Skip to main content

Bulan Azimat Cinta (September Rain)



Keh keh keh... tajuk macam romantik. Gimik saja. Kebetulan asyik hujan dua tiga hari ni. Asal aku cuci kereta aja, mesti hujan. Asal hujan aja, mesti waktu aku cuci kereta. Dah le aku ni rajin cuci kereta sebulan sekali. Kalau boleh nak setahun sekali tapi memandangkan warna kenderaan aku tu gelap, mudah sangat nampak kelabu bila dah bersalut lopak dan debu.

Tahun 2011 ni, aku rasakan tuahnya ada pada bulan 9(tukang tilik tak bertauliah). Syawal jatuh dalam bulan 9. Cuti sekolah penggal kedua juga jatuh dalam bulan 9( Selalunya bulan 8). Paling rasa bertuah, novel aku akan terbit pada akhir bulan 9/awal bulan 10. Paling rasa syahdu sekali, hari lahir gue jatuhnya dalam bulan 9. Paling unik sekali, nombor 9 adalah nombor terakhir dalam senarai nombor yang ada. Berapa banyak ‘paling’ daa...

Dulu era zaman Pop Yeyeh... ada seorang peminat misteri yang selalu kira tarikh lahir aku. Maklum sajalah, agaknya muka aku memang jambu masa tu dengan cermin mata tebal bingkai plastik warna pink...persis Cikgu Bedah pasal spek lebih besar daripada muka...tu yang ada secret admirer agaknya...keh keh keh.. tiba-tiba aja tapak kaki terasa geli mengingat cerita-cerita lama... Sehingga kini aku tidak pernah lupa kepada peminat misteri itu. Bukan apa, masa tu memang trend suka jadi secret admirer. Entah apa motifnya tidaklah hamba ketahui. Mungkin sebab waktu tu belum ada aplikasi IRC, Yahoo Messenger, Facebook dan lain-lain ruangan sosial, jadi berkelakuan seperti Peminat Misteri tu kiranya satu aktiviti masa lapang la tu kan. Hua..hua..hua..

Seribu satu memori tentang bulan kelahiranku ini. Memori ini bukan sekadar suatu lembar nostalgia hidup selama 32 tahun di muka bumi tetapi ia juga azimat yang sering mendatangkan inspirasi, memecahkan emosi, menghenyak-henyak perdu kalbu sehingga terbit momentum untuk memperbaiki kehidupan, melakar jalan cerita ke arah kebaikan(meski sebaik-baik rancangan manusia, lebih baik lagi rancangan Si Pencipta manusia itu sendiri).

Saiyyidina Ali berkata, “Manusia perlu lihat masa lalu kerana ia penentu masa kini”.

Benar, aku masih setia dengan cerita lalu. Bukan untuk mengingat segala kesakitan, kelukaan dan keperitan yang akan mewujudkan sebuah dendam. Bukan untuk menimbulkan kontroversi, melayan perasaan blues dan bersikap introvert. Ia adalah untuk meningkatkan diri dan pengajaran yang amat bermakna untuk maju ke hadapan. Kerana apa yang sudah aku lalui di sebalik kepahitan itu, rupanya tersulam jalinan kasih sayang Tuhan yang tersembunyi, yang hanya dapat dilihat oleh mata hati. Benarlah, bukan hanya mata yang dapat memandang. Mata hati lebih tajam dan tepat lagi penglihatannya.

Kita sering mengejar sesuatu yang kita label sendiri sebagai kesempurnaan. Namun kita sebenarnya tidak juga pasti apakah kesempurnaan dalam fikiran kita benar-benar sebuah kesempurnaan. Sehingga kita terlupa, bukan semua yang kita inginkan akan menjadi realiti. Malah kadang-kadang kita alpa, sesuatu yang berlaku pada diri kita sudah terlebih dulu tertulis di atas sana(Luh Mahfuz). Tidak kira samada itu musibah yang melanda atau nikmat yang kita kecapi. Segalanya sudah tertulis. Diulangi...sudah tertulis.

Anda ragu-ragu dan tidak percaya? Ia ada di dalam Al Quran.  Jika Al Quran merupakan pedoman kita, kita wajib mempercayainya. Jika kita tidak berpandukan Mukjizat Kekasih Allah itu, abaikan saja penyataan di atas. Tiada paksaan dalam Islam. Lagipun manusia karakternya memang begitu, selagi tiada bukti yang nyata, iman dan kepercayaan amat payah untuk dihadirkan ke dalam jiwa. Padahal mereka merasakan angin, sedang rupa angin itu sendiri tidak mampu mereka gambarkan jika ditanya.

Pembaca sekelian, entri yang aku tulis adalah kutujukan buat diri sendiri. Segala nasihat dan peringatan mahupun jika terbau sindirian, itu adalah untuk diriku sendiri. Tapi jika pembaca beroleh manfaat daripada penulisan-penulisanku, bacalah dan ambillah jika ada. Aku berbesar hati membenarkannya. Kebaikan dan manfaat jika dikongsi bersama, ia akan beranak-pinak.

