Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Manuskrip kedua

“Ya Allah...jika utusan-Mu Zakaria(a.s) cekal dengan terus memohon dan memohon dikurniakan cahaya mata sedang dirinya sudah tua beruban dan isterinya pula tidak berupaya melahirkan anak(mandul), maka aku juga tidak akan jemu untuk terus meminta dan meminta kepada-Mu wahai Tuhan Penguasa Alam, agar aku dikurniakan seorang suami yang Engkau redhai walhal usiaku sudah semakin meningkat dan asaku sudah semakin menipis...” – ManuskripDingin Nil Merentas Khatulistiwa.
Cewah...cuplikan daripada manuskrip kedua yang masih lagi dalam proses pengembangan cerita watak-watak. Apa yang ingin aku sampaikan dalam cerita ini sebenarnya sudah terserlah melalui tajuknya. Antara bumi khatulistiwa dengan bumi timur tengah, yang manakah sebenarnya dingin suasananya? Secara kasarnya tentulah khatulistiwa beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, berbeza dengan timur tengah yang beriklim panas dan kering sepanjang tahun. Maka, khatulistiwa nampaknya lebih sejuk dan dingin. Tapi mengapakah ‘kedinginan’ aku t…