Skip to main content

Manuskrip kedua


Sungai Nil, Mesir

“Ya Allah...jika utusan-Mu Zakaria(a.s) cekal dengan terus memohon dan memohon dikurniakan cahaya mata sedang dirinya sudah tua beruban dan isterinya pula tidak berupaya melahirkan anak(mandul), maka aku juga tidak akan jemu untuk terus meminta dan meminta kepada-Mu wahai Tuhan Penguasa Alam, agar aku dikurniakan seorang suami yang Engkau redhai walhal usiaku sudah semakin meningkat dan asaku sudah semakin menipis...” – Manuskrip Dingin Nil Merentas Khatulistiwa.

Cewah...cuplikan daripada manuskrip kedua yang masih lagi dalam proses pengembangan cerita watak-watak. Apa yang ingin aku sampaikan dalam cerita ini sebenarnya sudah terserlah melalui tajuknya. Antara bumi khatulistiwa dengan bumi timur tengah, yang manakah sebenarnya dingin suasananya? Secara kasarnya tentulah khatulistiwa beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, berbeza dengan timur tengah yang beriklim panas dan kering sepanjang tahun. Maka, khatulistiwa nampaknya lebih sejuk dan dingin. Tapi mengapakah ‘kedinginan’ aku tashbihkan kepada Nil(Mesir, timur tengah), sehingga kedinginannya merentasi dingin khatulistiwa itu pula? Aiseh...ada yang pening kepala nanti, kan?

Takdir. Tidak ramai manusia mahu menerima takdir kerana segala pencapaian yang diperolehinya selalu dikaitkan dengan usaha susah payah, jerih perih dan kerja keras. Seperti kisah seorang tuan kebun anggur yang selalu mendabik dada mengatakan segala hasil usaha anggur yang subur merimbun itu adalah penat lelahnya membanting tulang, berusaha dan bekerja keras seolah-olah dialah yang menyuburkan semua perkebunan anggur miliknya. Secara logiknya memang nampak begitu, dialah yang mengusahakan tanaman tersebut tetapi diakah yang menurunkan hujan? Tanpa hujan, belum tentu tanaman itu akan tumbuh dengan subur dan masak ranum. Pastikah dia akan sentiasa sihat selamanya? Sesaat saja dia jatuh sakit, semua kerja boleh terjejas.  Sesaat saja nyawanya dicabut, kebun anggur pasti menjadi kenangan terindah di alam barzakh.

Begitulah juga dengan tuan empunya diri, Zaqref Ilhan bin Najmi. Seorang jurutera yang gigih bekerja dan berusaha mencapai prestasi kerja yang baik setelah mengalami kegagalan di dalam rumah tangga. Seorang insan yang keras hati dan berasa hanya pendapatnya saja yang benar. Lelaki yang mempunyai ego sangat tinggi semata-mata mahu menutup kelukaan hati akibat kehancuran yang pernah dirasai. Lelaki yang berpandangan bahawa dunia ini dan putarannya  boleh difahami dan dipercayai melalui akal logik semata. Tiada istilah takdir di dalam kamus hidupnya walaupun secara fitrahnya hatinya mahu mempercayai itu.

Apa berlaku seterusnya, ia masih lagi di dalam proses. Apa yang penting, kita hidup sebagai hamba dan akal fikiran kita amat terbatas. Kita hanya mampu berusaha sehabis baik tapi sebaik-baik penentu adalah Dia Yang Maha Berkuasa.  Adakah mustahil panas dan kering sepanjang tahun itu dapat mendinginkan panas dan lembap sepanjang tahun ini? Heh..heh...







Popular posts from this blog

CERPEN HATI : SHELL...CARA ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT

Assalamualaikum warahmatullah...
Mendung kelabu...hujan turun sepi dan penuh sendu...



Alkisah dapat wassap yang harga minyak akan naik pada 1 Ogos. Setengah jam kemudian ada satu lagi wassap tunjuk harga minyak turun 0.10 sen. Dah ler tangki minyak aku tu dah  haus tahap cipan. Memikir-mikir aku nak isi minyak ke idok malam 31hb Julai.
Last-last aku cadang nak isi besok aje. Biar tengok sendiri mana satu yang betul. Isu minyak jangan nak buat main tengah suasana tegang macam sekarang ni. Kalau seliter aje RM2.15 , bayangkan kalau 30 liter! 30 liter berapa hari aje dah habis? Orang bodoh bangang tahap maksima aje yang tak kisah tentang minyak naik tak naik ni plus tak reti n tak paham apa kaitannya dengan harga barang naik tak naik. Gajah besar depan mata pun tak nampak-nampak sejak azali. Bakteria nun dok hujung kutub sana bleh nampak pulak. Menyirapppppp betul.
Esoknya pada 1 Ogos, aku dapat berita ayah kawan baik masuk HSI sebab minor stroke. Aku gagahkan diri dalam berposa pun untuk g…

WATER PUMP PERSONA BOCOR!

Cuti raya cina ini tiba-tiba sel-sel otak aku aktif pulak tak tentu punca. Banyak soalan bermain di minda seperti...
Pernah tak dengar jari kalau termasuk kat kipas yang tengah berpusing, macam mana bunyinya? Pernah kan. Kalau kepala pulak yang termasuk, camne kapasiti bunyi yang kedengaran? Relevan tak soalan aku ni?

Haaa... camtulah bunyi Persona aku sejak dua menjak kebelakangan. Aku rasa dah sama bunyi dengan helikopter zaman Perang Dunia Pertama dulu. Tambah lagi kalau bukak aircond, maka bertambah gamatlah suasana persekitaran di mana saja Persona aku lalu. Anjing depan umah aku ni pun naik meroyan asal aku balik dari mana-mana. Kah kah kah..



Okeh berbalik kepada tajuk cerita aku kali nih, maka aku pun heranlah bercampur pelik. Apalagi yang tak kena dengan AILABIYU aku nih yek padahal aku baru je tukar timing belt, bateri dan semua yang nak membaraikan tabung aku. Oleh sebab aku tak jumpa apa-apa yang boleh dicurigakan maka aku pun rilekslah dengan bunyi gegak gempita tu. Padahal …

MOHON TUNTUTAN PINDAH RUMAH SENDIRI

Pernah tahu tak yang kita boleh tuntut elaun pindah rumah sendiri?
Tak pernah tahu? Saya pun tak tahu. Haha.. tapi oleh sebab ada kawan satu kerja yang berpindah dan membuat tuntutan pindah, maka terkeluarlah sekali bicara tentang adanya elaun masuk ke rumah sendiri. Whoa... kenapa baru tahu sekarang? Nasib baik belum lagi 6 bulan saya masuk rumah sendiri. Kalau tidak, memang tak dapat.  Apabila buat tuntutan, kemain lagi strict. Syadid sungguh dalam mengisi borang. Salah satu item pun kena tolak dan mintak kita isi sekali lagi. Yang buat saya bengkak tu, borang yang saya isi adalah borang yang kerani bagi. Bukannya saya pandai buat-buat sendiri. Akhirnya kena tolak dan mereka suruh lengkapkan. Nasib baik dalam Ramadhan. Malas nak marahkan sesiapa. Buat aje sekali lagi. Fotostat lagi sekali. Jumpa ketua jabatan sekali lagi. Oleh sebab kerani saya yang buat spoil, biar dia yang uruskan semuanya kali ni. Saya hanya tambah apa yang kurang. Proses-proses lain dialah pulak.
Cara nak mohon ela…