Dan juga apa yang aku tuliskan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri, bukan diciplak dari mana-mana sumber dan teori.

Contoh yang paling jelas, selama aku bercita-cita hendak menjadi penulis dan menghasilkan buku, tidak pernah nama JEMARI SENI masuk dalam senarai penerbitan yang ingin aku sertai. Malah amat asing rasanya nama itu dalam fikiran ini. Waktu itu hanya PTS, ALAF 21, KARNADYA , FAJAR PAKEER dan GALERI ILMU saja yang tercatat di minda.

PTS, aku teruja untuk menyertainya kerana cogan kata ‘MEMANDAIKAN BANGSA dengan BAHASA IBUNDA. Bukan kerana populariti dan promosi besar-besaran mereka yang mendominasi kebanyakan kedai buku. Sayangnya, belum pun lagi menghantar manuskrip kepada mereka, sudah ada luka di hati melalui BENGKEL PENULISAN yang telah aku hadiri. Biarlah ia menjadi pengajaran dan pengalaman sendiri. Tidak mahu aku kongsikan kepada pembaca kerana tiada manusia yang sempurna, bukan. Mereka punya kekuatan, tentu mereka juga punya kelemahan. Perkara biasa saja.

ALAF 21, aku belum bersedia menulis cerita yang tebal-tebal dan seratus peratus bertemakan cinta. Namun begitu, jika ada peluang ingin juga aku hantar karya ke syarikat ini. Meski pun aku cukup sedar, persaingan amat sengit untuk mendapat tempat dalam syarikat ini.

KARNADYA, kononnya inilah syarikat yang menjadi target sebenar. Kebetulan pula, syarikat ini milik ibu saudara kepada teman baik aku. Malah teman baik aku sedia bekerjasama untuk ‘follow up’ permohonanku dalam menghasilkan buku melalui syarikat ini. Sayangnya, genre cinta remaja tidak termasuk dalam senarai genre mereka. Jadi, manuskrip aku ditolak untuk dibukukan tetapi dicadangkan agar diterbitkan secara digital. 

Dalam pada aku sedang mengutus surat peminangan tentang manuskrip pertama, kebetulan pesta buku antarabangsa sedang berlangsung(April). Dan dalam waktu yang sama, aku menyertai Pertandingan Cerpen anjuran Group Komuniti E-Novel dan peraduan menulis dialog Si Manis 17 anjuran Jemari Seni melalui ruangan Facebook.

Main belasah saja, semua peraduan aku sertai. Memang di luar jangkaan apabila diumumkan sebagai pemenang kedua-dua peraduan ini. Dan yang paling tidak dijangka, rupanya aku bakal menjadi penulis novel Si Manis 17 terbitan JEMARI SENI. Siapa sangka rentetan daripada kemenangan aku dalam pertandingan anjuran Jemari Seni itu menggamit sesuatu yang lebih indah dan bermakna. Antara hadiah yang aku dapat ialah KIPAS BERLAGAK JS. Hari-hari kipas tu aku renung tanpa sebarang rasa sebab kipas tu aku letak dalam bekas alatulis sebagai hiasan.



Setelah lamaran aku diterima oleh JS dan novel itu bakal diterbitkan sedikit masa lagi, baru aku tersedar tentang KIPAS BERLAGAK yang setia di atas meja mengajar milikku. Rupanya di sini rezekiku yang pertama dalam bidang penulisan. Rupanya di sini tempatku yang telah ditentukan oleh-Nya. Rupanya JS, syarikat penerbitan yang amat diminati ramai. Rupanya JS disayangi oleh penulis-penulisnya. Rupanya JS mempunyai penulis-penulis yang best-seller dan popular. Rupanya editor syarikat tersebut ialah Kak Noor Suraya, penulis novel CESB yang pernah aku baca novelnya waktu aku muda-muda dulu(Nyanyian Tanjung Sepi)...rupanya...rupanya...

Terlalu banyak ‘rupanya’ yang tidak aku sedar sebab tiada pendedahan tentang mereka. Maklum sajalah, aku bukan pembaca tegar novel. Aku lebih cenderung baca buku motivasi.

Orang yang paling bertanggungjawab mencetuskan momentum untuk berkarya dengan lebih serius ialah Kak Maria Kajiwa, penulis prolifik yang tidak jemu memberi tunjuk ajar. Dan jemputan beliau untuk menyertai Komuniti E-Novel telah membuka lembaran baru dalam dunia penulisan. Rentetan daripada itulah, aku mula mengenali JEMARI SENI. Barangkali jika aku tidak mengenali Maria Kajiwa, aku tidak akan kenal JEMARI SENI secepat ini. Alhamdulillah Ala Kulli Hal.

Syahidnya, kita memang perlu merancang untuk berjaya. Tetapi kita tidak berkuasa menentukan kejayaan rancangan kita. Kehendak manusia sungguh tidak terbatas tetapi dengan kehendak Si Penguasa yang hanya menyebut ‘KUN!’, segala kehendak yang melampau batas itu akan lenyap dengan sendirinya, diganti dengan realiti takdir ‘FAYAKUN’.
























Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…