Friday, September 9, 2011

Pengeluaran KWSP


Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)

Jawapannya: Boleh

Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 

Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:

 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.

Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang kita beli pada tahun pertama, boleh jadi rosak dan menuntut pembaikan pada tahun ke 5@6. Bila dah lama sedikit bekerja, tentu akan membeli rumah, menyambung belajar dan menanggung adik-adik belajar, berkahwin dan keperluan lain. Berkahwin memang sunat tapi ada masanya ia akan menjadi wajib ya dan seseorang tu perlu mendirikan rumahtangga. 

Pendapatan kita pulak masih ditakuk lama. Aras kenaikan gaji kita tidak seberapa. Tidak sepadan dengan tuntutan hidup tahun demi tahun. Jadi, mahu atau tidak, duit dalam KWSP mesti dikeluarkan walaupun sekolah(bagi profesion guru) belum siapkan urusan pemberhentian potongan kwsp dalam slip gaji pekerja kerajaan. Itu bagi mereka yang ada caruman KWSP bagi pekerja berpencen. Yang memang mencarum dalam KWSP tu lainlah. Itu memang simpanan mereka nanti. Yang tak tercarum-carum pulak, tak dapek den nak tolong. 

Asalnya tadi malas nak masukkan entri(mengantuk). Bila dah mula menulis, melarat-larat aku merapu. 

Okeh, berbalik kepada perkara pengeluaran wang KWSP bahagian Pekerja Berpencen ni, di sini ada maklumat penting untuk sesiapa yang mahu membuat urusan berkenaan ;
1)      Pastikan kita sudah dapat surat ‘Pemberian Taraf Berpencen’ oleh SPP. Kalau surat ini tak ada, tak boleh buat. Inilah penanda aras yang menentukan bahawa kita tidak mencarum dalam KWSP sebaliknya seorang pekerja berpencen.
2)      Ada surat Lantikan Tetap
3)     Ada surat Pengesahan Jawatan
4)     Ada akaun bank yang ada panel dalam KWSP(akaun bank mesti aktif)
5)     Ambil borang pengeluaran(9J) di pejabat KWSP atau download saja menerusi laman sesawang yang aku tulis di atas tadi. (Pastikan borang yang dimuat turun adalah borang terkini. Borang lama tidak diterima. Borang terkini adalah Julai 2011)
6)     Ikut arahan dalam borang pengeluaran tersebut. Jangan memandai-mandai ikut kepala sendiri.
7)     Setelah selesai segala butir perkara yang dikehendaki, pergilah ke pejabat KWSP.
8)     Jangan lupa ambil nombor giliran di kaunter hadapan- Ruangan pertanyaan-
9)     Tunggu sehingga nombor anda dipanggil dan senyumlah – Aku tak sempat nak tunggu, baru aja ambik nombor dah kena panggil. Terpaksalah berlari memandangkan kaunternya jauh.
10)  Tempoh layanan yang sangat cepat. Tak sampai 5 minit pun, semuanya siap diproses oleh pegawai yang bertugas.
11)   Dah siap semua, pulanglah dan pandu kenderaan dengan berhati-hati.
12)   Tempoh wang yang akan dikreditkan ke dalam akaun kita ialah 14 hari masa bekerja. Ia juga bergantung kepada jenis akaun bank.

Apa yang penting ialah ARAHAN  dalam borang tu dipatuhi dengan betul dan lengkap. Kalau tak lengkap, faham-fahamlah sendiri. Kita memudahkan kerja orang lain, kerja kita juga akan menjadi efisyen dan senang. Insya-allah..

Sekadar nasihat- Bagi mereka yang dikurniakan rezeki yang melimpah dan duit tak habis dimakan 7 keturunan, tak payahlah buat pengeluaran. Buat-buatlah hilang ingatan pasal KWSP. Hua..hua..hua... 

Wang- Ujian dari Allah... Nak mengumpulkannya terpaksa bekerja macam lembu, berhabis tenaga dan usia. Nak menghabiskannya...???

 *** Melalui komen saudara/saudari mengenai entri ini, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, saya ingin tegaskan bahawa surat PTB tu sebagai syarat layak memohon. Adapun berkenaan tarikh pada PTB itu samada lebih awal daripada tarikh terima surat atau lebih lewat untuk menentukan kita boleh mohon pengeluaran kwsp atau tidak, saya kurang pasti. Ini kerana saya menerima surat PTB lewat daripada tarikh rasmi diberi taraf pencen yang tercatat dalam surat itu sendiri. Pada pendapat saya, jika surat tersebut sudah sampai ke tangan kita, ia bermakna salah satu syarat nak mohon pengeluaran itu sudah ada. Yang penting surat tu dah ada. Itu maksud saya. 

Jika saudara/saudari masih bingung dan tidak jelas, elok kiranya terus menghubungi pihak kwsp di cawangan berhampiran atau di Facebook. 

Mohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan dalam entri ini yang tidak jelas. Saya berkongsi info berdasarkan pengalaman sendiri sahaja. Apa yang saya jawab di ruang komentar juga sebatas apa yang saya tahu saja. Harap maklum.

*** Ralat. Mengenai Surat Taraf Berpencen, saudara/saudari rujuklah kepada kerani tempat saudara/saudari bertugas. Surat tersebut dikeluarkan oleh pihak yang membuat pengesahan perlantikan. Jika Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, boleh hubungi SPP. Jika yang melantik saudara/saudari ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila hubungi pihak SPA. Oleh kerana saya berada di bahagian pendidikan, saya merujuk pada SPP. Mohon ampun dan maaf atas kekeliruan yang berlaku. Harap maklum.