleh berbicara serta memberikan buah fikiran dan pendapat, tidak tahu dan tidak memahami bagaimana nikmat sebenar dapat berbahasa dan menulis dengan baik.

Dan kukatakan kepada diriku...mulai hari ini, usahakanlah dirimu berkata yang baik-baik. Basahkanlah lidahmu dengan zikir dan dengan mengingati-Nya. Tahanlah hatimu ketika marah, agar jangan sampai segala pertuturan kurang sopan, caci-maki dan cercaan menjadi zikirmu secara tidak sengaja.

Jangan kau lupa pesanan Sayyidina Ali : Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya sementara hati orang yang jahil terletak di belakang lidahnya.

Kulihat bibirku yang manis di depan cermin. Ku pandang lidahku yang sihat dan barisan gigiku. Aku wajib menghargai nikmat kurniaan Ilahi. Kerana aku berbahasa sejak semulajadi dan tidak melalui apa-apa terapi. Alhamdulillah.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Orang tua-tua dahulu pernah bercerita tentang Penyakit Angin Ahmar(Strok). Dan angin yang jahat ini khabarnya sering menyerang di waktu-waktu Maghrib. Malah, pernah aku terbaca sebuah doa menghindar daripada terkena penyakit yang amat berbahaya ini. Wal iazubillah min zalik!


Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…