Skip to main content

Bingkisan Musim Tengkujuh...

Adlinz kembali lagi..ooo yeah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hampir dua bulan aku tinggalkan teratak mayaku ini, bukan saja sudah dihias sarang lelabah tapi juga telah dihuni anai-anai gamaknya. Heh heh...

Memang sengaja aku biarkan blog ini sepi bagai teratak usang terpencil penuh misteri. Sebenarnya aku sedang berhijrah buat seketika ke suatu alam iaitu dunia penulis dan penulisan. Selama itu, banyak yang telah aku alami dan pengalaman itu kurangkaikan satu demi satu agar menjadi kalungan indah menghiasi hidup baru sebagai seorang penulis dan bukan lagi calon penulis.

Apa yang dapat aku kongsikan sepanjang aku ghaib dari blog maya ini ialah;
1.       Mengenali syarikat penerbitan dengan lebih dekat
2.       Mengenali penulis-penulis, mata bertentang mata
3.       Menghadiri Majlis Ramah Mesra keluarga syarikat penerbitan
4.       Berbincang secara ringkas bersama editor
5.       Memerhati perkembangan novel sendiri yang sedang dalam perjalanan memasuki pasaran seluruh Malaysia


Secara keseluruhannya, aku berasa TIDAK SELESA. Langkah kaki sudah mara ke dalam dunia penulisan, seakan kelabu hitam itu hampir dekat denganku. Terasa ada yang longgar di dalam simpulan azam dan kejituan semangat tetapi NIAT yang sering berdenyut-denyut di dalam perdu kalbu bagai menyondol motivasi diri agar segera pasakkan kekuatan dan kecekalan terlanjur kaki sudah mencecah ke dalam kancahnya. Alhamdulillah, aku masih ada kekuatan dalaman. Jika tidak... Allah Lebih Mengetahui...

Ini baru permulaannya. Sejak dulu, aku agak sukar menyesuaikan diri ke alam baru. Aku perlukan waktu. Sebelum menjadi guru juga begitu, amat payah menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru. Kini aku menghadapi situasi yang serupa, menjadi penulis dan sedang menyesuaikan diri bersama penulis-penulis satu bumbung, ada sedikit rasa perit. Walau bagaimana pun, ia hanyalah cabaran yang menuntut kesabaran dan rasa berlapang dada. Atas nama ‘PENULIS BARU’ , aku berasa sedikit lega.  Aku masih HIJAU. Aku perlukan banyak waktu dan pengalaman. Aku perlu banyak belajar. Ia perkara biasa dan dilalui oleh mana-mana penulis. Bezanya, dulu hanya membaca pengalaman penulis lain. Sekarang, sudah pun mengalaminya sendiri. Ia dua perkara yang berbeza. Melihat orang bersalin dengan mengalami keadaan bersalin, memang tidak sama. Mendengar orang bercerita tentang putus cinta dengan mengalami sendiri keadaan putus cinta, ia suatu perkara yang berlainan.

Kini aku sedang berazam untuk membuat persembahan yang lebih baik untuk karya kedua ini. Tidak mengapa jika karya ini tidak dapat terbit sebelum Pesta Buku tahun depan. Apa yang penting, ia terbit dengan perancangan yang rapi, maklumat yang tepat, nilai murni, ada daya penarik dan karya itu siap sebaiknya. Dulu barangkali cerita yang dihasilkan bukan dengan sepenuh keyakinan, masih ragu-ragu apakah benar-benar dapat menulis. Kini, semua keraguan sudah sirna, diganti dengan rasa benar-benar yakin. Aku tidak akan menunggu lebih lama, karya akan ditulis dengan sepenuh hati semata-mata kerana Allah. Insya-allah...

Minggu persekolahan sudah berakhir tetapi kerja-kerja tidak pernah tamat. Sedang mengatur motivasi intrinsik untuk membahagi masa di antara dua bidang yang sudah diceburi dengan serius. Cinta kepada dunia keguruan. Juga cinta kepada dunia penulisan. Dua jurusan tetapi satu objektif dan matlamat iaitu MENDIDIK. Tiada daya dan upaya melainkan segala kekuatan itu dipinjamkan oleh Allah semata-mata. Mudah-mudahan aku benar-benar MAMPU. Amin...





Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…

Pengeluaran KWSP

Boleh tak kita keluarkan caruman KWSP kita sedangkan potongan KWSP dalam slip gaji belum diberhentikan? (Untuk pekerja kerajaan yang memilih Skim Pencen)



Jawapannya: Boleh


Barangkali ramai yang masih kabur tentang pengeluaran KWSP. Tidak kira pencarum tersebut seorang Pesara Pilihan atau Pekerja Berpencen. Oleh kerana aku termasuk dalam kategori Pekerja Berpencen, maka aku fokus pada PPB(Pengeluaran Pekerja Berpencen) sajalah. Bagi Pesara Pilihan, mereka tidak kelam-kabut sangat nak keluarkan duit memandangkan ada berbagai skim yang disediakan untuk mengeluarkan caruman sendiri. Mereka boleh keluarkan melalui bahagian Akaun 2. 


Tak faham apa itu Akaun 2? Sila layari laman web:


 (http://www.kwsp.gov.my). Baca sendiri dan fahamkan ya. Kalau tak faham, datang sendiri ke bangunan KWSP di belakang Wisma Persekutuan kat Jalan Ayer Molek JB.Pejabat KWSP negeri lain pun boleh juga.


Semakin lama bekerja, semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan ya, bukan kemudahan. Barang-barang yang…